Di mana titik kemanusiaan?
Jika
titik kesedaran letaknya diantara dua kening, titik kemanusiaan pula letaknya
di tengah dada.
Kebiasaan
kita tersalah erti dengan menganggap titik kemanusiaan itu tepat di jantung.
Sebenarnya ia memang di jantung tetapi tempatnya tepat di tengah dada. Kerana tepat di jantung itu tempatnya sang pencipta. Penyerahan abadi. Tidak tercapai akal fikiran.
Kebiasaan
manusia yang fokus tepat pada jantung akan mudah memendam rasa, kuat cemburu,
patah hati sehingga mampu membunuh diri atau membunuh orang lain serta perkara
negatif yang lain. Ini kerana titik tepat pada jantung sebenarnya hanya untuk penyerahan, tidak boleh masuk unsur selain itu.
Ini
adalah akibat langsung apabila kita menggunakan hati/jantung sebagai medium
untuk berfikir.
Menggunakan
titik ditengah dada adalah supaya jalur cakra pada tubuh seimbang serta lancar.
Bermula daripada hujung tulang ekor sehingga puncak iaitu di kelenjar pineal.
Maka pada
titik ditengah dada, fikiran yang negatif akan ditapis sebelum diserap masuk
kedalam hati. Maka hati/jantung akan kekal suci daripada kotoran.
Hati
merupakan medan magnet paling besar pada tubuh badan kita. Seperti lubang hitam
pada angkasa raya yang menelan apa saja.
Itulah
sebabnya harus berhati-hati dengan hati. Setiap perkara yang melibatkan hati
akan meninggalkan kesan yang tidak terlihat dimata kasar.
Disitulah
tempat wujudnya kaseh sayang yang kita gelar sebagai kemanusiaan.
"Manusia
tidak berubah, mereka semakin menemui jatidiri mereka yang sebenarnya."
Begitulah
pentingnya menggunakan titik kesedaran secara menyeluruh. Jatidiri semakin
timbul. Seperti mana juga ulat bulu yang mengalami evolusi menjadi rama-rama.
Kemanusiaan bukan agama.
Ramai
yang berugama tetapi tiada kemanusiaan. Jiran bangsa cina tak pernah bertegur
sapa. Jiran India langsung buat tak endah.
Sedangkan
mereka juga manusia. Dimana nilai kemanusiaan kita? Adakah kerana menganggap
ugama kita sangat mulia sampai tak endahkan bangsa lain?
Sesama
ugama juga ada yang tak ambil peduli. Dibiar melarat. Sedangkan saudara
sendiri. Iya lah, bukankah Islam itu bersaudara?
Itulah
yang aku nampak pada hari ini. Manusia tanpa kemanusiaan. Penunggang agama demi
sesuap nasi basi. Menjadikan agama sebagai tiket berbuat dosa. Pembantaian
manusia atas nama agama.
Dimanakah
nilai kemanusiaan?
Aku juga
seringkali mengabaikan orang yang kelihatan susah dan meminta sedekah di tepi
jalan. Bukan aku tiada kemanusiaan, aku sangat sedar akan perkara itu. Aku
sedar ada dikalangan mereka peminta sedekah itu adalah penipu yang mengambil
kesempatan terhadap kesusahan orang lain.
Dan ada
juga yang aku abaikan kerana aku tak mahu mereka hanya bergantung harap kepada
pemberian manusia lain semata-mata. Mereka perlu belajar survive. Sedangkan
ramai lagi diluar sana yang bernasib kurang baik, mampu menggunakan kudrat
mereka sebaik-baiknya bagi kelangsungan hidup mereka.
Begitulah
caranya kita mendidik nilai kemanusiaan dikalangan kita. Keturunan, bangsa,
agama dan warna kulit bukanlah perkara yang membezakan kita. Yang membezakan
kita sebenarnya adalah nilai kemanusiaan.
Kerana
kemanusiaan bukanlah agama!
Yang dibenci nabi Muhammad itu adalah perangai
seseorang, bukannya individu itu.
Ini
terbukti bahawa pakcik baginda iaitu Abu Lahab, walaupun sentiasa berkhianat
terhadap baginda tetapi baginda tidak pun membenci pakciknya.
Baginda
hanya benci kepada perangai Abu Lahab yang melampaui batas. Sehingga turunnya
surah al-masad.
Begitulah
ajaran baginda Muhammad. Sederhana saja.
No comments:
Post a Comment