Pentingnya kesedaran
Masyarakat
perlukan kesedaran. Iaitu kesedaran yang sederhana saja. Tidak lebih dan tidak kurang. Itu maksudnya sederhana.
Misalnya
saya di rumah berseorangan dan ingin berjimat makan di rumah, maka saya perlu
belajar asas memasak. Yang paling mudah adalah masak nasi serta goreng telur.
Ianya
wujud hasil daripada kesedaran di kepala.
Nenek
moyang kita cakap "sediakan payung sebelum hujan." Mereka tidak
pernah meleset.
Semalam
ada saudara saya bertanya;
"Persediaan
yang macam mana perlu kita buat demi kelangsungan hidup?"
Ianya
mudah, jika anda memakai kenderaan maka pastikan anda ada ilmu asas bagi
kenderaan tersebut. Ia dapat membantu kita melakukan rawatan pertama / first
aid.
Tidak
mengapa jika tidak pandai sekalipun, pastikan anda mempunyai jaringan mekanik
yang dapat anda hubungi semasa kecemasan tersebut.
Ianya
sekadar contoh.
Andai
rasa perlu belajar seni beladiri untuk kegunaan kecemasan maka jawapannya
adalah; ya belajar saja.
Anda tahu
jenis payung yang macam mana yang perlu anda gunakan di masa anda
memerlukannya.
Teman sejati
Aku
terbaca hashtag seorang sahabat #jalankitaberbeza #jalanterus. Sangat kuat
sekali mesej yang disampaikan.
Terbukti
didunia ini kita masing-masing mempunyai jalan hidup yang berbeza.
Jika anda
seorang doktor maka kehidupan anda berkisar dengan nyawa serta sakit sembuh
seseorang pesakit. Begitu juga sebaliknya.
Walaupun
kita mengenali sejak kecil mahupun bila masa sekalipun, perjalanan kehidupan
kita maseh tetap berbeza.
Yang
bujang dengan cara bujang, sudah berumahtangga dengan cara mereka. Semuanya tak
sama.
Yang
penting sekali adalah #jalanterus. Impian anda hanya anda yang mampu
mencapainya.
Orang
lain berupaya berjuang berjalan bersama-sama kita. Tetapi mereka tiada upaya
menjalaninya untuk kita.
Kita
perlu tempuh sendiri.
Bersama
teman sejati;
Diri
sendiri.
Manusia mempunyai kuasa!
Disaat
energi atau frekuensi negatif masuk kedalam fikiran, maka disitulah bergunanya
kuasa kita untuk menendang ia keluar.
Jangan
biarkan ia menghujam menikam jantung hati kita. Sangat pedih bagaikan bisa
ular.
Caranya
sama, rasakan kesedaran di kepala. Disitu tempatnya kita lakukan sepak
terajang.
Setiap
hal negatif kita soal jawab di situ. Iaitu di dalam kepala kita. Jangan biar ia terlepas hujam ke jantung
hati.
Sampai ia
neutral.
Lalu
meningkat positif.
Ibarat
terkena bisa, kita yang mencipta penawarnya.
Permulaannya
memang agak sukar. Lama kelamaan ia menjadi mudah.
"Alah
bisa tegar biasa."
Kita berkuasa menentukan apa yang perlu kita fikir, apa tindakan yang perlu kita lakukan serta perasaan bagaimana yang kita mahukan. Kita pilih kerana kita manusia yang mempunyai kuasa.
Jika anda rasakan anda tidak mempunyai kuasa menentukan jalan hidup anda, sekarang saya beri anda kuasa.
Gunakan kuasa itu sebaiknya.
"Move on!"
Kita berkuasa menentukan apa yang perlu kita fikir, apa tindakan yang perlu kita lakukan serta perasaan bagaimana yang kita mahukan. Kita pilih kerana kita manusia yang mempunyai kuasa.
Jika anda rasakan anda tidak mempunyai kuasa menentukan jalan hidup anda, sekarang saya beri anda kuasa.
Gunakan kuasa itu sebaiknya.
"Move on!"
No comments:
Post a Comment