Ego melemahkan diri
Saya mengakui bahawa saya mempunyai ideology pegangan saya sendiri. Malah saya terlalu obsess dengannya sehinggakan penulisan saya menggambarkan ideology saya.
Akan tetapi kita harus ingat, bahawa kita hidup di dunia sejagat ini dengan bermacam-macam manusia. Sifatnya bersalah-salahan, tidak sama.
Sedangkan cap jari kita sendiri pun sudah tidak sama.
Maka ideology kita juga berbeza.
Jangan salah erti, maksud saya kita perlu bertolak ansur semuanya. Jangan ada ego. Kerana ego melemahkan diri kita.
Jika kita rasakan tangan kanan ini cekap menulis, maka kita akan pandang remeh pada tangan kiri yang hanya digunakan untuk basuh berak. Sedangkan kedua-duanya juga memberikan fungsi yang baik.
Anda boleh pilih apa jenis ideology yang sesuai dengan diri anda. Ia sangat berkait rapat dengan kelangsungan hidup anda. Anda perlu memiliki ideology.
Jika tidak, anda akan saya gelar sebagai 'pak turut'.
Mudah saja. Saya tidak akan sembunyi-sembunyi dengan anda semua. Tiada gunanya saya menulis blog jika hasilnya adalah tipu daya keseluruhannya.
Apa sekalipun ideology anda, kita malah adalah bersaudara. Bersederhana saja.
Dunia sejagat
Jika anda kerap bermeditasi maka, anda akan sedar bahawa kita menetap di dunia yang sama. Walaupun kita tidak tinggal sebumbung, kita tetap berpijak di bumi yang sama. Kita menghirup udara yang sama. Berbumbungkan langit yang sama.
Mungkin dalam suatu-suatu masa kita akan terserempak. Mungkin saja tidak. Mungkin kita tidak kenal antara satu sama lain.
Walau apa pun, kita pasti akan melalui jejak-jejak manusia lain.
Seperti sewaktu saya tinggal di rumah ini, sebelumnya sudah ada orang lain yang tinggal di sini. Maka saya telah tempuh jejak yang sudah orang sebelum ini tinggalkan.
Jadi selepas ini, jika saya sudah berpindah, maka orang lain akan masuk dan akan terdapat kesan jejak bahawa saya pernah tinggal di sini.
Jadi, jejak apakah yang mahu kita tinggalkan di dunia ini? Seperti apa?
Itu sebabnya jangan kita melakukan kerosakan di muka bumi ini. Ia akan meninggalkan kesan kepada orang lain.
Kerana kita harus faham, jejak ditinggalkan setelah kita melakukannya. Itu namanya jejak / footprints.
Maka dunia hari ini tercipta hasil daripada jejak yang telah orang dulu tinggalkan. Terdapat banyak kesan-kesan peninggalan mereka. Kita kenal pasti, kita siasat, kita kaji yang mana perlu kita ikuti.
Jika kita tersalah pilih maka rosaklah generasi yang seterusnya akibat daripada jejak penginggalan kita.
No comments:
Post a Comment