Kita hari ini hidup dikalangan masyarakat yang bukan saja bertuhankan apa yang mereka percaya, malahan ada yang sudah mencapai ke tahap menjadi 'tuhan' itu sendiri. Tidak dinafikan golongan tersebut ada yang belajar tinggi dalam bidang agama dan kitab-kitab, lalu mungkin oleh sebab itulah yang menjadikan makam mereka sama seperti tuhan.
Pernahkah anda mengalami situasi dimana ada golongan yang mampu menilik hidup anda tanpa langsung bertanya terus kepada anda? Mereka mampu menjatuhkan hukum keatas anda tanpa perlu selidik apakah keadaan yang sebenarnya anda lakukan atau apa yang sedang berlaku keatas anda. Golongan tersebut juga mampu menyebarkan dakwah kepada orang sekeliling anda betapa mereka akan turut menjadi 'sesat' jika berkawan dengan anda.
Perkara ini berlaku dalam setiap agama, malah keatas golongan yang mengaku tidak beragama juga tidak dapat lari daripada 'tuhan' yang seperti ini. Saya menggelar mereka cuba menjadi tuhan kerana mereka ini mampu mencari dan mendapat pengaruh yang ramai dengan cerita khayalan yang mereka bawa. Saya kata ianya khayalan kerana mereka tidak akan berani bertanya langsung kepada anda, dan mereka lebih memilih mendengar khabar angin serta membuat andaian sendiri.
Golongan seperti mereka itu lagaknya seperti para pendeta, perasaannya seperti mampu menilik segala sesuatu yang berlaku keatas seseorang. Sedangkan hidup mereka sendiri pun mereka tidak dapat uruskan dengan baik. Maka saya gelar mereka ini sebagai manusia yang menjadi tuhan.
Mereka mampu menjatuhkan hukum keatas sesuatu individu, malah akan mendapat sokongan yang ramai. Karakter individu yang dijatuhkan hukum akan dibunuh secara perlahan-lahan, sehingga akhirnya lenyap. Mereka akan berasa senang kerana berjaya menjadi tuhan dengan melakukan perkara tersebut.
Jika kita percayakan diri sendiri, percayakan dengan kuat akan tuhan yang kita percaya maka tiada yang dapat meruntuhkan kepercayaan itu. Allah berfirman "jika ada tuhan-tuhan lain selain Allah di muka bumi ini nescaya mereka akan hancur semuanya".
Anda percaya yang mana?
No comments:
Post a Comment