Spiritual Malaya

Spiritual merujuk kepada kerohanian, manakala malaya pula merujuk kepada melayu. Maka blog ini saya tulis bagi menceritakan fasal kehidupan melayu yang berkerohanian. Ini rahsia orang melayu dulu kala, diamnya merungkai rahsia, cakapnya umpama sebutir permata. Dalam setiap kata-kata bermadah pantun serta pujangga, lembut bicara, berbisa maknanya.

Sejak kedatangan islam, melayu lama menjadi semakin kuat dari segi kerohanian. Sejarah melayu yang kuat memuja dewata dahulunya, kini sudah beralih kepada memuji dan memuja Allah s.w.t. Sejak daripada itu juga islam menjadi mahsyur di tanah melayu. Seni kebudayaan melayu yang bertentangan dengan islam dimansuhkan dan disesuaikan dengan syariat islam, maka segala amalan kurafat secara langsung telah dibuang daripada melayu.

Oleh itu, tidak hairanlah jika hari ini maseh terdapat melayu yang maseh mengamalkan ajaran kurafat seperti memuja syaitan dengan tujuan untuk menyihir dan menghantar santau. Ianya tidak lain hanyalah kerana melayu itu sudah dirasuk nafsu yang didorong terus oleh syaitan yang direjam. Sejarah melayu yang kuat memuja dewata membuatkan mereka tidak merasa bersalah sewaktu mengulangi perbuatan terkutuk itu walaupun sesudah memeluk agama islam.

Melayu lama tersangatlah ampuh suatu masa dahulu dengan latar belakang sejarah yang kuat memuja dewata setelah itu mereka beralih dengan memuji dan memuja Allah. Ajaran kitab wahyu dari langit yang diberi nama al-quran telah banyak mendidik spiritual orang melayu untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raga hanya kepada Allah.

Apabila adat, adab dan budaya melayu menyerap hakikat ketuhanan yang diajarkan al-quran, melayu menjadi golongan yang sangat amanah. Mereka percaya setiap tingkah laku mereka diperhatikan Allah dan segala perbuatan jahat akan menerima hukumanNya. Itulah sebabnya ramai pedagang yang masuk ke negeri melaka suatu ketika dahulu kerana mereka berasa selamat samada diri ataupun barang dagangan mereka.

Apabila kedatangan portugis, fikiran melayu telah diracun dengan cara dan budaya barat. Portugis mengajarkan rasuah serta perangai 'tidak tahu malu' kepada melayu. Dua perkara ini sudah cukup untuk membuatkan melaka yang kuat suatu ketika dahulu untuk kalah dan dijajah oleh pihak portugis. Rasuah membuatkan melayu bertuhankan harta, manakala 'tidak tahu malu' membuatkan melayu terus melupakan Allah s.w.t.

Spiritual malaya pula adalah cetusan kepada seluruh melayu supaya sedar siapa itu melayu. Melayu bukanlah bangsa yang lemah melainkan mereka ini hanyalah 'mudah lupa'. Melayu mudah lupa. Mereka lupa bahawasanya mereka dahulu kuat memuji dan memuja Allah. Bukanlah melayu yang memuja harta, dan bukan juga melayu yang lalai alpa daripada mengingat Allah.

No comments:

Post a Comment