Jujur dengan diri sendiri

Jangan malu menyatakan

Setiap manusia mempunyai kisah silam. Ada yang terlalu hitam sehingga ia menghantui mereka sehingga saat ini. Ada juga kisah silam yang mereka ingin ulang kembali kerana terlalu suka kepada saat tersebut.

Sudah kita ketahui, tiada benda yang kekal di dunia ini. Sampai saatnya kita juga harus meninggalkan dunia ini. Maka sama juga seperti barang apa sekalipun. Tetap sama.

Akan tetapi masih ada perkara yang kekal, iaitu memori. Ia letaknya di dalam kepala anda. Dengan cara melakukan meditasi di mata ke-3 anda mampu mengulangi memori tersebut berulang kali.

Anda juga mampu merasakan perasaan di ketika itu. Cumanya ia dalam bentuk memori dan tidak dapat di ulang semula secara alami.

Maka jangan malu untuk menyatakan. Bukan nyatakan untuk saya, tetapi untuk diri anda sendiri. Jika anda rindukan insan yang sudah tiada maka jujur saja dengan diri anda bahawa anda merinduinya. Alami ia di dalam kepala anda.

Jujur dengan diri anda. Jika benci maka katakana saja benci. Jangan disimpan di dalam hati kerana hati itu tempatnya cinta dan kaseh sayang. Jangan cemari ia dengan nodaan.


Saya juga membenci seseorang

Benci ini boleh di ertikan sebagai tidak menyukai sesuatu daripada orang tersebut. Maka saya mengaku ada membenci sesetengah orang. Jadi anda angan salah faham bahawa saya ini hidupnya seperti malaikat yang suci.Cuma saya sentiasa menyucikan diri.

Akan tetapi anda perlu dapat membezakan benci yang bagaimana dan dengan apa cara? Pada saya benci itu hanya sekejap-sekejap saja singgah di kepala saya. Terkadang ia terjadi melalui situasi tertentu. Saya membenci hanya sekadar singgah di kepala sahaja. Tidak lama-lama kerna saya pasti akan menendangnya keluar.

Saya ambil jalan yang radikal, iaitu saya tendang ia keluar dari kepala saya. Perkara ni kerap kali terjadi. Saya lakukan sepak terajang di dalam kepala saya.

Ini kepala keagungan saya, mana mungkin saya biarkan orang lain menceroboh masuk. Lalu saya lakukan soal jawab dengan setiap perkara yang cuba mendiami kepala saya.

Saya tidak akan biarkan benda negative meracuni fikiran saya. Ia lantas akan melemahkan diri saya. Apa gunanya saya biarkan ia berkuasa? Oleh itu saya tanyakan kepada ia, apa yang ia mahu? Kenapa perlu saya melayaninya sehingga sakit-sakit hati? Sudah pastinya ia akan kalah, di kala itulah saya menendangnya keluar.

Mereka ingat dengan mudah dapat masuk dan menceroboh. Mereka silap, saya berkuasa ke atas diri saya. Kepala saya adalah mahkota, bukti Maha BijaksanaNya tuhan yang saya percaya.

Ya saya terajang keluar. Saya tidak bagi peluang.

Jangan cakap "tak apalah, bukan apa pun." Itu salah anda. Melemahkan diri sendiri.

Kita tidak akan mampu menjalani hidup harmoni jika kita berpegang kepada sesuatu itu tanpa melalui penyulingan di kepala. Maksudnya segala perkara yang merubah menjadi perasaan di hati telah di telan secara bulat-bulat.

Kita seharusnya rasional.

Anda pegang kuncinya. Iaitu kunci kekuatan diri. Letaknya di kepala anda. Lubang kuncinya ada pada antara dua kening anda. Gunakanlah ia, jangan di simpan saja!

No comments:

Post a Comment