Cinta itu merelakan jiwa

Hari ini ada seorang ustaz datang kepadaku, memberi aku sebuah warkah catitannya mengenai "bebaskan cintamu!". Tajuk yang agak menarik bagi aku. Beliau menggunakan nama pena 'tintamualim' bagi penulisan beliau ini.

Cinta....bagi tintamualim, cinta itu diibaratkan sebagai suatu yang sangat istimewa, sehinggakan kita sebagai insan yang mengaku memiliki jiwa yang penuh dengan cinta ini tidak sepenuhnya faham tentang apakah cinta itu.

Beliau menggambarkan bahawa pasangan yang bercinta hari ini terlalu mengongkong, sehinggakan setiap perkara harus diberitahu tanpa gagal. Tiada kebebasan! Ini sekaligus tidak menggambarkan cinta itu sendiri.

Cinta sepatutnya penuh dengan kasih dan sayang. Seperti pencinta haiwan, mereka ini sentiasa memastikan tiada pihak yang berwenang menghapuskan habitat haiwan liar dengan tanpa pemerhatian. Bukannya seperti pemelihara burung yang mengatakan cinta, sedangkan burung itu sendiri terkurung didalam sangkar!

Cinta itu sepatutnya ikhlas. Sepertimana ikhlasnya Allah kepada ciptaannya didalam surah al-ikhlas, tiada langsung disebutkan mengenai ikhlas. Akan tetapi Allah merelakan "kau dengan agama kau, aku dengan agamaku."

Cinta itu sepatutnya merelakan. Rela bukan bermaksud mengabaikan, akan tetapi ia lebih kepada bermaksud percaya yang teramat dalam. Pertama sekali adalah wajib untuk memberi panduan kepada pasangan yang dicintai, aturan serta segala bekalan rohani sebagai pedoman. Lalu kau percayalah kepadanya dengan sebenar percaya! Jangan diragukan cintanya!

Sekiranya dia cinta akan kau, sejauh mana kau berpisah dengannya, sudah pasti dia akan menjaga maruahnya demi cinta kau. Tak perlu kau meraguinya lagi. Itulah sebenar-benarnya cinta. Cinta itu merelakan jiwa.

Begitu juga cinta kepada Allah. Kau perlu merelakan diri ini, bahawasanya setiap gerak dan diammu adalah dengan kekuasaannya. Kau bebas melakukan apa saja selama ini tanpa kau sedar bahawa Allah yang menggerakkanmu. Kau merasakan seperti itu adalah gerakanmu sendiri, percakapanmu sendiri, kejayaanmu sendirk. Kau ternyata salah!

Cinta Allah itu ikhlas. Kau bebas melakukan semahumu. Tapi mengapa kau lupa kepadaNya? Dalam setiap nafasmu tiada satu pun pujian kepadaNya. Mengapa? Kau begitu angkuh!

Ego menjadi penghalang kepada cinta. Kau mengongkong fikiranmu sendiri. Kau membelenggu jiwamu sendiri. Kau tidak merelakan jiwa itu hanya semata-mata dipandu oleh sang pencipta. Kau fasik!


No comments:

Post a Comment