kita bukan paranormal
Jangan salah anggap mengenai meditasi mata ke-3 anda. Saya tidak ajarkan anda menjadi paranormal atau tidak normal. Saya ajarkan supaya kita menjadi manusia normal.
Kita sedar dengan apa yang kita lakukan. Kita tidak bermimpi, kita tidak khayal. Segalanya kita sedar dengan jelas. Kita tahu apa akibatnya sebelum ianya terjadi.
Kerana kita telahpun menggunakan otak untuk berfikir. Orang dulu sebut "fikir masak-masak". Sudah saya ajarkan cara fikirnya. Kita tidak belajar masak-masak.
Apa yang kita dapat adalah fikiran secara jelas.
Kita jelas kebanyakan perguruan kebatinan di luar sana hanya mahukan duitnya saja. Anda dipersilakan bayar sekian-sekian duit supaya anda dapat sekian-sekian ilmu.
Akibat daripada itu, maka semakin banyak perguruan kebatinan yang menawarkan ilmu mereka. Mudah saja, anda hanya perlu sediakan duitnya.
Kita manusia normal
Saya kongsikan ilmu ini kepada anda secara percuma. Saya mahu kita menjadi manusia normal. Kita sendiri sedar bahawa masyarakat sekeliling kita sekarang ini semakin tidak normal.
Cara mudahnya anda lihat diri anda sendiri. Jika anda melakukan perkara yang di luar tabii ataupun bahsa mudahnya di luar norma manusia, maka anda tidak normal.
Jika mahu saya tunjukkan perkara tidak normal di luar sana, lihat saja perlakuan 'raja bomoh malaysia'. Ya itu contoh perbuatan tidak normal atau kita sebut sebagai paranormal.
Ia sangat mudah dikesan. Lihat sekeliling kita. Banyak lagi perkara yang tidak normal. Maksud normal iaitu jadi seperti biasa. Bukannya perkara kebiasaan yang manusia lain lakukan sehingga kita menganggap ia normal.
Panduannya ada pada setiap agama masing-masing. Kitab yang di turunkan telah jelas menerangkan keadaan normal seseorang manusia.
Maka ambillah ia sebagai panduan anda. Saya tidak membezakan agama anda. Dalam spiritual kita tidak mencari perbezaan, kita mencari persamaan. Iaitu menjadi manusia normal.
Menjadi diri sendiri
Jangan takut untuk menjadi diri sendiri. Itu adalah perkara paling normal bagi diri anda. Normal boleh di ertikan sebagai neutral.
Anda manusia bebas, maka anda bebas mahu jadi seperti apa. Segalanya terserah anda.
Ramai yang takut menjadi diri sendiri kerana bimbang akan kehilangan rakan atau kawan. Dikhuatiri keadaan kita sudah tidak seimbang dengan kelompok sekitar kita.
Itu telah membuktikan bahawa kita selama ini hidup dengan meniru atau menadaptasi cara hidup serta pemikirann orang lain. Kita tidak menjalani kehidupan dengan daya fikir kita sendiri secara sepenuhnya.
Anda perlu tahu, watak diri kita hanya kita seorang saja yang bawa di dunia ini. Tiada lagi manusia lain yang akan sama 100% serupa diri kita.
Kita adalah manusia yang istimewa. Kita 'limited edition'. Mana mungkin barang yang istimewa itu punya pendua. Seharusnya satu saja.
Itulah kita. Diri kita sendiri.
Jangan takut menjadi diri sendiri.
No comments:
Post a Comment