Sensitiviti

Sensitiviti bukti kita peka

Sekiranya kita kerap kali bermeditasi, maka kita akan menjadi lebih peka. Kita dapat kesan perkara yang kita suka ataupun tidak.

Ada orang yang tidak ada deria sensitiviti. Mereka merasakan semua perkara boleh disentuh tanpa rasa bersalah. Mereka berasa tebal kulit.

Saya amat peka dengan perkara ini. Jika saya rasa tidak sedap badan atau ada sesuatu kelainan pada tubuh saya maka saya terus berjumpa doktor. Tidak perlu tangguh. Sebab saya tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh saya.

Seperti juga dalam komunikasi perbualan, jika saya rasa saya sudah bercakap perkara yang sensitif kepada orang itu, maka saya akan tukar topik lain ataupun alih fikiran dia dengan cerita yang santai.

Itu bukti kita peka. Tidak semua orang peka, kerana mereka tidak sensitif.

Mereka mahukan alat penggera bunyi yang mampu kesan kehadiran pencuri dengan pantas. Maksudnya alat yang sangat sensitif dengan kehadiran bendasing. Tetapi pemiliknya tidak peka melakukan tindakan dan lemah gemalai memberi reaksi.

Ia sangat tidak berguna sekali.

Kita perlu sensitif. Sensitif membuatkan kita peka. Ianya seperti deria di tubuh kita sangat aktif dan mampu mengesan pergerakan, bunyi, bau, tenaga, rasa dengan pantas sekali. Itu maksudnya sensitif.

No comments:

Post a Comment