First you learn then you remove the 'L'

Ini merupakan titik perubahan dalam hidup saya. Meditasi membawa saya ke suatu dimensi dimana apa yang saya lihat pada masa kini adalah mengenai "apa yang saya mahu lihat."

Kata mudahnya, anda boleh melihat seseorang yang melakukan sesuatu kebajikan sebagai tugas yang mulia atau anda memandangnya sebagai lakonan untuk menarik pujian daripada orang ramai. Ianya terserah anda. Saya tidak mengawal apa yang patut anda fikirkan. Memang begitu fungsi meditasi mata ke-3, ia menyedarkan anda dan membuat anda bebas untuk memilih jalan hidup anda sendiri.

Pada mulanya saya belajar, belajar mengenai diri saya, kelemahan yang ada pada saya serta apa kelebihan yang saya ada. Lalu saya gunakan ia untuk saya mendapatkan hasil. Contohnya, saya kurang pandai menulis dan jika anda baca penulisan saya daripada awal maka anda akan nampak kelemahan pada tulisan saya.

Akan tetapi, kelemahan saya itu saya lalui dengan terus menulis tanpa jemu sehingga saya mampu mencapai pengunjung seramai lebih 1 ribu. Wah! Itu pencapaian yang amat bagus sekali!

Dari situ membuatkan saya lebih faham, setiap sesuatu perkara itu haruslah kita pelajari sehingga mahir, dan akhirnya barulah kita mengutip hasilnya.

Persoalannya disini, hasil yang bagaimana yang ingin anda kutip? Ya, jawapan inilah yang menjadi penentu jati diri anda. Jawapan ini jugalah yang menceritakan tentang anda secara keseluruhannya.

Itu sebab pada dasarnya kita mesti mulakan dengan belajar. Hanya dengan belajar barulah kita mampu menuai hasilnya.

"First you learn, then you earn."

No comments:

Post a Comment