Meditasi menenangkan jiwa

Semasa aku maseh budak-budak dulu ni, aku selalu cuga melecehkan permainan silat melayu. Pada aku, silat melayu ni terlalu banyak bunganya, tarinya, tapi pukulnya tidak juga. Aku berfikir bahawa, kalau dalam keadaan sebenar macam mana nak memukul kalau asyik dengan tarinya saja. Oleh sebab itu, semasa kecil aku tiadalah sejarah belajar bermain silat.

Masa kecik dulu, aku lebih memilih taekwando dan asas muay thai sebagai seni bela diri pilihan hati. Alasannya mudah, hang belajaq pukoi orang, nanti bolehlah guna kalau ada orang nak buli hang. Tapi itu semua cuma alasan dan khayalan saja, aku tetap pernah kena buli juga, hahahahaha....but its ok. Bukan hal tu yang nak aku bincangkan.

Ok, bila dah meningkat remaja aku mula berminat dengan seni silat melayu. Pada mulanya adalah disebabkan ilmu silat melayu dikatakan memiliki ilmu kebatinan. Boleh bersilat sendiri la, kebal la, boleh pukul orang dalam jarak yang jauh la, ada pembisa serta pemberat pukulan, semua tu membuatkan aku berasa, wow! Ilmu apa ni? Boleh tibai orang kot jauh takkan tak sempoi lagi kot?

Dari situlah aku mula belajar seni meditasi yang orang dok sebut sebagai tafakur. Mulanya dalam seni meditasi, aku beranggapan bila kita amalkan ilmu itu ianya seperti kita mengisi suatu kekuatan kedalam diri melalui zikir yang diamalkan. Ianya kerana dalam aku amalkan itu, adalah juga hasil yang aku dapat seperti merasakan aura (gelombang tenaga), boleh bersilat sendiri (seperti ada yang menggerakkan tubuh badanku), dll.

Setelah sekian lama mengamalkan meditasi, aku mula belajar seni buah pukul melayu. Dari situ aku mulai sedar, tiada yang namanya bersilat sendiri seperti digerakkan sesuatu tenaga lain. Jika itu berlaku, bermakna kita telah didorong oleh 'sesuatu' yang bukan berasal dari diri kita sendiri. Jika ada yang mengatakan bergerak itu adalah tenaga diri kita, habis tu yang bergerak sekarang ini siapa pula?

Selepas pada itu, aku terus menerus mempelajari meditasi daripada pelbagai perguruan. Akhirnya aku mulai faham, meditasi sebenarnya adalah untuk menenangkan diri dan bukanlah untuk pengisian 'peluru' atau sesuatu tenaga kebatinan. Dan untuk mengamalkan meditasi tidaklah memerlukan 'kunci pembuka' pintu tenaga tubuh atau semacam itu. Caranya sederhana sahaja.

Duduk dalam keadaan rileks, luruskan tulang belakang dan rasakan kesedaran di kepala anda. Titik fokusnya adalah diantara dua kening anda. Rasakannya disitu, sehingga anda menjadi tenang. Kuncinya adalah ketenangan dan ketenangan itulah yang membolehkan anda bersilat sewaktu dalam keadaan darurat dan bukannya anda bersilat dengan sendirinya. Apabila diri sudah menjadi tenang, fikiran akan mulai jernih dan segala ilmu persilatan yang dipelajari akan mudah untuk diaplikasikan. Itulah gunanya meditasi.

No comments:

Post a Comment