Pengalaman spiritual saya
Setelah sekian lama saya mengamalkan meditasi, agak banyak juga pengalaman saya perolehi. Saya akan kongsikan dari masa ke semasa melalui laman blog saya.
Saya sedar sepanjang saya kongsikan ilmu spiritual ini, agak ramai yang sudah melaluinya. Cuma mereka tidak mahu berkongsi sesame saya. Mungkin ianya terlalu peribadi bagi mereka.
Bagi saya secara jujur, banyak yang sudah saya capai. Antara yang paling besar adalah terhasilnya laman blog ini.
Saya sudah lama kongsikan ilmu meditasi ini sesame teman-teman dan sahabat saya, secara peribadi ataupun melalui media social. Tidak pernah terbayang akan menulis blog. Apalagi menjadi seorang blogger.
Bayangan cuma datang secara tiba-tiba, lalu saya fikirkan "apa yang patut saya tuliskan?"
Saya tidak tahu.
Sejak hari itu saya cuma bayangkan di kepala saya bahawa saya mempunyai blog sendiri. Apa isinya saya masih tidak tahu.
Bayangan menjadi sangat seronok di dalam kepala saya, menulis blog serta dapat berkongsi cerita bersama masyarakat dunia. Saya teruskan dengan perasaan tersebut di dalam kepala saya.
Bila sampai masanya, secara spontan saya sudahpun mencipta akaun blogger saya sendiri dan nah! ini hasilnya.
Begitulah hasilnya meditasi mata ke-3.
Sudah ramai manusia menggunakannya, cuma mereka tidak sedar bahawa mereka sudah menggunakannya.
No comments:
Post a Comment