Manusia dikawal komunikasi massa

Dalam teori komunikasi 'pembingkaian', komunikasi massa memainkan peranan dalam menentukan apa yang kita perlu tahu mengikut acuan mereka. Walaupun kita mempunyai hak untuk memilih samada untuk percaya ataupun tidak, massa akan cuba sedaya upaya untuk membujuk hati setiap penerima untuk menerima apa yang mereka cuba sampaikan.


Melihat kepada gambarajah diatas, kita akan lebih faham mengapa pengaruh media massa sangat besar dalam dunia moden sekarang ini. Majoriti masyarakat hari ini memiliki sekurang-kurangnya satu peti televisyen di rumah, satu smartphone, radio, surat khabar dll. Alat yang disebutkan adalah merupakan komunikasi massa, dan ia digunakan secara meluas diseluruh dunia.

Oleh itu, dapat kita lihat bahawa komunikasi massa juga mengalami trending dimana penjual menggunakan media massa untuk memperkenalkan dan melariskan jualan, membuat aduan secara viral di media sosial, menyebarkan berita palsu dan juga menyebarkan berita semasa kepada masyarakat.

Oleh kerana komunikasi massa menggunakan taktik membujuk, maka ramailah yang akan mula terpengaruh dengan menyebarkan berita palsu, menyebar fitnah, memburukkan individu ataupun organisasi dan lebih parah lagi apabila media massa digunakan untuk menjual harga diri dengan memuat naik gambar/video lucah serta kegiatan pelacuran.

Inilah yang dinamakan pembingkaian. Kita diberi input melalui media massa dengan maklumat yang telah ditetapkan oleh pengarang dan ditapis pula oleh editor. Maka oleh sebab itulah wujudnya setelah itu suatu fenomena yang disebut sebagai 'dunia tanpa sempadan'. Segala maklumat yang diperlukan hanyalah dihujung jari anda. Melalui jalur lebar, kita bebas untuk mencari serta kaji maklumat yang kita inginkan tanpa perlu melalui sekatan daripada mana-mana pihak. Kita akan menemui jawapan kepada segala persoalan apabila kita mula mencari dan menkaji 'search and research'.

No comments:

Post a Comment