Manusia serba tahu

Surah Al-Baqara, Verse 31:
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"

Pada penciptaan manusia yang pertama lagi telah diajarkan manusia itu dengan ilmu segala oleh Allah S.W.T. dan diajarkan juga jika kita hendak mengetahui sesuatu yang tidak kita ketahui maka hendaklah kita bertanya. Maka dengan itu, benarlah bahawa al-quran itu sebuah buku serta 'manual' kehidupan yang paling lengkap. Segalanya sudah disempurnakan.

Tidaklah menjadi kesalahan jika seandainya manusia itu menjadi serba tahu, asalkan manusia itu rajin bertanyakan kepada sesuatu yang mereka tidak tahu. Banyak kelebihan serta keajaiban yang mampu kita kecapi seandainya kita gemar bertanya. Salah satunya kita dapat merungkai persoalan didalam benak fikiran serta mampu menambahkan ilmu pengetahuan.

Bagaimana pula dengan penciptaan piramid di mesir? Mereka orang mesir purba bertanyakan ilmu seni bina piramid itu kepada siapa? Adakah makhluk asing? Jawapannya adalah tidak. Mereka sebenarnya bertanyakan kepada kesedaran diri mereka sendiri. Bagaimana? Bolehkah begini? Bolehkah begitu? Kenapa gagal? Bagaimana boleh berjaya? Hanya dengan cara bertanya saja barulah kita dapat menemui jawapan.

Oleh itu, janganlah kita malu dalam bertanya kerana dalam bertanya itu banyak mengandungi jawapan. Dalam jawapan itu pula mengandungi penyelesaian. Biarlah kita terlihat bodoh dalam bertanya, jangan pula menjadi bodoh selamanya.


No comments:

Post a Comment