Bukan kerana nama

Penulisan saya mengenai spiritual ini sebenarnya adalah lebih kepada kesedaran. Kata pokoknya adalah sedar. Saya melihat rata-rata masyarakat hari ini terlihat sedar sedangkan mereka sebenarnya 'tidur'. Tidur disini bermaksud jiwa yang tertidur.

Jika anda perhatikan disekitar anda, keadaan kebersihan, kemanusiaan, kesihatan, adakah semua ini diambil berat? Jika jawapan anda adalah ya maka anda serta orang sekitar anda berada didalam keadaan yang sedar. Jika tidak maka menjadi tugas anda memberi mereka kesedaran itu.

Mereka yang 'tidur' ini amatlah merbahaya sekali sebenarnya. Golongan ini adalah seperti dipukau kerana mereka terlalu mengabaikan diri dan keadaan sekeliling. Golongan seperti ini banyak diperalatkan oleh input-input daripada media massa serta manusia lainnya.

Untuk menyedarkan mereka pertama sekali anda perlulah sedar. Ahli agamawan menyebutnya sebagai 'pencerahan'. Setelah itu barulah anda boleh memberi pencerahan kepada golongan yang tidur tersebut.

Ianya demi keseimbangan yin dan yang. Positif dan negatif. Perbuatan ini terkadang dibenci dan tidaklah popular. Orang barat menggelarnya sebagai "awareness". Mereka telah lama melakukan gerakan yang tidak popular ini. Demi memberi kesedaran kepada umum tentang bahaya itu dan ini.

Semua ini dilakukan bukanlah kerana nama.

Hanyalah demi sebuah kesedaran kepada mereka yang terlena.

No comments:

Post a Comment