Kebanyakan diantara kita yang mengamalkan meditasi mata ke-3, akan menganggap penglihatan yang terpancar pada penglihatan mata ke-3 adalah sama seperti penglihatan mata biasa.
Mereka salah. Mata ke-3 itu hanya nama yang kita berikan kepada kelenjar pineal yang ada dalam otak kita. Oleh kerana letaknya di tengah antara dua kening serta hamper dengan mata biasa, maka kita menggelarnya mata ke-3.
Sebenarnya apa yang terlihat melalui mata ke-3 adalah berbentuk intiusi / bayangan. Terkadang ia muncul dalam bentuk simbolik. Orang melayu lama sangat hebat dalam ilmu simbolik. Seperti;
"Sebentar nanti akan ada orang akan datang ke rumah kita."
Macam mana mereka boleh tahu? Inilah yang dimaksudkan intiusi / bayangan. Perkara simbolik yang muncul di fikiran mereka, hanya mereka yang mengamalkan meditasi sahaja yang tahu.
Setiap orang tidak sama apakah jenis intiusi yang mereka dapat. Seperti contoh kita mendapati satu situasi yang rumit memerlukan jalan penyelesaian, maka secara spontan terkeluar dari fikiran serta mulut kita jawapannya. Itu juga adalah hasil daripada penggunaan meditasi mata ke-3 yang saya sebutkan sebagai kesedaran.
Firasat vs intiusi
Firasat pada saya adalah petanda yang muncul dari hati secara tiada penjelasan. Ia muncul secara tiba-tiba, dan kita tidak tahu di mana sebabnya kemunculan firasat tersebut. Kita kenal sebagai deria ke-6. Saya sebut sebagai deria kesedaran.
Intiusi pula pada saya adalah bayangan yang muncul di kepala akibat daripada kesedaran yang kita jana. Akibat langsung daripada hasil meditasi mata ke-3 akan memunculkan kesedaran.
Jika anda tidak faham maka anda akan menganggap apa yang muncul di kepala anda adalah firasat, dan yang di hati anda juga adalah firasat. sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza sama sekali.
Terkadang anda tidak dapat membezakan suara yang muncul di kepala anda ataupun yang muncul di hati anda, kerna kedua-duanya kedengaran sama. Iaitu suara milik anda juga.
Ia amatlah berbeza sekali. Akan tetapi suara firasat daripada hati akan disampaikan juga ke otak supaya otak dapat menerima signal firasat tersebut.
Itu sebabnya saya sarankan anda melakukan sepak terajang di kepala bagi menghalau perkara negative yang menjadi racun di kepala. Dikhuatiri bisanya akan meracuni hati anda. Maka anda tidak dapat membezakan firasat dan intiusi.
No comments:
Post a Comment