Merawat gangguan halus menggunakan mata ketiga

Pertama sekali yang harus kita ketahui adalah makhluk halus itu apa? Bagaimana rupa wajahnya? Mengapa ia (makhluk halus) boleh mengganggu gugat hidup manusia (santau)?

Yang dikatakan makhluk halus itu sebenarnya adalah dari golongan jin. Mereka ini tercipta dengan unsur api dan angin. Itulah sebabnya kita sebagai manusia tidak dapat melihat mereka. Yang kita mampu lihat terkadang itu hanyalah kelibatnya sahaja. Rupa wajah mereka itu berbagai-bagai. Terkadang kita pernah merasai seperti ada lintasan angin atau sesuatu yang meremangkan bulu roma kan? Dikhuatiri itu sebenarnya adalah lintasan makhluk halus itu sendiri. Samada ia lalu ataupun keberadaannya di situ.

Dikalangan manusia itu sendiri juga ada yang berdamping dengan makhluk jin. Oleh sebab itu mereka (manusia) ini terkadang mampu memiliki kekuatan yang luar biasa, berlawanan dengan keadaan fizikal seseorang itu. Kebanyakkan melayu khususnya, menyimpan benda mistik seperti kayu, keris, cincin, batu atau apa segala benda yang dianggap mempunyai kuasa itu merupakan satu bentuk pemujaan yang membangkitkan makhluk halus untuk berdamping dengan benda-benda mistik tersebut.

Adalah menjadi kesalahan jika kita menganggap sesuatu barang itu mempunyai kuasa sakti, melainkan ianya adalah semulajadi. Contohnya besi berani yang mampu menarik besi, besi radioaktif yang memiliki sumber tenaga radioaktif yang amat kuat dll. Sama juga seperti kayu-kayan, contohnya kayu cendana yang aslinya boleh dihasilkan minyak wangi, kayu tas dan banyak jenis kayu-kayan yang lainnya masing-masing memiliki kelebihan semulajadi. Tidak perlu dijampi atau dianggap memiliki kuasa kerana memang sudah alami ianya berfungsi dengan tersendiri secara semulajadi.

Persoalan disini, bagaima mata ketiga mampu merawat sakit mistik?

Mata ketiga sebenarnya merupakan titik fokus bagi kesedaran. Letaknya diantara dua kening, ia menjadi titik fokus. Dengan cara memfokus dititik tersebut, kita dapat merasakan kehadiran tenaga 'lain' jika ianya ada, dan kita mampu juga menendangnya keluar atau menjauh. Dalam al-quran Allah berfirman:-
Surah At-Tin, Verse 4:
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

sesungguhnya telah Ku ciptakan insan itu sebaik-baik kejadian.

Ayat quran ini menerangkan bahawa kita sebagai manusia mampu saja menguasai diri kita sendiri. Hanya setelah kita sedar bahawa kita ini sebaik-baik kejadian.

Untuk membuat kita sedar tidak lain hanyalah dengan fokus. Fokus pada kesedaran diri kita sendiri. Fokus secara tenaga dalaman, bermaksud tenaga yang didalam iaitu pernafasan yang kita semua sebut sebagai tenaga batin. Jika kita mampu mengawal pernafasan serta fokus dengan betul, maka segalanya dibawah kendalian kita.

Maka untuk mengubati sakit gangguan halus, hanya fokus dititik kesedaran. Fokus untuk hilangkan gangguan tersebut atau apa saja yang kita mahukan. Dan kesannya bukanlah secara serta merta. Ianya memakan masa dan juga latihan. Ini kerana hanya ilmu hitam serta mukjizat sahaja yang ditunjukkan serta merta. Tujuan mukjizat terjadi serta merta adalah untuk menyangkal ilmu sihir permainan syaitan. Untuk kita yangbtiada mukjizat ini hanyalah perlu berserah kepada Allah supaya diberikan karomah.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment