Suka tapi benci

Perkongsian kali ini agak sukar dipercayai oleh sebilangan kita. Akan tetapi itulah hakikat sebenarnya.

Kebanyakan kita hari ini sukakan hidup yang bersenang lenang, rumah yang besar, kereta mewah, makan yang sedap-sedap akan tetapi kita benci untuk bekerja keras. Kita benci untuk berusaha keras untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selalunya kita akan menyalahkan tuhan kerana tidak melahirkan kita di dalam keluarga yang kaya raya serta hidup yang senang lenang.

Kita paling suka salahkan orang lain dan kita paling benci untuk mengakui salah sendiri.

Dalam hal suka tapi benci ini juga ada hal yang kita perlu teliti. Antaranya adalah sekeliling kita. Perhatikan betul-betul, kerana keadaan mereka-mereka ini seperti wayang filem, anda akan dapati mereka ini sama saja semuanya akan tetapi mereka tidak. Mereka berbeza sekali. Cukup mudah untuk kenal jika kita tahu caranya. Di setiap kali kita punyai impian atau daya usaha untuk memajukan diri, akan ada dikalangan kita yang sangat suka akan hal itu. Mereka memberi sokongan dan dorongan di depan kita dengan bermanis muka, disebalik itu mereka sangat benci seandainya kita berjaya. Kita boleh berjaya, cuma jangan lebih daripada mereka. Itu akan membuatkan mereka benci.

Ini antara sedikit sebanyak perkongsian saya yang melibatkan spiritual. Anda hanya akan sedar perkara ini di waktu mata hati anda terbuka luas. Terang benderang seperti lampu spotlight. Disaat mata, mulut dan telinga terkunci rapat, disaat itulah anda akan mula mendengarkan kebenaran dari dalam diri anda. Kesedaran yang sebenarnya akan mulai timbul.

Jangan cuma suka tetapi benci.

No comments:

Post a Comment