Apa hebatnya melayu?

Baru-baru ini berhubung kejadian baitulmaqdis diisytiharkan sebagai ibu negara Israel oleh Amerika, seluruh umat islam di dunia menjadi marah dan tersinggung. Maka keluarlah paluan gendang perang mengajak umat islam untuk berjihad. Melayu juga tidak terlepas daripada seruan jihad tersebut.

Dalam akhbar baru-baru ini, Dr syeikh nawaf selaku presiden kesatuan ulama luar negara Palestin mengatakan "saya percaya bangsa melayu akan membebaskan masjid al-aqsa". Maka meloncatlah bangsa melayu dengan bangganya menyatakan bahawa merekalah kaum yang dijanjikan dari timur. Membawa panji hitam sebagai tanda kesediaan untuk berperang.

Persoalannya, apa hebatnya melayu?

Melayu yang sebenarnya menjadi hebat dikarenakan rohaninya yang kuat memuji dan memuja Allah. Ia turut diserap dalam budaya melayu itu sendiri yang bersopan santun, lemah lembut, bersifat pemalu, berpegang pada janji, memiliki nilai maruah yang tinggi, taat setia dan tinggi kesabarannya.

Segala sifat itu jika dikembalikan kedalam jiwa melayu, insyaAllah nusantara ini, malah satu dunia mampu dikuasai oleh pemikir melayu. Yang menjadi halangannya pada saat ini ialah sifat-sifat itu semakin dikikis dan terhakis. Identiti melayu itu semakin sepi, yang terlihat hanyalah melayu berbusana, berselimpang tanjak bersama keris terselit di pinggang. Akan tetapi peribadinya sudah hilang.

No comments:

Post a Comment