Pejamkan mata

Mata hati

Setelah mata dipejamkan, barulah terbuka mata ke-3. Selagimana kita tidak merenung ke alam diri, selagi itulah mata hati tidak akan terbuka.

Caranya sama seperti meditasi mata ke-3, rasakan kepala anda. Titiknya terletak di antara dua kening anda. Rasakan ia.

Di sebut mata hati kerana ia menjadi mata kepada hati. Lalu hati akan membisikkan bait-bait keajaiban yang tidak pernah kita tahu.

Pastikan dahulu mata anda tidak buta. Buta disini bermaksud terpedaya dengan alam maya ini.

Sehingga suatu masa anda akan melihat dunia ini dengan jelas.


Permainan minda

Setelah mata dipejamkan, kita sedar bahawa setiap yang berlaku adalah permainan minda.

Orang kata kalau demam jangan difikirkan sangat demam tu, nanti makin melarat. Ia terbukti ada benarnya.

Terdapat pesakit kanser yang bertahan hidup lama setelah melawan sakit itu di dalam diri. Adakah mereka tidak merasa sakit?

Sudah pastinya mereka berasa kesakitan itu.

Pejamkan mata lalu lepaskan segalanya.

Seperti sedang tidur, segalanya kita serahkan kepada Dia untuk mengaturnya.

Menjadi ais di dalam air

Ego melemahkan diri

Saya mengakui bahawa saya mempunyai ideology pegangan saya sendiri. Malah saya terlalu obsess dengannya sehinggakan penulisan saya menggambarkan ideology saya.

Akan tetapi kita harus ingat, bahawa kita hidup di dunia sejagat ini dengan bermacam-macam manusia. Sifatnya bersalah-salahan, tidak sama.

Sedangkan cap jari kita sendiri pun sudah tidak sama.

Maka ideology kita juga berbeza.

Jangan salah erti, maksud saya kita perlu bertolak ansur semuanya. Jangan ada ego. Kerana ego melemahkan diri kita.

Jika kita rasakan tangan kanan ini cekap menulis, maka kita akan pandang remeh pada tangan kiri yang hanya digunakan untuk basuh berak. Sedangkan kedua-duanya juga memberikan fungsi yang baik.

Anda boleh pilih apa jenis ideology yang sesuai dengan diri anda. Ia sangat berkait rapat dengan kelangsungan hidup anda. Anda perlu memiliki ideology.

Jika tidak, anda akan saya gelar sebagai 'pak turut'.

Mudah saja. Saya tidak akan sembunyi-sembunyi dengan anda semua. Tiada gunanya saya menulis blog jika hasilnya adalah tipu daya keseluruhannya.

Apa sekalipun ideology anda, kita malah adalah bersaudara. Bersederhana saja.


Dunia sejagat

Jika anda kerap bermeditasi maka, anda akan sedar bahawa kita menetap di dunia yang sama. Walaupun kita tidak tinggal sebumbung, kita tetap berpijak di bumi yang sama. Kita menghirup udara yang sama. Berbumbungkan langit yang sama.

Mungkin dalam suatu-suatu masa kita akan terserempak. Mungkin saja tidak. Mungkin kita tidak kenal antara satu sama lain.

Walau apa pun, kita pasti akan melalui jejak-jejak manusia lain.

Seperti sewaktu saya tinggal di rumah ini, sebelumnya sudah ada orang lain yang tinggal di sini. Maka saya telah tempuh jejak yang sudah orang sebelum ini tinggalkan.

Jadi selepas ini, jika saya sudah berpindah, maka orang lain akan masuk dan akan terdapat kesan jejak bahawa saya pernah tinggal di sini.

Jadi, jejak apakah yang mahu kita tinggalkan di dunia ini? Seperti apa?

Itu sebabnya jangan kita melakukan kerosakan di muka bumi ini. Ia akan meninggalkan kesan kepada orang lain.

Kerana kita harus faham, jejak ditinggalkan setelah kita melakukannya. Itu namanya jejak / footprints.

Maka dunia hari ini tercipta hasil daripada jejak yang telah orang dulu tinggalkan. Terdapat banyak kesan-kesan peninggalan mereka. Kita kenal pasti, kita siasat, kita kaji yang mana perlu kita ikuti.

Jika kita tersalah pilih maka rosaklah generasi yang seterusnya akibat daripada jejak penginggalan kita.

Revolusi mental

Ideologi hidup beribu tahun

Kita membangunkan jati diri melalui ideology yang kita pegang. Setiap orang sudah pastinya mempunyai ideology mereka yang tersendiri. Itu terpulang.

Mulai saat ini, setelah fikiran anda sudah tercerahkan maka bermulalah satu ideology yang di kenali sebagai ideology sejagat.

Kita hidup di dunia dengan berbagai rupa, warna kulit serta agama yang berbeza. Namun kesamaan kita adalah bahawa kita adalah sesama manusia. Itu kita tidak dapat menafikan.

Maka dengan ideology ini, kita dapat mewujudkan suatu suasana persekitaran yang sejagat penuh kaseh dan sayang. Kita percaya antara satu sama lain.

Berkembangnya Islam semasa dakwah Rasulullah adalah dengan cara sejagat. Baginda tidak membezakan pangkat dan darjat, warna kulit serta keturunan. Semua kita manusia sama saja.

Oleh sebab itulah Islam berkembang di waktu itu dengan sangat kuat serta kukuh. Asas ideology ini mudah saja;

1- Siddiq / Benar
2- Amanah
3- Tabligh / Menyampaikan
4- Fathonah / Bijaksana

Dengan benar membawa amanah untuk disampaikan secara bijaksana.

Jika kita faham ini maka apa lagi rahsia yang perlu kita cari untuk menyatukan manusia sejagat?


Aku engkau sama

Kita sudah maklum bahawa manusia adalah tetap manusia. Mustahil manusia itu ada yang asalnya dari planet lain.

Dari situ kita tahu bahawa sang pencipta yang menciptakan kita juga sama. Cuma berlainan fahaman.

Itu tidak menjadi masalah jika kita sanggup bertolak ansur dengan fahaman masing-masing.

Yang menjadi masalahnya adalah apabila kita menganggap bahawa ideology kita sahaja yang betul. Kita menolak fahaman orang lain secara penuh tanpa bertolak ansur. Cara yang radikal serta agresif ini tidak boleh diguna pakai di dalam ideology sejagat.

Jika Rasulullah tidak bertolak ansur maka pembukaan kota Madinah ridak akan menjadi kenyataan. Di dalam sana terdapat berbagai fahaman serta anutan ugama.

Dari situ kita dapat lihat kebijaksanaan Rasulullah membentangkan tawaran yang tidak mampu di tolak oleh penduduk kota Madinah.

Mereka penduduk kota Madinah berasa selesa di layan dengan saksama.

Mereka di layan seperti saudara tanpa permusuhan.

Begitulah sederhana saja.

Ada give and take. Itulah namanya harmoni.

Ada high note, ada low note.

Sederhana.

Penggunaan mantra

Zikir sebagai penenang

Sewaktu anda melakukan meditasi, saya sarankan juga supaya anda menggunakan zikir.

Anda boleh saja menggunakan lagu atau musik. Terpulang kepada keselesaan anda. Yang pasti hasilnya itu yang kita mahu.

Iaitu fikiran yang tercerahkan.

Kesbiasaannya saya melakukan zikir ketika bermeditasi. Dengan cara menyebutnya di dalam kepala saya, lebih tepat lagi di antara dua kening saya.

Begitulah, sederhana saja. Tidak lebih dan tidak kurang.

Setelah beberapa lama melakukan meditasi, saya akan rasakan seperti kepala saya mengembang. Sepertinya ada aliran cas elektrik yang halus-halus.

Itu kesan yang saya dapat.

Anda Cuba sendiri dan anda kongsikan dengan saya jika anda mahu.

Senjata tersembunyi

Tubuh badan adalah senjata

Jika anda merasakan dengan membawa senjata anda akan selamat, jawapan saya adalah tidak. Anda akan selamat hanya setalah anda berjaya menghindari bahaya.

Oleh itu, anda perlu cerdas untuk tahu bagaimana cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan diri daripada bahaya.

Jika anda kerap bermeditasi, maka anda akan sedar bahawa dunia ini tidak menjanjikan sesuatu yang konkrit. Setiap masa pasti akan berubah. Begitu juga dengan bahaya. Ia boleh datang pada bila-bila masa sahaja.

Anda juga akan sentiasa berwaspada kepada keadaan sekeliling anda. Dengan itu anda juga sedar bahawa senjata yang paling berguna di saat kecemasan adalah diri anda sendiri.

Yang paling utama adalah otak anda. Apabila otak anda cerdas, maka anda akan mempunyai banyak akal untuk menghindari bahaya tersebut. Ia adalah senjata nombor satu paling berbahaya.

Selain itu adalah tubuh badan anda.

Tubuh badan boleh menjadi senjata yang merbahaya juga. Yang patut anda tahu adalah di mana patut anda serang?

Keistimewaan mata ke-3

Bapa segala seni beladiri

Anda mesti kenal dengan sang pertapa Bodhidarma. Berasal daripada India dan berugama Hindu. Beliau dikatakan menjarah ke pelusuk benua melakukan perjalanan spiritual.

Di dalam perjalananya, dia melakukan meditasi yang kita sebut sebagai meditasi mata ke-3. Pada masa itu belum lagi disebut sebagai mata ke-3. Mereka hanya melakukan meditasi supaya fikiran mereka tercerahkan.

Maka di setiap perjalanan, beliau menemukan banyak haiwan-haiwan berlainan jenis. Lalu beliau memerhatikan satu per satu. Setiap jenis haiwan, cara ia bekelahi adalah berbeza sekali.

Ini membuatkan sang Bodhidarma tertarik lalu mengadaptasi setiap gerakan daripada haiwan yang beliau lihat menjadi satu aliran seni beladiri.

Pada mulanya, setiap adaptasi yang beliau lakukan hanyalah di dalam kepalanya saja. Beliau berintuisi melakukan gaya pukulan berasaskan gerakan haiwan.

Lantas beliau bangkit dan mempraktikkannya. Begitulah yang beliau lakukan setiap masa sehingga cekap.

Ia tidak terjadi hanya dengan bermeditasi saja. Itu mengarut.

Maka dikatakan, sang Bodhidarma adalah manusia pertama yang menciptakan segala seni beladiri yang terwujud sekarang ini.

Saya juga tidak menyangkal bahawa, kekuatan minda yang tercerahkan mampu menghasilkan berbagai perkara yang ajaib.

Jangan kamu minta terbang seperti superman hanya menggunakan secebis kain yang diikat di tengkuk. Tetapi jika anda mencipta alat bantuan untuk anda terbang, ya, itu saya sangat yakin perkara itu wujud.


Anda tidak berdosa jika mencuba

Saya tidak haling jika anda mahu bereksperimen dengan mata ke-3 anda. Ia milik anda. Saya cuma kasi tahu bagaimana cara menggunakannya saja. Saya tidak menentukan apa yang patut anda fikir.

Anda pasti pernah mencuba sesuatu resepi ciptaan sendiri di rumah kan? ya, itu sudah terbukti anda menggunakan kepala anda untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda tidak perlu takut akan dosanya.

Tidak berdosa jika mencuba sesuatu yang baru. Yang menjadikan ia berdosa adalah setelah anda tahu ia perbuatan yang berdosa, lalu anda masih melakukannya.

Oleh itu izinkan saja diri anda mencipta pembaharuan pada diri anda sendiri. Anda upgrade diri anda. Pastikan diri anda pada tahap maksimum.

Boleh saja anda mencuba untuk melakukan gerakan seni beladiri. Gunakan kepala anda, dapatkan intuisi yang sesuai lantas anda bangun dan terus cuba!

Pada mulanya anda memang tidak cekap dan tidak berkesan. Setiap perkara perlukan latihan.

Saya tidak ajarkan magic kepada anda. Saya kongsikan kepada anda bagaimana menggunakan kelebihan tersembunyi yang ada pada otak anda.

Ianya sangat membantu saya.

Maka saya kongsikan kerna saya tahu ia juga dapat membantu anda semua.

Jujur dengan diri sendiri

Jangan malu menyatakan

Setiap manusia mempunyai kisah silam. Ada yang terlalu hitam sehingga ia menghantui mereka sehingga saat ini. Ada juga kisah silam yang mereka ingin ulang kembali kerana terlalu suka kepada saat tersebut.

Sudah kita ketahui, tiada benda yang kekal di dunia ini. Sampai saatnya kita juga harus meninggalkan dunia ini. Maka sama juga seperti barang apa sekalipun. Tetap sama.

Akan tetapi masih ada perkara yang kekal, iaitu memori. Ia letaknya di dalam kepala anda. Dengan cara melakukan meditasi di mata ke-3 anda mampu mengulangi memori tersebut berulang kali.

Anda juga mampu merasakan perasaan di ketika itu. Cumanya ia dalam bentuk memori dan tidak dapat di ulang semula secara alami.

Maka jangan malu untuk menyatakan. Bukan nyatakan untuk saya, tetapi untuk diri anda sendiri. Jika anda rindukan insan yang sudah tiada maka jujur saja dengan diri anda bahawa anda merinduinya. Alami ia di dalam kepala anda.

Jujur dengan diri anda. Jika benci maka katakana saja benci. Jangan disimpan di dalam hati kerana hati itu tempatnya cinta dan kaseh sayang. Jangan cemari ia dengan nodaan.


Saya juga membenci seseorang

Benci ini boleh di ertikan sebagai tidak menyukai sesuatu daripada orang tersebut. Maka saya mengaku ada membenci sesetengah orang. Jadi anda angan salah faham bahawa saya ini hidupnya seperti malaikat yang suci.Cuma saya sentiasa menyucikan diri.

Akan tetapi anda perlu dapat membezakan benci yang bagaimana dan dengan apa cara? Pada saya benci itu hanya sekejap-sekejap saja singgah di kepala saya. Terkadang ia terjadi melalui situasi tertentu. Saya membenci hanya sekadar singgah di kepala sahaja. Tidak lama-lama kerna saya pasti akan menendangnya keluar.

Saya ambil jalan yang radikal, iaitu saya tendang ia keluar dari kepala saya. Perkara ni kerap kali terjadi. Saya lakukan sepak terajang di dalam kepala saya.

Ini kepala keagungan saya, mana mungkin saya biarkan orang lain menceroboh masuk. Lalu saya lakukan soal jawab dengan setiap perkara yang cuba mendiami kepala saya.

Saya tidak akan biarkan benda negative meracuni fikiran saya. Ia lantas akan melemahkan diri saya. Apa gunanya saya biarkan ia berkuasa? Oleh itu saya tanyakan kepada ia, apa yang ia mahu? Kenapa perlu saya melayaninya sehingga sakit-sakit hati? Sudah pastinya ia akan kalah, di kala itulah saya menendangnya keluar.

Mereka ingat dengan mudah dapat masuk dan menceroboh. Mereka silap, saya berkuasa ke atas diri saya. Kepala saya adalah mahkota, bukti Maha BijaksanaNya tuhan yang saya percaya.

Ya saya terajang keluar. Saya tidak bagi peluang.

Jangan cakap "tak apalah, bukan apa pun." Itu salah anda. Melemahkan diri sendiri.

Kita tidak akan mampu menjalani hidup harmoni jika kita berpegang kepada sesuatu itu tanpa melalui penyulingan di kepala. Maksudnya segala perkara yang merubah menjadi perasaan di hati telah di telan secara bulat-bulat.

Kita seharusnya rasional.

Anda pegang kuncinya. Iaitu kunci kekuatan diri. Letaknya di kepala anda. Lubang kuncinya ada pada antara dua kening anda. Gunakanlah ia, jangan di simpan saja!

Manusia normal

kita bukan paranormal

Jangan salah anggap mengenai meditasi mata ke-3 anda. Saya tidak ajarkan anda menjadi paranormal atau tidak normal. Saya ajarkan supaya kita menjadi manusia normal.

Kita sedar dengan apa yang kita lakukan. Kita tidak bermimpi, kita tidak khayal. Segalanya kita sedar dengan jelas. Kita tahu apa akibatnya sebelum ianya terjadi.

Kerana kita telahpun menggunakan otak untuk berfikir. Orang dulu sebut "fikir masak-masak". Sudah saya ajarkan cara fikirnya. Kita tidak belajar masak-masak.

Apa yang kita dapat adalah fikiran secara jelas.

Kita jelas kebanyakan perguruan kebatinan di luar sana hanya mahukan duitnya saja. Anda dipersilakan bayar sekian-sekian duit supaya anda dapat sekian-sekian ilmu.

Akibat daripada itu, maka semakin banyak perguruan kebatinan yang menawarkan ilmu mereka. Mudah saja, anda hanya perlu sediakan duitnya.


Kita manusia normal

Saya kongsikan ilmu ini kepada anda secara percuma. Saya mahu kita menjadi manusia normal. Kita sendiri sedar bahawa masyarakat sekeliling kita sekarang ini semakin tidak normal.

Cara mudahnya anda lihat diri anda sendiri. Jika anda melakukan perkara yang di luar tabii ataupun bahsa mudahnya di luar norma manusia, maka anda tidak normal.

Jika mahu saya tunjukkan perkara tidak normal di luar sana, lihat saja perlakuan 'raja bomoh malaysia'. Ya itu contoh perbuatan tidak normal atau kita sebut sebagai paranormal.

Ia sangat mudah dikesan. Lihat sekeliling kita. Banyak lagi perkara yang tidak normal. Maksud normal iaitu jadi seperti biasa. Bukannya perkara kebiasaan yang manusia lain lakukan sehingga kita menganggap ia normal.

Panduannya ada pada setiap agama masing-masing. Kitab yang di turunkan telah jelas menerangkan keadaan normal seseorang manusia.

Maka ambillah ia sebagai panduan anda. Saya tidak membezakan agama anda. Dalam spiritual kita tidak mencari perbezaan, kita mencari persamaan. Iaitu menjadi manusia normal.


Menjadi diri sendiri

Jangan takut untuk menjadi diri sendiri. Itu adalah perkara paling normal bagi diri anda. Normal boleh di ertikan sebagai neutral.

Anda manusia bebas, maka anda bebas mahu jadi seperti apa. Segalanya terserah anda.

Ramai yang takut menjadi diri sendiri kerana bimbang akan kehilangan rakan atau kawan. Dikhuatiri keadaan kita sudah tidak seimbang dengan kelompok sekitar kita.

Itu telah membuktikan bahawa kita selama ini hidup dengan meniru atau menadaptasi cara hidup serta pemikirann orang lain. Kita tidak menjalani kehidupan dengan daya fikir kita sendiri secara sepenuhnya.

Anda perlu tahu, watak diri kita hanya kita seorang saja yang bawa di dunia ini. Tiada lagi manusia lain yang akan sama 100% serupa diri kita.

Kita adalah manusia yang istimewa. Kita 'limited edition'. Mana mungkin barang yang istimewa itu punya pendua. Seharusnya satu saja.

Itulah kita. Diri kita sendiri.

Jangan takut menjadi diri sendiri.

Merentas masa

Pengalaman spiritual saya

Setelah sekian lama saya mengamalkan meditasi, agak banyak juga pengalaman saya perolehi. Saya akan kongsikan dari masa ke semasa melalui laman blog saya.

Saya sedar sepanjang saya kongsikan ilmu spiritual ini, agak ramai yang sudah melaluinya. Cuma mereka tidak mahu berkongsi sesame saya. Mungkin ianya terlalu peribadi bagi mereka.

Bagi saya secara jujur, banyak yang sudah saya capai. Antara yang paling besar adalah terhasilnya laman blog ini.

Saya sudah lama kongsikan ilmu meditasi ini sesame teman-teman dan sahabat saya, secara peribadi ataupun melalui media social. Tidak pernah terbayang akan menulis blog. Apalagi menjadi seorang blogger.

Bayangan cuma datang secara tiba-tiba, lalu saya fikirkan "apa yang patut saya tuliskan?"

Saya tidak tahu.

Sejak hari itu saya cuma bayangkan di kepala saya bahawa saya mempunyai blog sendiri. Apa isinya saya masih tidak tahu.

Bayangan menjadi sangat seronok di dalam kepala saya, menulis blog serta dapat berkongsi cerita bersama masyarakat dunia. Saya teruskan dengan perasaan tersebut di dalam kepala saya.

Bila sampai masanya, secara spontan saya sudahpun mencipta akaun blogger saya sendiri dan nah! ini hasilnya.

Begitulah hasilnya meditasi mata ke-3.

Sudah ramai manusia menggunakannya, cuma mereka tidak sedar bahawa mereka sudah menggunakannya.

Ilmu kebatinan

Bernafas secara teratur

Ramai diantara kita yang sangat inginkan ilmu kebatinan yang ampuh. Mereka merasakan ilmu isim dan sakti itulah yang namanya ilmu kebatinan.

Yang namanya kebatinan itu sebenarnya adalah nafas kita sendiri. Keberadaannya saja sudah menunjukkan bahawa ia adalah batin (ghaib). Inilah yang sebenar-benarnya batin.

Dengan teknik serta cara yang betul, maka dapatlah kita merasai kelebihan amalan ilmu kebatinan yang kita amalkan. Saya kongsikan kepada anda.

Caranya sama seperti yang saya kongsikan sebelum ini, rasakan kesedaran di kepala anda. Titik fokusnya adalah di antara dua kening anda.

Pastikan anda bernafas. Maksud bernafas dengan cara yang betul. Iaitu menggunakan paru-paru anda. Ini perkara yang ramai tidak sedar. Mereka terbiasa bernafas menggunakan perut dan sedikit saja menggunakan paru-paru.

Rasakan kesedaran di kepala anda, lalu bernafas dengan cara mengembangkan dan mengempiskan dada. Lakukan tarian dengan dada anda dengan cara bernafas secara cepat dan ditukar kepada bernafas secara perlahan-lahan.

Lakukan tarian nafas ini secara berterusan. Oh, jangan lupa fokusnya tetap di kepala. Itu kuncinya.

Otak kita tidak diciptakan sia-sia letaknya di atas sekali iaitu di kepala.

Ada sebabnya.


Obses bukan taksub

Akibat penggunaan mata ke-3, manusia menjadi obses. Dalam bahasa mudahnya teruja. Mereka sangat mudah teruja dengan banyak perkara.

Cakra mata ke-3 letaknya di tengah antara dua kening. Tengah bermaksud seimbang. Dan di tengah kening itu terletaknya cakra tertinggi.

Kadang-kadang mereka juga boleh menjadi sangat marah, kerna cakra mata ke-3 sangat berhubung dengan cakra dasar yang letaknya di hujung tulang ekor. Di situ sangat kuat aura amarahnya. Itulah sebabnya ahli meditasi akan duduk bersila, membumi pada punggung mereka bertujuan meneutralkan aliran aura pada tulang ekor yang letaknya di punggung.

Oleh itu, akibat daripada penggunaan mata ke-3 juga membuatkan kita sedar apa yang kita kerjakan. Sangat jelas sekali. Sehingga kita obses.

Ingin tahu lebih mendalam, memasang impian yang mampu terlihat di depan mata, sehinggakan lagak gaya kita seperti apa yang kita bayangkan. Dan segala apa yang kita fikirkan itu bukanlah perkara yang tidak logik seperti mampu terbang seperti superman, ianya adalah perkara yang mampu di capai.

Pepatah inggeris ada mengatakan "mind creates the whole body." Sehinggakan perancang sesuatu tindakan atau strategi digelar 'mastermind'.

Itulah obses, bukannya taksub.

Manusia bukan batu

Meditasi bebas

Bila sebut mengenai meditasi, orang akan menganggap perlu duduk di suatu tempat yang khusus dalam keadaan yang khusus serta masa yang khusus. Ianya salah!

Kita adalah manusia dan bukannya batu. Manusia itu sifatnya bergerak-gerak. Maka anda bebas. Anda tidak terikat dengan sesuatu perkara yang khusu. Apa yang penting sekali adalah bagaimana teknik yang berkesan?

Caranya juga mudah saja. Rasakan kepala anda, titik fokusnya teletak di tengah-tengah antara dua kening. Ya, sekarang anda sudah pun bermeditasi. Ia mudah sekali.

Sebelum ini saya ada sarankan supaya duduk bersila, punggung ditegakkan dengan meluruskan tulang belakang serta muka hadap ke hadapan, itu cumalah saranan.

Yang disebutkan meditasi itu adalah proses yang berlaku di kepala kita. Iaitu pengamatan kita melalui gelombang yang ada pada otak. Itu sebabnya otak tercipta di atas sekali. Sudah pasti ada kelebihannya selain digunakan untuk berfikir.

Sekiranya anda terlalu focus di kepala, maka anda secara automatic akan menjadi kaku sepertinya orang yang berfikir sangat dalam. Sama juga sepertinya orang yang angau dilamun cinta.

Pada tahap itu, orang lain akan menganggap anda keras seperti batu, tidak bergerak-gerak. Perkara itu yang menyebabkan anda sendiri pun menjadi keliru mengenai apa itu sebenarnya meditasi.


Frekuensi otak

Frekuensi otak pada aku cuma ada 3 macam saja.

Sedar, separuh sedar dan tidak sedar.

Sedar ni sedarlah. Otak dalam kondisi fokus. Orang yang payah tidoq selalunya berada dalam kondisi ini.

Separuh sedar ni seperti mamai, mengelamun, berangan.

Akhir sekali adalah tidak sedar. Kondisi ini aku sebut sebagai tidur.

Ketiga-tiga kondisi ini boleh kita capai dengan teknik dan cara yang betul.

Bukan apa, kebanyakan manusia hari ini menggunakan ubat-ubatan bagi membantu mereka tidur atau melegakan stress.

Menggunakan ubat-ubatan akan meninggalkan kesan sampingan.

Memang itu pun matlamat penubuhan bigpharma.

Supaya manusia ketagih ubat-ubatan.

Cuba cari gaya hidup sihat. Hindari daripada makan ubat-ubatan.

Amalkan gaya hidup sihat. Barulah timbul keyakinan diri. Kan?

Frekuensi spiritual tidak menjadikan kita manusia yang hebat, berkerjaya, kacak, bergaya dan segalanya tanpa kita menggerakkan tubuh badan kita.

Akan tetapi ia dapat menjadikan kita positif dan menarik energi positif ke dalam minda serta tubuh badan kita supaya badan kita bergerak menuju kepada apa yang kita inginkan.

Kerna orang positif ni suka nampak hensem, bergaya, ceria dan bagi lelaki ada yang suka bina badan supaya kelihatan sado.

Ini semua hasil energi positif.

Sama juga dengan perempuan yang positif.

Semuanya bermula di fikiran kita.

Sebab itulah ia letaknya di atas.

Hati pula tempat kaseh sayang, dan sebab itulah ia dilindungi tulang kerangka yang jika di amati seperti sedang memeluk jantung kita.

Semua itu simbolik sahaja.

Terpulang nak anggap seperti apa.


Frekuensi spiritual dan cara menggunakannya.

Rasakan kelenjar pineal yang terletak diantara dua kening. Fokus di bahagian tersebut. Ini akan membantu kita berada pada frekuensi sedar.

Bagi frekuensi separuh sedar, rasakan juga kelenjar pineal yang letaknya diantara dua kening. Cuma kali ini layankan segala imaginasi yang masuk kedalam kotak fikiran kita.

Abaikan perkara luaran seperti apa yang kita pandang dan dengar. Keadaan ini mudah dialami oleh orang yang angau, shopping dan membaca novel.

Yang akhir sekali frekuensi tidak sedar / tidur. Sama seperti caranya frekuensi separuh sedar, cumanya kita layan keadaan itu sehingga tertidur.

Itu sebabnya walaupun kita shopping bukan beli apa sangat pun, akan tetapi kita jadi penat dan lesu. Ini kerana mata kita menangkap banyak tulisan, gambar-gambar, nombor dan warna yang pelbagai lalu tersimpan dalam frekuensi separuh sedar.

Dan itu sebabnya apabila selepas shopping, kita boleh ingat dengan jelas dalam bayangan suasana ketika shopping sebelum itu.

Hebat kan otak kita?


Cinta yang mewujudkan kita

Dalam cerita Hindustan atau Tamil kita akan dapat lihat banyak babak cinta.

Ada juga filem keluaran mereka yang agak serious dan thriller. Akan tetapi babak cinta daripada mereka bagi aku sangat mengasyikkan.

Cinta hanya dapat dirasai di dada. Iaitu tepatnya di hati. Itulah tempat yang paling layak buat cinta.

Cinta tidak dapat dirasai di kepala. Akan tetapi cinta akan menjadi mekar setelah melalui proses visualisasi yang berlaku di kepala.

Mata hanya melihat, yang mentafsir apa yang dilihat itu adalah otak kita.

Sebab itu apabila kita menonton babak cinta, kita akan dapat mendalami rasa cinta itu.

Orang buta juga mempunyai visual dikepalanya. Ini kerana kelenjar pineal mereka sangat aktif.

Jadi jangan hairan apabila terdapat kes melibatkan orang buta melakukan jenayah rogol.

Kerana cinta jugalah maka wujudnya kita.

Faham kan?

Penglihatan di mata ke-3 itu seperti apa?

Gelap serta bayangan

Kebanyakan diantara kita yang mengamalkan meditasi mata ke-3, akan menganggap penglihatan yang terpancar pada penglihatan mata ke-3 adalah sama seperti penglihatan mata biasa.

Mereka salah. Mata ke-3 itu hanya nama yang kita berikan kepada kelenjar pineal yang ada dalam otak kita. Oleh kerana letaknya di tengah antara dua kening serta hamper dengan mata biasa, maka kita menggelarnya mata ke-3.

Sebenarnya apa yang terlihat melalui mata ke-3 adalah berbentuk intiusi / bayangan. Terkadang ia muncul dalam bentuk simbolik. Orang melayu lama sangat hebat dalam ilmu simbolik. Seperti;

"Sebentar nanti akan ada orang akan datang ke rumah kita."

Macam mana mereka boleh tahu? Inilah yang dimaksudkan intiusi / bayangan. Perkara simbolik yang muncul di fikiran mereka, hanya mereka yang mengamalkan meditasi sahaja yang tahu.

Setiap orang tidak sama apakah jenis intiusi yang mereka dapat. Seperti contoh kita mendapati satu situasi yang rumit memerlukan jalan penyelesaian, maka secara spontan terkeluar dari fikiran serta mulut kita jawapannya. Itu juga adalah hasil daripada penggunaan meditasi mata ke-3 yang saya sebutkan sebagai kesedaran.


Firasat vs intiusi

Firasat pada saya adalah petanda yang muncul dari hati secara tiada penjelasan. Ia muncul secara tiba-tiba, dan kita tidak tahu di mana sebabnya kemunculan firasat tersebut. Kita kenal sebagai deria ke-6. Saya sebut sebagai deria kesedaran.

Intiusi pula pada saya adalah bayangan yang muncul di kepala akibat daripada kesedaran yang kita jana. Akibat langsung daripada hasil meditasi mata ke-3 akan memunculkan kesedaran.

Jika anda tidak faham maka anda akan menganggap apa yang muncul di kepala anda adalah firasat, dan yang di hati anda juga adalah firasat. sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza sama sekali.

Terkadang anda tidak dapat membezakan suara yang muncul di kepala anda ataupun yang muncul di hati anda, kerna kedua-duanya kedengaran sama. Iaitu suara milik anda juga.

Ia amatlah berbeza sekali. Akan tetapi suara firasat daripada hati akan disampaikan juga ke otak supaya otak dapat menerima signal firasat tersebut.

Itu sebabnya saya sarankan anda melakukan sepak terajang di kepala bagi menghalau perkara negative yang menjadi racun di kepala. Dikhuatiri bisanya akan meracuni hati anda. Maka anda tidak dapat membezakan firasat dan intiusi.



Gelombang otak

Otak mempunyai gelombang?

Iainya digelar "brainwave". Sama seperti gelombang frekuensi yang terdapat pada radio, pemancar dan segala sesuatu yang menggunakan gelombang.

Ianya juga berfungsi dengan cara yang sama keatas manusia. Komunikasi dengan cara ini digelar sebagai "telepathy".

Dua orang kenalan yang serasi akan memahami antara satu sama lain, walaupun tidak bercakap secara langsung.

Gelombang ini akan berkurangan sekiranya kita banyak bercakap perkara yang sia-sia.

Ini kerana ia amat berhubung kait dengan titik fokus pada mata ke-3.

Fokus dengan cara yang betul akan mengaktifkan gelombang pada otak. Itu sebabnya ahli yang sedang bermeditasi, mereka kurang bercakap.

Sesetengah orang tidak tahu fungsi meditasi kesedaran. Mereka ingat bila disebut saja mata ke-3 maka mereka akan mendapat super power.

Sebenarnya tidak. Kita hanya akan mendapatkan kesedaran. Itu saja? Ya, itu saja.

Sedar bahawa walaupun Negara kita selalu laungkan slogan "Negara maseh aman", itu tidak bermakna kena berasa selesa tanpa perlu berhati-hati.

Apa pun status kita daripada paling rendah sehingga paling tinggi, kita maseh terdedah dengan perlakuan jenayah.

Itu yang disebutkan sebagai kesedaran.

Pepatah orang tua "jangan terlampau seronok, nanti hang menangis."

Jangan terlampau seronok sampai lupa nak fokus. Pepatah lama tak pernah meleset.

Kelalaian membawa padah.


Apa yang saya kongsikan adalah frekuensi kesedaran

Sedar bermaksud tidak mamai, tidak berangan, tidak tidur. Tak sesuai menggunakan frekuensi itu untuk tidur kerana kita akan jadi payah tidur.

Otak asek tersedar. Lupa nak turn off.

Amaran kepada pengguna frekuensi sedar supaya jangan menggunakan ia sewaktu hendak tidur.

Sangat bagus digunakan waktu bekerja, dan paling bagus digunakan sewaktu membeli belah. Supaya kita sedar berapa bajet yang ada dan beli mengikut keperluan.

Ini kerana warna yang pelbagai serta nombor-nombor yang banyak akan menurunkan frekuensi otak.

Membuatkan kita tidak sedar dengan perbelanjaan. Sekali cek beg duit,

"Eh mana hilang duit aku ni, baru tak sat ni ja cucuk duit."


Pukau

Juling mata pi beli barang rumah tak sat ni. Bukan sebab banyak barang yang dibeli tapi sebab banyak barang yang ada promosi.

Jadi payah nak fokus, dan akhirnya berjaya juga beli barang yang sudah di check stock.

Itu cara nak bagi fikiran tak melayang, tulis setiap barang yang perlu dibeli.

Sebab kedai jualan akan buat kita juling mata dan buat kita berasa nak beli semua yang ada.

Barang yang comel, warna warni, benda makan yang mengiurkan dan murah pulak tu membuatkan kita jadi asyik.

Sebab apa jadi macam tu?

Sebab frekuensi otak kita dah menurun daripada sedar kepada separuh sedar.

Kebanyakan orang yang kena pukau, gelombang otak mereka pada tahap ini. Mereka separuh sedar, dan mereka tidak mampu melawan.

Cumanya pukau cara itu menggunakan medium Jin untuk menurunkan gelombang otak mangsa.

Berhati-hati semasa membeli belah, takut terpukau dengan jualan murah!

Kesedaran / awareness


Pentingnya kesedaran

Masyarakat perlukan kesedaran. Iaitu kesedaran yang sederhana saja. Tidak lebih dan tidak kurang. Itu maksudnya sederhana.

Misalnya saya di rumah berseorangan dan ingin berjimat makan di rumah, maka saya perlu belajar asas memasak. Yang paling mudah adalah masak nasi serta goreng telur.

Ianya wujud hasil daripada kesedaran di kepala.

Nenek moyang kita cakap "sediakan payung sebelum hujan." Mereka tidak pernah meleset.

Semalam ada saudara saya bertanya;

"Persediaan yang macam mana perlu kita buat demi kelangsungan hidup?"

Ianya mudah, jika anda memakai kenderaan maka pastikan anda ada ilmu asas bagi kenderaan tersebut. Ia dapat membantu kita melakukan rawatan pertama / first aid.

Tidak mengapa jika tidak pandai sekalipun, pastikan anda mempunyai jaringan mekanik yang dapat anda hubungi semasa kecemasan tersebut.

Ianya sekadar contoh.

Anda buat pilihan. Dengan fikiran cerdas yang anda miliki.

Andai rasa perlu belajar seni beladiri untuk kegunaan kecemasan maka jawapannya adalah; ya belajar saja.

Anda tahu jenis payung yang macam mana yang perlu anda gunakan di masa anda memerlukannya.


Teman sejati

Aku terbaca hashtag seorang sahabat #jalankitaberbeza #jalanterus. Sangat kuat sekali mesej yang disampaikan.

Terbukti didunia ini kita masing-masing mempunyai jalan hidup yang berbeza.

Jika anda seorang doktor maka kehidupan anda berkisar dengan nyawa serta sakit sembuh seseorang pesakit. Begitu juga sebaliknya.

Walaupun kita mengenali sejak kecil mahupun bila masa sekalipun, perjalanan kehidupan kita maseh tetap berbeza.

Yang bujang dengan cara bujang, sudah berumahtangga dengan cara mereka. Semuanya tak sama.

Yang penting sekali adalah #jalanterus. Impian anda hanya anda yang mampu mencapainya.

Orang lain berupaya berjuang berjalan bersama-sama kita. Tetapi mereka tiada upaya menjalaninya untuk kita.

Kita perlu tempuh sendiri.

Bersama teman sejati;

Diri sendiri.


Manusia mempunyai kuasa!

Disaat energi atau frekuensi negatif masuk kedalam fikiran, maka disitulah bergunanya kuasa kita untuk menendang ia keluar.

Jangan biarkan ia menghujam menikam jantung hati kita. Sangat pedih bagaikan bisa ular.

Caranya sama, rasakan kesedaran di kepala. Disitu tempatnya kita lakukan sepak terajang.

Setiap hal negatif kita soal jawab di situ. Iaitu di dalam kepala kita. Jangan biar ia terlepas hujam ke jantung hati.

Sampai ia neutral.

Lalu meningkat positif.

Ibarat terkena bisa, kita yang mencipta penawarnya.

Permulaannya memang agak sukar. Lama kelamaan ia menjadi mudah.

"Alah bisa tegar biasa."

Kita berkuasa menentukan apa yang perlu kita fikir, apa tindakan yang perlu kita lakukan serta perasaan bagaimana yang kita mahukan. Kita pilih kerana kita manusia yang mempunyai kuasa.

Jika anda rasakan anda tidak mempunyai kuasa menentukan jalan hidup anda, sekarang saya beri anda kuasa.

Gunakan kuasa itu sebaiknya.

"Move on!"


Cara membuka mata ke-3


Mata ke-3 telahpun terbuka

Kelenjar pineal atau terkenal dengan panggilan mata ke-3 yang ada pada semua manusia telahpun terbuka.

Kerana ia tidak memiliki kelopak seperti mana mata biasa. Ia berfungsi bagi semua manusia.

Samada kita sedar ataupun tidak. Yang membezakannya adalah seberapa aktif kelenjar tersebut?

Ia akan menjadi sangat aktif apabila kita sedar akan keberadaan kelenjar tersebut.

Caranya adalah dengan rasakan kesedaran kita pada titik antara dua kening. Berfikir guna otak dan fokusnya adalah pada titik tersebut.

Itu saja!

Ramai yang sudah menggunakannya tetapi mereka tidak sedar.

Sekarang saya bagi kamu sedar. Supaya dapat memaksimumkan anugerah teragung sang pencipta.

Saiz kelenjar pineal hanya sebesar biji sawi. Akan tetapi kebolehannya melebihi alam semesta.

Bertindak sebagai kemudi kepada kepala kita. Berfikiran jelas.


Meditasi mata ke-3

Ini saya kongsikan cara paling mudah dan paling cepat untuk capai pada frekuensi gelombang mata ke-3. Saya belajar di komuniti spiritual Indonesia. Jika dulunya saya menggunakan cara yang lebih kurang sama, cuma yang ini lebih cepat kesannya. Ini kerana tekniknya yang berkesan.

Caranya dengan duduk bersila, santai. Punggung ditegakkan dengan cara meluruskan tulang belakang. Kepala boleh saja dongak sedikit, atau tunduk sedikit atau hadapkan saja ke depan. Tangan diletakkan di atas paha. Boleh saja tapak tangan dibuka menghadap bawah atau atas. Ikut saja kesesuaian anda.

Seterusnya adalah yang paling utama didalam meditasi ini, iaitu cara mendapatkan frekuensi meditasi. Dalam posisi tadi, mata anda harus melihat pada tengah kening. Pandang tengah kening anda, lalu tutupkan mata dan masih lagi mata memandang pada tengah kening. Anda boleh tutup rapat atau tutup separuh mata anda.

Lakukan sekurang-kurangnya selama 5 minit untuk mendapatkan hasil. Ini kerana pada anda melakukan teknik meditasi terebut, gelombang otak anda semakin menurun dan turun terus. Anda akan merasa mengantuk.

Jangan tidur. Anda harus fokus lihat pada titik antara dua kening anda. Visual yang terlihat disitulah adalah apa yang terlihat oleh mata ke-3 anda.

Untuk memberi fokus, disarankan anda mendengar lagu atau duduk di tempat sunyi seperti didalam bilik. Lagu atau bunyi-bunyian banyak membantu dalam hal meditasi kerana ia melibatkan gelombang.

Anda buat dan anda rasainya sendiri.


Jangan lupa bernafas!

Apabila kita fokus pada titik kesedaran, iaitu titik diantara dua kening, maka kita sedar bahawa diri sendiri adalah first priority.

Kalau pekerjaan kita sebagai penyelamat, kita akan berfikir cara paling selamat untuk selamatkan mangsa.
Iyalah, kalau kita terkorban maka tiada siapa yang dapat selamatkan mangsa.

Seperti juga dalam pertarungan gelanggang seperti tinju, muay Thai, UFC atau seumpamanya, perkara paling penting sekali adalah bernafas.

Jika tidak kita akan cepat penat dan mudah terkena pukulan KO.

Sama juga apabila menjalani kehidupan seharian, bernafas membantu kita berada dalam keadaan sedar.
Memanglah nafas bergerak secara automatik. Akan tetapi apabila kita bernafas maka kita akan menjadi sedar.

Jika kita abaikan pernafasan, otak kita akan mula melayang dan gelombang otak semakin menurun.
"Kalau dalam gelanggang, hang dah kena pukulan KO!"

Kemanusiaan


Di mana titik kemanusiaan?

Jika titik kesedaran letaknya diantara dua kening, titik kemanusiaan pula letaknya di tengah dada.

Kebiasaan kita tersalah erti dengan menganggap titik kemanusiaan itu tepat di jantung. Sebenarnya ia memang di jantung tetapi tempatnya tepat di tengah dada. Kerana tepat di jantung  itu tempatnya sang pencipta. Penyerahan abadi. Tidak tercapai akal fikiran.

Kebiasaan manusia yang fokus tepat pada jantung akan mudah memendam rasa, kuat cemburu, patah hati sehingga mampu membunuh diri atau membunuh orang lain serta perkara negatif yang lain. Ini kerana titik tepat pada jantung sebenarnya hanya untuk penyerahan, tidak boleh masuk unsur selain itu.

Ini adalah akibat langsung apabila kita menggunakan hati/jantung sebagai medium untuk berfikir.

Menggunakan titik ditengah dada adalah supaya jalur cakra pada tubuh seimbang serta lancar. Bermula daripada hujung tulang ekor sehingga puncak iaitu di kelenjar pineal.

Maka pada titik ditengah dada, fikiran yang negatif akan ditapis sebelum diserap masuk kedalam hati. Maka hati/jantung akan kekal suci daripada kotoran.

Hati merupakan medan magnet paling besar pada tubuh badan kita. Seperti lubang hitam pada angkasa raya yang menelan apa saja.

Itulah sebabnya harus berhati-hati dengan hati. Setiap perkara yang melibatkan hati akan meninggalkan kesan yang tidak terlihat dimata kasar.

Disitulah tempat wujudnya kaseh sayang yang kita gelar sebagai kemanusiaan.

"Manusia tidak berubah, mereka semakin menemui jatidiri mereka yang sebenarnya."

Begitulah pentingnya menggunakan titik kesedaran secara menyeluruh. Jatidiri semakin timbul. Seperti mana juga ulat bulu yang mengalami evolusi menjadi rama-rama.

Kemanusiaan bukan agama.

Ramai yang berugama tetapi tiada kemanusiaan. Jiran bangsa cina tak pernah bertegur sapa. Jiran India langsung buat tak endah.

Sedangkan mereka juga manusia. Dimana nilai kemanusiaan kita? Adakah kerana menganggap ugama kita sangat mulia sampai tak endahkan bangsa lain?

Sesama ugama juga ada yang tak ambil peduli. Dibiar melarat. Sedangkan saudara sendiri. Iya lah, bukankah Islam itu bersaudara?

Itulah yang aku nampak pada hari ini. Manusia tanpa kemanusiaan. Penunggang agama demi sesuap nasi basi. Menjadikan agama sebagai tiket berbuat dosa. Pembantaian manusia atas nama agama.
Dimanakah nilai kemanusiaan?

Aku juga seringkali mengabaikan orang yang kelihatan susah dan meminta sedekah di tepi jalan. Bukan aku tiada kemanusiaan, aku sangat sedar akan perkara itu. Aku sedar ada dikalangan mereka peminta sedekah itu adalah penipu yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain.

Dan ada juga yang aku abaikan kerana aku tak mahu mereka hanya bergantung harap kepada pemberian manusia lain semata-mata. Mereka perlu belajar survive. Sedangkan ramai lagi diluar sana yang bernasib kurang baik, mampu menggunakan kudrat mereka sebaik-baiknya bagi kelangsungan hidup mereka.

Begitulah caranya kita mendidik nilai kemanusiaan dikalangan kita. Keturunan, bangsa, agama dan warna kulit bukanlah perkara yang membezakan kita. Yang membezakan kita sebenarnya adalah nilai kemanusiaan.

Kerana kemanusiaan bukanlah agama!


Yang dibenci nabi Muhammad itu adalah perangai seseorang, bukannya individu itu.

Ini terbukti bahawa pakcik baginda iaitu Abu Lahab, walaupun sentiasa berkhianat terhadap baginda tetapi baginda tidak pun membenci pakciknya.

Baginda hanya benci kepada perangai Abu Lahab yang melampaui batas. Sehingga turunnya surah al-masad.

Begitulah ajaran baginda Muhammad. Sederhana saja.

Mata Ke-3

Rahsia mata ke-3

Letaknya diantara dua kening. Betul-betul di titik tengah. Menjadi rahsia kesedaran tahap tinggi.

Orang purba menggunakannya sebagai punca kesedaran. Mereka sangat peka terhadap perubahan cuaca, wabak, persekitaran, air pasang surut, ilmu hutan, mistik dan sebagainya.

Rahsianya terletak pada titik tengah antara dua kening. Penyembah setan menakutkan kita semua dengan mengatakan ianya adalah mata satu milik dajjal. Sedangkan ia sebenarnya mata kesedaran.

Sehingga kini, kita takut nak menggunakannya. Malah ada yang tidak tahu menahu langsung mengenainya.

Amatlah rugi.

Titik kesedaran yang letaknya betul-betul ditengah antara dua kening, merupakan kelenjar tertinggi sekali yang terdapat pada sistem tubuh badan manusia. Ia diberi nama kelenjar pineal. Seseorang yang mengalami mimpi adalah sebenarnya melihat melalui kelenjar tersebut.

Jika anda melihat orang yang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi, perhatikan mata hitam mereka sudah pastinya akan naik ke atas. Ini bermakna mereka sedang di alam mimpi yang sangat dalam.

Setelah melalui peredaran zaman, maka teknik mata ke-3 ini juga telah melalui pelbagai evolusi. Namanya telah dipelbagaikan kepada yoga, zen, tafakur, meditasi, menerawang dan banyak lagi nama-nama lain. Walau apa pun nama yang digelar, inilah sebenarnya apa yang dikatakan sebagai mata ke-3, iaitu titik kesedaran.

Banyak sebenarnya kelebihan atau manfaat yang boleh kita perolehi daripada penggunaan mata ke-3. Salah satunya kita dapat menurunkan gelombang otak kepada tahap yang paling rendah seumpama berada dialam mimpi yang dalam.

Ramai yang menggunakan teknik meditasi ini bagi membolehkan mereka fokus terhadap impian yang mereka impikan. Ianya bekerja seperti magnet yang menarik segala apa yang kita bayangkan. Jika kita bayangkan bahawa kita gembira memiliki suami/isteri serta anak-anak yang ceria, maka kita akan lebih gembira disaat kita melihat mereka. Ini terbukti benar bahawa setiap apa yang kita lihat sebenarnya adalah persepsi daripada apa yang muncul di fikiran kita.


Menggunakan kepala otak adalah merupakan penggunaan mata ke-3.

Sesiapapun yang menggunakan kepala otaknya dalam segala sesuatu sebenarnya telah menggunakan mata ke-3 tanpa sedar.

Hanya kerana manusia yang fokus sahaja yang dapat menangkap visual secara minda bawah sedar (subconscious mind). Dan proses fokus itu berlangsung di kepala. Sepertinya setelah kita puas menggunakan otak, kita berehat sebentar bagi menurunkan gelombang otak yang sudah kuat naik turunnya. Maka hasilnya segala apa yang kita fikirkan sebelumnya akan menjadi visual di dalam fikiran kita. Itulah yang namanya minda di bawah sedar.

Gunakan saja otak kita, maka ia akan mengaktifkan kelenjar pineal yang letaknya di antara dua kening. Seringkali orang yang sering menggunakan mata ke-3 akan berasa stress di bahagian dahi dan kening. Cubalah urut di bahagian kening serta picit-picit menggunakan ibu jari anda di bahagian tengah antara dua kening, maka anda akan berasa ngilu dan lega.

Gunakan saja otak anda. Anda akan rasa bebas. Bebas mengkritik, bebas berfikir, bebas berimaginasi. Seperti kanak-kanak yang penuh imaginasi dan impian. Jika takut berfikir bermakna anda telah mencipta penjara bagi diri sendiri.

Maka timbullah golongan taksub. Otak mereka dimanipulasi supaya percaya dan terima sahaja input tanpa mampu berfikir lanjut. Walau terbukti salah akan diterima saja kerna tidak berani bersuara, takut di kritik, takut dikatakan sebagai melanggar perintah.

Begitulah kesannya menggunakan mata ke-3. Bukan mata dajjal, bukan mata satu, bukan mata Horus. Ianya adalah titik kesedaran.

Penggunaan mata ke-3 akan membuatkan kita fokus dengan apa yang kita lakukan. Semakin jitu nilai kesedaran kita disetiap kali kita menggunakannya.

"Jika memanah ada target tengahnya, jika berfikir ada titik fokusnya."


Mimpi di waktu terjaga.

Dulunya aku sering bermimpi di kala terjaga. Kata orang, itu mengelamun. Bagi aku itu adalah impian.

Aku sangat teruja dengan apa yang aku mimpikan. Aku bayangkan segalanya adalah kenyataan. Sehinggalah aku dapat pekerjaan yang ada sekarang ni.

Ilmu ini memang wujud. Orang putih sebut "law of attraction". Dalam bahasa kita iaitu hukum tarikan.

Setiap apa yang kita impikan, dengan penuh rasa teruja akan membawa diri kita kepada perkara itu dengan lancar.

Seperti sekumpulan pendaki gunung, mereka akan diberitakan oleh penjejak gunung bagaimana indahnya pemandangan di puncak. Maka ahlinya sudah mulai terbayang dan mimpi akan indahnya berada di puncak.

Semangat itulah yang membuatkan mereka berjaya capai ke puncak. Sedangkan awalnya, melihat saja puncak gunung yang tinggi serta jalan yang sukar menakutkan mereka untuk mendaki.

Bukan bermakna setelah pasang impian segalanya akan menjadi mudah. Ia hanya akan melancarkan saja. Bermaksud halangan itu tetap ada, cumanya anda akan melihat halangan itu seperti tiada apa-apa.


Begitulah pentingnya bermimpi, yang namanya impian. Bukan mengelamun terawang-awangan. Yang akhirnya menjadikan mereka mat jenin.