Mata Ke-3

Rahsia mata ke-3

Letaknya diantara dua kening. Betul-betul di titik tengah. Menjadi rahsia kesedaran tahap tinggi.

Orang purba menggunakannya sebagai punca kesedaran. Mereka sangat peka terhadap perubahan cuaca, wabak, persekitaran, air pasang surut, ilmu hutan, mistik dan sebagainya.

Rahsianya terletak pada titik tengah antara dua kening. Penyembah setan menakutkan kita semua dengan mengatakan ianya adalah mata satu milik dajjal. Sedangkan ia sebenarnya mata kesedaran.

Sehingga kini, kita takut nak menggunakannya. Malah ada yang tidak tahu menahu langsung mengenainya.

Amatlah rugi.

Titik kesedaran yang letaknya betul-betul ditengah antara dua kening, merupakan kelenjar tertinggi sekali yang terdapat pada sistem tubuh badan manusia. Ia diberi nama kelenjar pineal. Seseorang yang mengalami mimpi adalah sebenarnya melihat melalui kelenjar tersebut.

Jika anda melihat orang yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi, perhatikan mata hitam mereka sudah pastinya akan naik ke atas. Ini bermakna mereka sedang di alam mimpi yang sangat dalam.

Setelah melalui peredaran zaman, maka teknik mata ke-3 ini juga telah melalui pelbagai evolusi. Namanya telah dipelbagaikan kepada yoga, zen, tafakur, meditasi, menerawang dan banyak lagi nama-nama lain. Walau apa pun nama yang digelar, inilah sebenarnya apa yang dikatakan sebagai mata ke-3, iaitu titik kesedaran.

Banyak sebenarnya kelebihan atau manfaat yang boleh kita perolehi daripada penggunaan mata ke-3. Salah satunya kita dapat menurunkan gelombang otak kepada tahap yang paling rendah seumpama berada dialam mimpi yang dalam.

Ramai yang menggunakan teknik meditasi ini bagi membolehkan mereka fokus terhadap impian yang mereka impikan. Ianya bekerja seperti magnet yang menarik segala apa yang kita bayangkan. Jika kita bayangkan bahawa kita gembira memiliki suami/isteri serta anak-anak yang ceria, maka kita akan lebih gembira disaat kita melihat mereka. Ini terbukti benar bahawa setiap apa yang kita lihat sebenarnya adalah persepsi daripada apa yang muncul di fikiran kita.


Menggunakan kepala otak adalah merupakan penggunaan mata ke-3.

Sesiapapun yang menggunakan kepala otaknya dalam segala sesuatu sebenarnya telah menggunakan mata ke-3 tanpa sedar.

Hanya kerana manusia yang fokus sahaja yang dapat menangkap visual secara minda bawah sedar (subconscious mind). Dan proses fokus itu berlangsung di kepala. Sepertinya setelah kita puas menggunakan otak, kita berehat sebentar bagi menurunkan gelombang otak yang sudah kuat naik turunnya. Maka hasilnya segala apa yang kita fikirkan sebelumnya akan menjadi visual di dalam fikiran kita. Itulah yang namanya minda di bawah sedar.

Gunakan saja otak kita, maka ia akan mengaktifkan kelenjar pineal yang letaknya di antara dua kening. Seringkali orang yang sering menggunakan mata ke-3 akan berasa stress di bahagian dahi dan kening. Cubalah urut di bahagian kening serta picit-picit menggunakan ibu jari anda di bahagian tengah antara dua kening, maka anda akan berasa ngilu dan lega.

Gunakan saja otak anda. Anda akan rasa bebas. Bebas mengkritik, bebas berfikir, bebas berimaginasi. Seperti kanak-kanak yang penuh imaginasi dan impian. Jika takut berfikir bermakna anda telah mencipta penjara bagi diri sendiri.

Maka timbullah golongan taksub. Otak mereka dimanipulasi supaya percaya dan terima sahaja input tanpa mampu berfikir lanjut. Walau terbukti salah akan diterima saja kerna tidak berani bersuara, takut di kritik, takut dikatakan sebagai melanggar perintah.

Begitulah kesannya menggunakan mata ke-3. Bukan mata dajjal, bukan mata satu, bukan mata Horus. Ianya adalah titik kesedaran.

Penggunaan mata ke-3 akan membuatkan kita fokus dengan apa yang kita lakukan. Semakin jitu nilai kesedaran kita disetiap kali kita menggunakannya.

"Jika memanah ada target tengahnya, jika berfikir ada titik fokusnya."


Mimpi di waktu terjaga.

Dulunya aku sering bermimpi di kala terjaga. Kata orang, itu mengelamun. Bagi aku itu adalah impian.

Aku sangat teruja dengan apa yang aku mimpikan. Aku bayangkan segalanya adalah kenyataan. Sehinggalah aku dapat pekerjaan yang ada sekarang ni.

Ilmu ini memang wujud. Orang putih sebut "law of attraction". Dalam bahasa kita iaitu hukum tarikan.

Setiap apa yang kita impikan, dengan penuh rasa teruja akan membawa diri kita kepada perkara itu dengan lancar.

Seperti sekumpulan pendaki gunung, mereka akan diberitakan oleh penjejak gunung bagaimana indahnya pemandangan di puncak. Maka ahlinya sudah mulai terbayang dan mimpi akan indahnya berada di puncak.

Semangat itulah yang membuatkan mereka berjaya capai ke puncak. Sedangkan awalnya, melihat saja puncak gunung yang tinggi serta jalan yang sukar menakutkan mereka untuk mendaki.

Bukan bermakna setelah pasang impian segalanya akan menjadi mudah. Ia hanya akan melancarkan saja. Bermaksud halangan itu tetap ada, cumanya anda akan melihat halangan itu seperti tiada apa-apa.


Begitulah pentingnya bermimpi, yang namanya impian. Bukan mengelamun terawang-awangan. Yang akhirnya menjadikan mereka mat jenin.

No comments:

Post a Comment