Kita seringkali melihat orang yang berjaya kelihatan bertenaga serta penuh inspirasi setiap kali berbicara atau dalam setiap apa yang dilakukan. Kita juga akan berfikir adakah momentum yang ditunjukkan itu adalah merupakan sesuatu yang asli ataupun dibuat-buat? Walaupun kadangkala ada dikalangan mereka dikecam serta menerima kutukan yang hebat, mereka maseh lagi mampu bertahan dengan mengekalkan momentum positif. Apa mereka ini jenis 'muka tembok'? Atau memang kulit muka mereka amat tebal sehinggakan tiada perasaan malu?
Jika anda pernah membaca buku 'the secrets' ataupun 'hukum tarikan' maka anda akan faham segala gejala yang ditunjukkan oleh golongan yang berjaya itu. Dalam buku 'the secrets' banyak menceritakan bagaimana fikiran banyak mempengaruhi hidup kita. 'The secrets' cakap, apa sekalipun yang kita fikirkan samada perkara baik ataupun buruk semuanya akan berbalik kepada kita. Ini kerana kata 'the secrets' setiap kali kita berfikir dengan penuh perasaan akhirnya menarik perkara itu menghampiri kita. Sebagai contoh kita tidak mahu henfon kita terjatuh kerana dikhuatiri akan tercalar, maka ia pasti akan jatuh dan tercalar.
Jadi adakah cara untuk mengatasinya?
Menurut agama islam, perkara yang terbaik sekali adalah menyerahkan kembali segalanya kepada Allah. Dengan cara itu maka Dia akan memelihara hidup kita daripada segala malapetaka serta bencana.
Didalam al-quran juga Allah ada berfirman "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya mereka tidak mengubah diri mereka sendiri". Disini Allah ingin menyatakan jika sekiranya kita tidak mengubah cara fikir kita sendiri serta rasa hati yang terdalam, maka tiada gunanya menyerahkan segalanya kepada Dia. Itu sebabnya kita disarankan untuk mengubah cara fikir dan rasa terdalam iaitu di hati ini. Saya menggunakan kata 'disarankan' kerana ia terpulang samada anda mahu ikut ataupun tidak. Ya, ianya terpulang anda.
Oleh itu, dalam pengamalan meditasi mata ketiga kita akan selalu mempertahankan titik fokus kita iaitu dititik tengah antara dua kening. Disitu kita akan kekal fokus supaya tidak lari daripada momentum yang kita pegang. Untuk lebih efektif, lebih baik ianya dilakukan dihapan cermin supaya kita dapat melihat diri sendiri dan berbicara lamgsung dengan diri sendiri. Lontarkan kata-kata positif dihapan diri sendiri dihadapan cermin dan kekalkan momentum tersebut supaya ia menjadi tenaga tarikan untuk diri anda sendiri. Senyum, berkata-kata dan rasainya dengan sepenuh jiwa, maka ia akan menjadi doa yang paling mustajab.
Inilah rahsia golongan orang berjaya. Sebagaimana nabi Muhammad berkhalwat didalam gua hira, baginda menilik diri dengan keadaan gua yang bergema. Baginda mendengar suaranya, ucapannya, serta momentum yang dilontarkan samada ia positif ataupun negatif. Adakah sesuai dengan keadaan semasa itu ataupun tidak. Adakah bersesuaian dengan kaum barbarik yang jahil diwaktu itu. Momentum positif itulah yang menjadikan baginda seorang manusia agung, doanya tidak terpatahkan, sudah pastinya bersambut kerana Allah cinta kaseh padanya. Baginda memohon dengan sepenuh jiwa dengan tidak menyakitkan hati sendiri dan orang lain. Jiwanya tenang-tenang saja.
Maka sudah sepastinya, rahsia doa ampuh terletak pada fikiran dan jiwa terdalam ini. Yang perlu dipertahankan adalah momentumnya, dengan terus kekal fokus, fokus dan fokus!
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment