Membangkitkan tenaga dalaman

Pernafasan

Ilmu tenaga dalaman atau kita sebut sebagai tenaga batin sebenarnya dimiliki oleh semua manusia. Cuma cara untuk bangkitkan ia saja yang kita tidak tahu. Banyak juga perguruan yang mengajarkan ilmu ini dengan pelbagai aplikasi. Ada yang mudah dan ada yang rumit.

Saya kongsikan dengan anda cara yang paling mudah.

Caranya, duduk bersila dan luruskan tulang belakang. Punggung dipastikan supaya tegak agar ekor tulang punggung anda membumi. Rasakan kepala anda. Titik fokusnya terletak di tengah antara dua kening anda.

Mulakan bernafas dengan cara menarik nafas melalui hidung dan penuhkan di bahagian dada anda, tahan sebentar lalu lepaskan melalui hidung anda juga. Kuncinya terletak pada irama pernafasan tersebut. Iaitu tarik nafas dengan kuat lalu hembuskan dengan lembut, tarik nafas dengan lembut lalu hembuskan secara kuat, dan tarik nafas secara lembut lalu lepaskan secara lembut.

Proses ini dapat membantu anda melancarkan pernafasan anda secara semulajadi.

Lakukan proses ini beberapa kali lalu anda akan dapat merasakan tenaga dalaman anda mengalir dengan lancar. Lebih kerap anda melakukan proses ini maka akan lebih lancar aliran oksigen dalam tubuh badan anda dan menguatkan tenaga dalaman anda.

Inilah yang kita sebut sebagai kebatinan. Jika anda mencari kebatinan yang seperti ilmu mistik, itu saya tidak boleh bagi tahu kerna saya bukan ahlinya. Ilmu jenis itu dicapai melalui pengamalan mantra-mantra serta doa yang khusus. Itu jauh dari bidang saya.

Yang saya kongsikan ini ilmu pernafasan yang mudah untuk membangkitkan tenaga dalaman anda semua. Jika anda sudah mahir ilmu ini maka anda boleh olah sendiri mahu bergerak macam mana ikut kesukaan anda. Ilmu ini milik anda, saya cuma kasi tahu sahaja.


Zikir semasa bernafas

Bagi yang berugama islam, saya sarankan anda berzikir di setiap hembusan nafas anda. Ia supaya perbuatan anda bermanfaat. Cukup saja sebut dalam kepala anda. Tak perlu anda suarakan sebutan zikir anda itu.

Pada saya itulah yang saya lakukan. Di samping kita bernafas dengan lancar, ada juga manfaat zikir yang kita dapat. Mengingat sang pencipta di setiap nafas kita adalah sangat baik. Ia membuatkan kita tidak hilang focus semasa melakukan meditasi mata ke-3.

Ini kerana rata-rata yang mengamalkan meditasi mata ke-3 mengharapkan kesan seperti mempunyai ilmu mistik, perkara-perkara ajaib dan segalanya yang tidak normal. Saya tidak katakan ianya tidak wujud, cuma saya tidak sarankan anda mengharapkan kesan seperti itu kerna ia akan membuatkan anda sanggup melakukan apa saja untuk memliki kesaktian seperti itu.

Ada manusia yang sanggup melakukan perjanjian dengan syaitan untuk mendapat kuasa mistik. Ada juga yang berdamping dengan jin. Bagi saya ini amat keterlaluan kerana manfaatnya setakat itu saja. Jika anda mahu kebal maka anda akan kebal saja, selain itu anda tiada kelebihan apa pun.

Dalam spiritual malaya saya mengajak anda berfikir dengan jelas, berfikir secara normal. Itu sebabnya zikir dapat membantu anda supaya tidak menerawang berfikir perkara yang tidak sepatutnya. Zikir juga dapat membantu jiwa menjadi tenang.

      الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ  

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)



No comments:

Post a Comment