Helang Gunung

Helang telah menjadi simbolik kepada kekuatan kepada seseorang atau kepada sesebuah negara sejak dari zaman purba lagi. Jika diamati banyak negara yang menggunakan simbol helang sebagai jata negara mereka seperti amerika, indonesia, yaman dan juga dipakai pada bendera mesir. Terbukti bahawa helang menjadi sebuah ikon kekuatan semenjak di zaman kuno purba. Persoalannya adalah, apakah kaitannya helang dengan kekuatan spiritual?

Pada zaman Mesir purba mereka percaya bahawa terdapat seorang dewa yang bertubuh badan manusia dan berkepala helang dikenali sebagai dewa Horus. Dewa Horus menjadi simbol kekuatan kerajaan mesir semenjak pemerintahan Firaun lagi. Dikatakan bahawa mata Horus mampu melihat segalanya. Di masa kini ia lebih dikenali sebagai mata satu atau simbolik kepada mata dajjal. Ia menjadi semakin rumit lagi apabila mendapat penentangan dikalangan umat islam bagi sesiapa yang ingin mengkaji atau menggunakan pra-kata 'mata satu' sebagai simbolik kepada kebangkitan mata ke-3 dalam istilah spiritual.

Sebenarnya mata ke-3 atau 'mata satu' yang terdapat diantara dua kening kita itu, lebih tepatnya di tengah-tengah kening, merupakan mata yang penglihatannya setajam mata seekor burung helang. Ia mampu melihat dengan sangat jauh serta jelas. Yang membuatkan kita ragu-ragu adalah kerana apa yang kita lihat itu tidaklah seperti kita melihat dengan dua mata yang sedia ada ini.

Jelas sekali penglihatan di mata ke-3 amat berbeza jika dibandingkan dengan penglihatan dengan menggunakan ke dua biji mata. Ini adalah dikeranakan cara lihat di mata ke-3 tiga seperti melihat visi serta diragukan bahwa ianya cumalah bayangan imaginasi didalam fikiran semata-mata. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang disangkakan. Pandangan di mata ke-3 memang begitulah adanya, Cuma untuk memastikan bahawa ia mendapat keyakinan daripada diri itulah yang memerlukan beberapa disiplin yang perlu dilalui supaya dapat meyakinkan diri bahawa apa yang dilihat itu benar-benar sebuah penglihatan dan bukannya khayalan.

Caranya adalah dengan memusatkan fikiran kita pada titik di tengah kening. Fokus pada tempat itu sehingga suatu tahap anda akan menjadi seperti keadaannya orang yang termenung. Itu bermakna anda sudah masuk ke alam spiritual. Frekuensi gelombang otak anda sudah terlontar ke suatu dimensi yang lain. Di sinilah yang dikatakan 'hukum tarikan' itu berfungsi, dan disini jugalah yang dikatakan 'mata satu' yang melihat segalanya. Syaratnya biarkan saja apa jua fikiran yang melintasi di dalam kepala otak anda. Layankan saja. Jangan ditahan-tahan kerana untuk melampaui fikiran luar batasan memang keadaannya pun di luar batas fikiran.

Setelah anda puas merentas alam spiritual, anda akan merasakan keadaan yang berlainan. Bagi yang pertama kali anda akan merasakan khayalan anda seperti panjang dan semakin kedalam dan terus ke dalam. Bagi yang sudah biasa maka anda akan dapat memilih mahu mengembara ke mana atau dimana. Ia terpulang kepada anda. Jika kepala atau tubuh anda menjadi seperti kebas jangan dirisaukan, ini adalah akibat langsung daripada tubuh badan yang dalam keadaan rehat terlalu lama atau disebut 'idle'. Ia adalah perkara biasa. 

Jika anda pernah bertemu dengan orang yang tersedar daripada koma, maka mereka akan menceritakan pengalaman pengembaraan mereka di suatu alam yang lain. Sepertinya alam itu adalah benar-benar belaka. Padahal diwaktu itu mereka berada dalam keadaan koma. Ini membuktikan yang menjana alam tersebut adalah otak mereka sendiri. Oleh itu, otak mempunyai fungsi menjana frekuensi merentas masa yang sangat tinggi. Dengan cara dan teknik yang betul.

Bak kata PK lakonan amir khan "jika panggilan adalah salah sambung maka ia tidak akan terjawab."

No comments:

Post a Comment