PANTUN SIFAT 20


*1. WUJUD*
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

*2. QIDAM*
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

*3. BAQA*
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

*4. MUKHOLAFAH LIL HAWADIS*
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

*5. QIAMUHU BI NAFSIHI*
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

*6. WAHDANIYYAH*
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

*7. QUDRAT*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*8. IRADAT*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*9. ILMU*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*10. HAYAT*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*11. SAMA'*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*12. BASYOR*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

*13. KALAM*
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*14. KAUNUHU TA'ALA QADIRAN*
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

*15. KAUNUHU TA' ALA MURIDAN*
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

*16. KAUNUHU TA'ALA 'ALIMAN*
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

*17. KAUNUHU TA'ALA HAYYAN*
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

*18. KAUNUHU TA'ALA SAMI'AN*
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

*19. KAUNUHU TA'ALA BASHIRON*
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya juaj
Baik buruk pasti dihitungNya.

*20. KAUNUHU TA'ALA MUKTAKALIMAN*
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

*Kita hamba lemahlah jua*
*Tiada berdaya, tiada berupaya*
*KepadaNya berpasrahlah kita*
*Baru kita hidup bahagia...*

Ujian level? GOD

Dalam al-quran tuhan ada berfirman "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut: ayat 2) Ayat ini menerangkan bahawa untuk kita sebagai muslim diiktiraf keimanan kita kepada Tuhan maka hendaklah diuji dahulu.

Terkadang dalam hidup ini kita berasa lemah dan tidak berdaya saat diuji. Kita juga mempersoalkan mengapa Tuhan menguji kita sedemikian berat. Apakah Dia tidak tahu bahawa kita ini tidak berdaya?

Sepertimana kita diiktiraf sebagai pelajar yang yang cemerlang disekolah, diuniversiti, kita akan melalui siri ujian akhir yang mana ia menjadi penentu kepada tahap pencapaian akademik kita. Manakala ujian tersebut pula adalah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan daiversiti. Semua pelajar diberi kertas ujian yang sama bergantung kepada subjek yang diambil.

Lain pula ujian dari Tuhan. Dia Maha Bijaksana melebihi sesiapa pun. Ujian Tuhnn tidak sama seperti ujian yang manusia cipta. Tuhan menguji setiap manusia mengikut kemampuan masing-masing. Ujian yang kita lalui tidak sama kerna kemampuan kita juga tidak sama.

Jika ingin menguji seseorang, beri kepercayaan kepadanya dengan menceritakan sesuatu yang dianggap rahsia, lalu nanti lain masa kita perhatikan samada cerita itu telah bocor. Maka disitu kita tahu orangnya siapa yang tidak amanah itu. Boleh juga diuji dengan memberi barang sebagai simpanan. Sama saja.

Sebenarnya, Dia Maha Mengetahui. Yang diuji sebenarnya bukanlah kempuan mengatasi ujian tersebut, hakikatnya ialah supaya kita sedar segala daya upaya itu milik Dia. "La haulawala quatta illa billah". Itu sebabnya ada firman Tuhan "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216). Ini menunjukkan bahawa segalanya sepatutnya diserahkan kepada Allah. Dia yang menguji maka pada Dialah segala solusi.

Persepsi - Kesilapan dalam menilai

Kita hari ini cenderung dengan anggapan serta andaian terhadap sesuatu perkara. Ia bukan sahaja melibatkan sesuatu individu itu malahan ia juga melibatkan seluruh pandangan terhadap alam, kehidupan, agama, pekerjaan, gaya hidup serta lain-lain lagi.

Apa itu persepsi? Ia adalah andaian gred atau tanda aras yang diletakkan pada sesuatu subjek yang bilamana ia dilakukan maka akan menambah nilai tambah kepada sesuatu itu. Kita boleh katakan kereta mewah itu lebih bagus dan selesa apabila dipandu. Ya ia tidak salah akan tetapi ianya tetaplah kereta juga walau anda hanya memandu sebuah kereta kancil.

Seperti contoh, manusia antara lelaki dan wanita yang mencari cinta sejati maka mereka akan melihat kepada pelbagai ciri serta aspek yang ada pada pasangan pilihan masing-masing. Ada yang berkehendakkan pasangan mereka itu lawa, bergaya, kaya, setia, rajin, punya kerjaya, mempunyai kenderaan yang besar serta mewah dan ada pula golongan yang tidak kisah apa adanya. Sebenarnya mereka ini telah terkena suatu penyakit iaitu 'persepsi'. Ini kerana dalam hubungan yang melibatkan pasangan yang sebenarnya wujud hanyalah perasaan 'cinta'. 

Jika anda perhatikan sekeliling anda maka anda akan faham maksud saya. Terkadang manusia berasa tidak logik melihatkan pasangan yang kelihatan tidak sepadan langsung pada pandangan mereka. "Dah la gemok, muka pun huduh tapi awek dia tu cun gila. Ini mesti sebab dia orang kaya berduit." Ini salah satu contoh persepsi yang selalu kita lihat. Ianya mungkin ada benarnya juga akan tetapi di situ tetap wujud perasaan cinta itu iaitu cinta kepada harta disebut sebagai 'materialistik'.

Persepsi yang paling besar masa sekarang ini adalah berkaitan agama. Manusia beranggapan berpakaian seperti arab itu adalah Islam. Ternyata mereka salah. Islam bukanlah terletak pada pakaian sedangkan ia sebenarnya terletak pada akhlak. Pernah dengar atau terbaca kata masyhur islam "aku berada di sebuah negara, aku melihat islam didalamnya namun mereka bukan muslim. Aku berada dinegara yang lain, aku melihat muslim didalamnya akan tetapi aku tiada nampak pula islam." Adakah anda faham apa yang dimaksudkan?

Akibat penyakit persepsi menyebabkan kita pada hari ini menganggap orang lelaki berambut panjang adalah orang jahat. Manusia yang memakai kot bertali leher, berambut nipis itu orangnya baik dan jujur. Jadi tidak hairan mengapa begitu ramai rakyat di Malaysia mudah terkena tipudaya scam.

Bagi ahli spiritual, apa yang dilihat oleh mereka itu adalah 'soul' atau jiwa. Jiwa ini boleh dilihat menggunakan hati. Seperti ketika anda memejamkan mata, disuruh memegang sesuatu benda. Anda dapat nyatakan benda yang disentuh kerana anda tahu benda itu apa. Anda dapat melihatnya walaupun tanpa menggunakan mata. Dengan cara ini, kita dapat membuang semua persepsi gila yang selama ini merajai akal fikiran kita.

Hati adalah Raja segala

Dalam hadis nabi Muhammad pernah dikatakan bahawa "dalam diri manusia itu ada seketul daging yang jika ia baik maka baiklah sekalian tubuh, apabila ia buruk maka buruklah sekalian tubuh. Iaitu adalah hati." Oleh itu disini bolehlah kita sifatkan bahawa hati itu adalah raja segala tubuh badan samada zahir mahupun yang batin.

Maka dengan itu, pertama-tama sekali yang paling perlu dipelihara ialah hati itu sendiri. Saya sendiri dulunya dalam penulisan saya pernah salah faham bahawa pemikiran yang bersih mampu untuk menjernihkan hati. Tapi sebenarnya saya salah. Hati yang bersihlah yang dapat menjernihkan pemikiran kita daripada segala fikiran kotor serta perbuatan keji dan mungkar.

Dengan sebab itu, dalam penulisan kali ini saya kongsikan pengalaman saya setelah berdiam seberapa lama dalam penulisan kerana saya mencari kebenaran yang sebenar-benarnya. Kebenaran dimana apabila sudah dapat dipegang akan kebenaran itu, walau apa pun yang mendatang kepada diri ini, kebenaran akan tetap sebagai kebenaran. Tidak akan diistilahkan sebagai bathil.

Untuk itu, cara meditasi yang selama ini difokuskan di kepala kini diubah ke hati (jantung). Caranya juga sama, rasakan jantung kalian sepertimana ketika kita menggenggam sebatang pen, rasa genggaman itu diolah kepada rasa genggaman pada hati. Bukanlah meramas ataupun menghenyak, hanya sekadar rasa dipegang. Dari situ proses meditasinya sudah bermula. Aturan nafas naik turun secara tertib sehingga timbul ketenangan. Bebaskan hati dari penghadang yang kita ciptakan, supaya ia bebas merdeka. Seperti keadaan di taman-taman bunga yang terdapat sungai mengalir.

Proses itu diteruskan seberapa kerap yang mampu. Santai saja. Lama-kelamaan fikiran akan mulai jernih dan tidak lagi serabut. Cubalah untuk ketahui hasilnya.

Sahabat

Dari masa lalu sehingga sekarang sudah banyak keadaan yang aku lalui. Berbagai jenis kawan yang aku jumpa. Juga pelbagai kerenah yang aku kenal. Cuma yang paling best sekali bila kita jumpa manusia yang bergelar sahabat.

Sahabat pada asalnya adalah merupakan seseorang yang asing pada aku, seterusnya mula berkawan dan akhirnya layah bergelar sahabat. Untuk seseorang itu layak aku gelar sebagai sahabat hanya setelah melalui beberapa proses yang pada aku perlu supaya penggunaan perkataan sahabat itu tidak dilacurkan sesuka hati.

Dahulu pernah ada beberapa kawan yang sering mengungkapkan perkataan "kita sahabat dunia akhirat" tak kurang juga "sahabat sampai mati" akan tetapi mereka-mereka ini hanya akan menggelarkan kita sebagai sahabat mereka apabila kita menurut apa pengaturan dan kehendak mereka sahaja. Akan tetapi apabila kita memilih pengaturan yang berbeza maka kita sudah mereka gelarkan sebagai "sudah jauh menyimpang". Menyimpang itu pada aku cuma akibat aku memilih jalan sendiri dan jalan itu cumalah menjadi diriku sendiri.

Menjadi diri sendiri pada aku bukanlah bermaksud anda berbuat sesuka hati tanpa batasan. Yang aku maksudkan ialah kehidupan yang aku pilih tidak lagi dipengaruhi oleh siapa-siapa. Aku fikir, aku kaji dan aku perbetulkan diri aku tanpa perlu diarahkan siapa-siapa. Bermakna aku yang menguruskan hidup tanpa perlu diarahkan bagaimana aku perlu hidup.

Maka disitulah aku mulai kenal akan manusia yang bergelar sahabat. Aku memiliki beberapa sahabat. Bilangannya tak ramai, tak juga sedikit. Sederhana saja. Atas kapasiti apa yang sebabkan aku gelar mereka sahabat? Mereka ini telah diuji dan terbukti terpuji, apabila menunjukkan sifat jujur, amanah, menasihati dan bijaksana.

Ramai manusia yang gagal pada permulaan kerana tidak jujur dengan mengharapkan sesuatu dari diri kita. Seperti yang aku katakan pada awal tadi, apabila kita tidak lagi menurut kehendak mereka maka kita dikatanya sudah menyimpang. Sedangkan sahabatku tidak pernah pertikai akan haluan yang aku pilih asalkan ia tidak memudaratkan dan melampaui batas. Mereka faham dan memahami. 

Pernah suatu ketika aku memakai lebai kemana saja. Aku mahukan imej yang nampak baik dan memberi kesan positif pada kelilingku. Tapi, aku rasa benda tu tak sesuai. Memandangkan manusia pada waktu itu memandang lebai itu sebagai simbol kealiman kepada tuhan, maka aku tinggalkan. Aku tak mahu manusia salah faham antara agama dan pemakaian. Agama islam adalah ad-din iaitu cara hidup dan cara hidup dibuktikan melalui sifat serta perangai. Jikalau anda ustad sekalipun jika sikap anda suka mencarut dan memaki hamun maka anda tidak layak menerima penghormatan dari saya. Sebab aku kenal diriku serta kemampuan diri sendiri, bukanlah manusia suci melainkan pendosa. Akan tetapi sifat manusia gila menggunakan agama sebagai benteng merupakan manusia hina.

Sahabat yang paling akrab sekali dengan diriku tidak lain adalah diriku sendiri. Perkara pertama sekali yang aku lakukan adalah jujur/benar dengan diriku sendiri. Jika aku rasakan tidak maka tindakanku perlulah seiring. Kedua semestinya aku amanah dengan diri sendiri. Amanah dengan akal, hati serta tubuh badanku. Ketiga menasihati diriku sendiri supaya setiap hari adalah sesuatu yang baharu. Dan akhir sekali bijaksana dalam pemikiran, rasa serta tindakan. Bertindak melulu itu sifat orang bodoh.

Itulah antara ciri-ciri sahabat. Aku cerita supaya anda tahu siapa yang patut digelar sahabat. Supaya anda lebih sedar dengan sekeliling anda, jangan mudah termakan kata. Baru kenal sudah mahu gelar sahabat. Belum lagi diuji dengan dugaan, barangkali apabila kesusahan mereka yang dahulu lari. Jangan terpedaya dengan perwatakan serta pemakaian. Pelakon lebih hebat wataknya, penyamun lebih kemas pakaiaannya, pengacara lebih hebat cakapnya. Nak tahu, uji dahulu.


Kebangkitan melayu!

Melayu suatu ketika dulu terkenal dengan kependekaran, malah tidak kurang juga dengan kebijaksanaan mereka. Kewujudan empayar melaka, dan kedah tua menjadi bukti kehebatan ilmu kepakaran melayu itu berada pada tahap tinggi.

Jika kita melihat suatu masa dulu, pemakaian tengkolok pada orang melayu melambangkan ketajaman akal fikiran mereka. Kini pemakaian songkok lebih sinonim dengan melayu yang menjadi lambang mendaulatkan islam. Kalau dulu keris menjadi senjata bagi orang melayu untuk membela diri, namun kini keris hanya digunakan dalam latihan persilatan ataupun sebagai perhiasan.

Apabila dunia sudah semakin moden, identiti melayu semakin berevolusi. Kini bangsa melayu sudah tidak menyelitkan keris dipinggang, keris kini menjadi simbolik kepada ketajaman akal fikiran. Namun menjadi kelemahan juga apabila melayu menggunakan ketajaman keris pada otak untuk mencela atau mengkritik serta mempertikai tanpa memikirkan akibat yang bakal dicetuskan. Seperti contoh baru-baru ini kritikan mengenai institusi agong di Malaysia.

Walaupun melayu mengalami perubahan seiring arus dunia moden, namun perkara seperti itu tidak dapat diterima akal kerana perbuatan mempertikai institusi agong akan mengakibatkan runtuhnya tiang seri pada sesebuah rumah. Oleh sebab itulah melayu cuba mempertahankan institusi agong dengan sedaya upaya mereka.

Kita akan dapat melihat selepas ini ramai pihak yang mengaku diri mereka daripada NGO ataupun dari pelbagai lapisan akan turun menyatakan bantahan terhadap mereka yang mempertikai tentang institusi agong. Jelas disitu bahawa 'tiang seri' melayu itu jangan digugat kerana ia akan meruntuhkan budaya melayu itu sendiri.

Oleh itu, kita tidak mampu menidakkan hak melayu lain untuk memperjuangkan institusi agong kerana melayu adalah milik melayu. Ia bukannya menjadi milik ekslusif sesebuah badan NGO ataupun mana-mana institusi. Walaupun begitu, kepada melayu yang benar-benar jujur serta amanah dalam mempertahankan kedaulatan melayulah yang layak mendapat dampingi institusi agong. Kerana menjaga kedaulatan melayu adalah hak mutlak melayu itu sendiri.

Akhir kata, tidak perlu dipertikaikan siapa yang lebih terkedepan dalam mempertahankan institusi agong kerana mempertahankan kedaulatan melayu itu adalah hak orang melayu. Jika sekiranya institusi agong/beraja tidak dipertahankan maka identiti melayu itu akan hilang selama-lamanya. Jangan lupa lihat pada sejarah, apa jadi kepada negara yang sudah hilang rajanya? Lihat pula jepun yang masih memiliki maharaja, bagaimana budaya mereka terpelihara dengan sangat baik.

Putih merah antara tersirat dan tersurat

Mungkin ramai dikalangan masyarakat masih belum mengetahui mengenai kewujudan gerakan 'bawah tanah' yang menggelar diri mereka sebagai kumpulan 'putih' atau kumpulan 'merah'. Apakah sebenarnya putih dan merah ini? Dan apakah sebenarnya yang dibawa oleh mereka?

Ramai dikalangan masyarakat pada hari ini terutama anak muda telah salah faham mengenai perjuangan putih dan merah. Pada fahaman mereka putih itu adalah merupakan perjuangan tersirat yang perlu disembunyikan kerana ia lebih membawa kearah keagamaan, manakala merah pula lebih ekstrim sedikit kerana selalu dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap serta nombor-nombor kod yang pelbagai.

Apakah itu perjuangan putih? Putih itu mendapat nama atas kesucian warna tersebut melambangkan kesucian agama. Dalam perjuangan putih, ia merujuk kepada perjuangan 'fiisabilillah' iaitu berjuang ke jalan Allah. Jalan apa? Iaitu mentauhidkan Allah. Para pejuang putih akan memakai slogan 'amar makruf nahi munkar' serta moto 'alif, ba, ta". Amar makruf itu ialah dengan mengEsakan Allah, dan nahi munkar itu ialah tidak mensyirikkan Allah. Alif, ba, ta merujuk kepada agama, bangsa, dan tanah air.

Ada yang berpendapat bahawa segala yang makruf adalah menjadi tunjang utama perjuangan putih. Ya, jika merujuk kepada moto yang mereka bawakan. Apabila merujuk kepada 'fiisabilillah' ia merujuk kepada mengEsakan Allah. Adalah menjadi salah faham masyarakat bahawa golongan kumpulan putih berbai'ah untuk taat setia dan melalsanakan solat serta segala perkara fardhu yang lain, sedangkan sebagai seorang islam perkara tersebut sudah memang diwajibkan. Tidak perlu anda berbai'ah untuk melakukan semua itu. Ia sememangnya wajib bagi anda beragama islam!

Maka demi kemakmuran agama, bangsa dan tanah air, hendaklah kumpulan putih ini untuk menyebarkan ilmu tauhid kepada sekalian umat manusia. Akan tetapi masyarakat hari ini telah salah faham dengan menganggap kumpulam tersebut sebagai kumpulan samseng, dan terdapat juga ahli kumpulan putih yang mempergunakan kumpulan untuk tujuan jahat serta berbuat zalim. Ianya melanggar etika sebenar perjuangan putih yang asli. Kita boleh lihat bagaimana anak muda hari ini menjadi tidak menentu serta agama sudah tidak lagi dihormati. Maka wujudlah kumpulan raver dan yang semacam itu.

Bagaimana pula dengan kumpulan merah? Jangan anda salah faham dengan kumpulan 'baju merah' yang dibawa oleh jamal pak tongkol. Itu hanyalah merupakan kumpulan samseng jalanan yang cuma pandai melakukan provokasi. Merah yang sebenarnya adalah merupakan perjuangan sebuah ideologi. Ideologi yang popular suatu ketika dahulu adalah bersatu, aman, sejagat. Motif perjuangan adalah untuk melahirkan generasi yang harmoni hidup berbilang kaum. Itulah sebabnya ahli kumpulan merah yang tiada pengetahuan hanya akan berkata bahawa merah ini ada campur berbilang bangsa akan tetapi mereka tidak tahu apa hala tuju sebenarnya perjuangan merah.

Terdapat juga kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai merah sedangkan mereka ini merupakan pejuang komunis suatu ketika dahulu. Komunis dan merah yang asli adalah merupakan dua entiti yang berbeza. Tidak dinafikan terdapat juga kumpulam merah asli ini didalam kumpulan komunis suatu masa dahulu kerana perjuangan menentang penjajah memerlukan senjatapi serta angkatan yang besar. Maka pada ketika itu komunis telah mendapat bekalan senjatapi dan ketenteraan oleh askar british. Ia merupakan peluang yang boleh digunakan untuk melawan penjajah.

Walaupun begitu, ideologi komunis bukanlah ideologi merah yang sebenar. Komunis tidak mendaulatkan undang-undang dan tidak percayakan tuhan sedangkan kumpulan merah yang sebenarnya sangat percaya kepada tuhan. Maka dengan ideologi yang dibawa oleh kumpulan merah telah berjaya memupuk semangat bersatu padu dikalangan masyarakat yang berbilang kaum. Namun akibat salah faham daripada segelintir ahli yang mengaku merah maka mereka telah menjadikan kumpulan merah ini terlihat seperti sebuah kongsi gelap dan institusi samseng.

Merah yang sebenarnya sangat berpegang kepada ideologi. Seperti contoh agama, ekonomi dan sosial. Agama menjadi tunjang, maka selepas itu perlulah mempunyai ekonomi untuk mengukuhkan sesebuah institusi dan perlu menjana hubungan sosial berakibat daripada kita tinggal berjiran serta majmuk. Maka dengan pegangan ideologi tersebutlah mereka menggelarkan diri mereka kumpulan merah. Merah melambangkan perjuangan, perjuangan ideologi.

"Anda mampu membunuh sosok tubuh seorang pejuang, namun ideologi yang dia bawa akan hidup lagi 100 tahun."

Dapat disimpulkan disini bahawa kumpulan putih jika tidak dijaga akan menjadi kotor. Sepertimana kumpulan politik yang membawa nama islam, jika ahlinya berbuat buruk maka islam akan mendapat nama buruk. Kumpulan merah pula, apabila ia tidak dikawal maka akan lahir golongan yang ekstrim yang secara membabi buta melakukan gerakan melanggar undang-undang, sepertimana yang dilakukan oleh kumpulan jamal pak tongkol. Berpada-padalah dalam gerakan, dan yang paling penting tahu nilai serta hala tuju perjuangan. Bukannya ikut membabi buta.

I am a free thinker

Setelah negara Malaysia dikejutkan dengan kekalahan 'gergasi' berusia 62 tahun pada 9 mei baru-baru ini, kini aku kembali menulis sebuah kisah hidupku yang tertangguh.

Melihat kepada keadaan bagaimana sebuah negara yang dipimpin selama 62 tahun telah bertukar pemerintahan hanya dengan sekelip mata? Apakah masyarakat hari ini sudah kecewa ataupun sudah tidak pedulikan apa yang bakal terjadi asalkan hati mereka puas menggulingkan kerajaan yang sebelum ini?

Menurut diriku, aku lihat masyarakat hari ini sudah mula menjadi 'freethinker'. Anda jangan salah faham istilah tersebut kerana ia bermaksud 'berfikiran bebas'. Bukanlah seperti mana mereka yang tidak percayakan agama itu. Freethinker membawa maksud berfikiran bebas. Fikiran kita tidak lagi disekat-sekat dengan doktrin yang menakut-nakutkan kita seperti takutkan hantu, takutkan polis, takut nak fikir pasal ekonomi, takut nak ada komitmen rumahtangga, takut memiliki tanggungjawab dll.

Otak manusia semuanya dijadikan serupa, tiada yang terkurang. Maka pergunakan otak kita sepenuhnya akan membuatkan kita menjadi manusia yang amanah serta tidak menzalimi otak dengan tidak menggunakan ia secara sepenuhnya. Sekiranya kita memaksimakan penggunaan otak, maka kita akan merasakan bagaimana rasanya yang dikatakan sebenar-benar bebas. Dalam dunia zahir mungkin kita dalam kesulitan akan tetapi dalam dunia batin kita adalah bebas mau menjadi apa. Sejauh mana kita berani untuk menjelajah fikiran kita sendiri maka sejauh itulah yang kita mampu capai di dunia realiti. Jangan salah anggap dengan angan-angan, ianya adalah sebuah 'fikiran'.

Telah ramai ikon-ikon yang berjaya mengakui bahawa keberanian kita untuk berfikir dapat menentukan sejauh mana kita berani untuk melangkah di dunia nyata. Berfikir yang dimaksudkan bukanlah seperti angan-angan yang hanya menunggu 'bulan jatuh ke riba'. Berfikir yang dimaksudkan ialah sekuat mana mental kita berani untuk berfikir untuk 'counter' dan 'attack' sewaktu emosi kita sedang lemah kecewa ataupun sewaktu peluang sedang menjengah tiba.

Jangan takut berfikiran bebas sedangkan dalam islam kita bebas untuk berfikir apa sahaja. Apabila kita sedar bahawa apa yang difikirkan itu menjadi kesalahan, maka kita tinggalkan perkara itu dan teruskan berfikir perkara yang lain. Sebagai contoh berfikir membunuh diri atau membunuh manusia lain, apakah anda 'rasa' ianya perbuatan yang amanah? Sudah pastinya tidak. Kecuali jika di medan perang atau setelah kita dianiaya dengan pembunuhan juga. Oleh itu jangan salah anggap dengan fikiran anda. Sebab itulah masyarakat islam dahulu ramai yang bijak pandai. Pakar astronomi, pakar bedah, pakar matematik dsb. Ini kerana tiada halangan dalam berfikir. Anda bebas!

Dapat kita ketahui bahawa selama ini masyarakat berasa sangat takut sehinggakan mereka mencipta 'penghadang' kepada pemikiran mereka sendiri. Perbuatan tersebut merosakkan ciri-ciri insan yang sempurna yang telah diwahyukan oleh Allah bermaksud "telah aku jadikan insan itu sebaik-baik kejadian." Tidakkah kita masih tidak mahu berfikir?

Mata yang melihat segalanya

Dalam istilah spiritual kita menggelarkan "mata yang melihat segalanya" itu sebagai mata ketiga atau juga sebagai mata satu. Ini kerana kedua-dua mata asli kita kebiasaannya digunakan untuk tengok sedangkan mata satu digunakan untuk melihat.

Simbol mata satu.

Apa bezanya tengok dan melihat? Tengok ini lebih kepada memandang sesuatu dengan gambaran visual yang ternampak sedangkan melihat ini menjurus kepada penelitian visual. Seperti sebuah pohon yang rendang, jika anda hanya tengok maka anda tidak akan dapat meneliti setiap perincian yang ada pada pohon tersebut. Berlainan pula apabila anda melihat pohon tersebut. Ini kerana apabila anda sedang melihat sesebuah pohon itu, anda akan melakukan penelitian untuk memperincikan setiap aspek yang ada pada pohon tersebut. Inilah yang kita tidak dapat bezakan diantara tengok dan melihat. Kita menyangkakan kedua-dua perbuatan tersebut adalah sama.

Bagaimana pula dengan orang buta? Bagaimana cara yang membolehkan mereka untuk nampak sesuatu sedangkan mata mereka buta?

Gambarajah memberitahu bahawa melihat menggunakan hati dan visualnya akan muncul melalui kepala. 

Melihat menjadi bukti bahawa penglihatan itu boleh wujud walaupun dalam kegelapan sekalipun. Orang buta mampu melihat dengan penglihatan mata hati mereka. Itulah sebabnya wang kertas, butang lift, kitab al-quran dihasilkan khas untuk orang buta dengan penghasilan tulisan kod timbul yang boleh digunakan untuk golongan buta merasa menggunakan jari mereka supaya mereka dapat melihat apakah tulisan yang tertera. Walaupun mereka itu tidak dapat tengok menggunakan kedua biji mata mereka akan tetapi mereka mampu melihat melalui pancaran mata hati mereka. Kerana mereka melihat melalui 'penglihatan' mata hati mereka. Begitu samalah dengan kita juga. Mata satu itu adalah mata hati. Melihat di hati, visual dikepala.

Dalam spiritual malaya, saya banyak memberikan saranan dan pedoman bagaimana cara melihat menggunakan mata hati. Cara yang sangat sederhana sekali. Kelebihannya mata yang melihat segala ini mampu melihat kecurangan sesuatu individu ataupun organisasi, mampu mencabut topeng-topeng yang melekat pada wajah penyamun ataupun penyangak yang berwajah wakil rakyat ataupun menteri, mahupun sesiapa saja disekeliling dan dikalangan anda sendiri. Anda praktikkan dan anda rasainya sendiri.

Lord of the ring

Perkara ini sebenarnya tak pernah aku kongsikan dengan sesiapa. Aku rasakan terlalu privasi dan jika dikongsikan pun bukanlah ada orang nak kisahkan sangat pun. Tetapi sejak kebelakangan ni aku tengok persekitaran yang seperti kehairanan dan dalam keadaan syak-wasangka apabila selalu melihat aku mengenakan sebentuk cincin yang agak unik pada penglihatan mereka. Aku tak risaukan diri aku ini dituduh syirik ataupun ada "memakai" sekalipun, yang aku risau sekeliling aku yang akan jadi syirik dengan mempercayai kekuasaan selain Allah, Maha Raja Segala Raja itu sendiri.

Cincin yang aku sebutkan tu sebenarnya berasal daripada seorang kawan yang sudah tak mahu lagi dengan cincin tersebut. Dia nak buang jadi aku ambil la. Asal cincin itu memiliki batu cincin yang sudah sedikit pecah pada permukaan atasnya. Nampak huduh dan tak menarik bagi aku jadi aku keluarkanlah batu tu. Nak jadikan cerita pulak suatu masa dulu makcik aku pernah mintak tolong aku carikan dia kayu yang kononnya boleh tangkis gangguan makhluk halus ataupun aura-aura kotor ni. Dan pada masa dulu ni aku cukup berminat sangat kalau bab-bab benda yang melibatkan perkara mistik ni. Jadi aku pun jumpa la seorang brader sunan apa tah nama gelaran dia tu, kawan aku yang rekemen. Aku pun beli lah sebentuk kayu yang direka khas untuk buat loket. Katanya kayu tu jenis 'gemunggal' atau dikenali sebagai teras kelo. Jadi aku pun beli la dengan dia dan dia hadiahkan 2 lagi bentuk kayu jenis yang sama. Satu tu aku bagi makcik aku la sebab dia yang bagi duit untuk aku belikan untuk dia kan, satu bentuk tu aku buat rantai tapi dah hilang sekarang ni dan yang last tu aku masukkan dalam sarung cincin yang aku buang batu cincin dia tu. Jadi ini lah hasilnya! 


Aku namakan cincin ni namanya "Sang Sapurba" sempena nama mitos raja di tanah melayu yang dikatakan bersusur galur keturunan Iskandar Zulkarnain.

Asalnya cincin ni tiada langsung ukiran pada permukaannya. Nampak kosong dan biasa sahaja. Jadi aku pun rasa macam tak lengkaplah kalau disarungkan cincin tu pada jari kelingking aku ni. Oleh sebeb itu lah aku buat satu ukiran pada permukaan kayu tersebut. Kalau tengok betul-betul hangpa akan perasan yang ukiran itu sebenarnya adalah sebuah kaligrafi. Kaligrafi ni sebenarnya tak semestinya semacam yang kita belajar di sekolah sahaja. Kaligrafi ini ada berbagai macam. Jadi meh sini aku terangkan apa yang ada pada ukiran kayu cincin kesayangan aku ni.



Tulisan pertama yang di atas sekali tu sebenarnya adalah tulisan "mim ha mim dal" iaitu 'Muhammad'.


 Kaligrafi di bahagian bawah tu pulak adalah kalimah "alif lam lam ha" iaitu 'Allah' yang ditulis dengan keadaan "mirror". Kenapa mirror? Kenapa huruf "alif" ditengah dan bertindih dengan huruf "lam" dan kenapa pula letaknya di bawah dan bukannya diatas?



Ok ini sebabnya kenapa aku ukirkan kaligrafi "Allah" itu dalam keadaan mirror adalah kerana ia bertujuan apabila aku memakai cincin tersebut maka tulisan itu akan nampak dalam tulisan sebenar sepertimana gambarajah diatas. Dengan itu, maka setiap kali aku melihat diluar pandangan mataku ini maka aku akan nampak "Allah" itu dahulu seterusnya barulah aku akan nampak makhluk itu sebagai ciptaan Allah. Maka dapatlah ia mengingatkan aku bahawa setiap segala sesuatu yang aku lihat itu sebenarnya adalah ciptaan Allah belaka. Huruf alif yang bertindih itu sebenarnya berlaku kesilapan semasa aku melakukan ukiran dan akibatnya aku sambungkan sekali dengan huruf lam dan kedudukan kalimah tersebut di bawah adalah kerana pada keyakinan aku adalah bahawa "Muhammad" itu adalah makhluk pertama yang diciptakan Allah dan kalimah nama Allah itu datang sesudahnya. Setelah Allah menciptakan makhluk bernama Muhammad maka Dia perkenalkan diri Nya dengan nama Allah.

Nama Muhammad itu aku letak di atas sebagai lambang penghambaan diri yang paling agung antara Rob dan kekasihnya. Bagaimana kisah cinta kekasih Allah bernama Muhammad yang menghambakan dirinya kepada penciptanya dengan tanpa meminta berlebihan. Cukup apa adanya, bersederhana sahaja. Muhammad itu adalah lambang hamba yang begitu patuh "saleh" dan begitu taat kepada Robnya. Tiada lagi contoh yang lebih setara dengannya. Sebab mengapa tulisan Muhammad itu tidak aku mirrorkan adalah kerana ia melambangkan diri aku sendiri yang sepatutnya menghambakan diri kepada Allah. Jika orang melihat cincin itu mereka akan dapat baca Muhammad tersebut dan keliru dengan kaligrafi di bawah. Maka yang mereka faham kaligrafi Muhammad itu melambangkan akulah sebagai pemakainya dan aku sepatutnya mengawal serta mengingatkan diriku supaya bersederhana sepertimana Muhammad dan mengamalkan sunnahnya iaitu benar, amanah, menerangkan dan bijaksana.

Tiadalah cincin aku ini memakai khadam-khadam dari kalangan jin serta iblis. Tiada gunanya berdamping dengan mereka-mereka itu sedangkan mereka juga makhluk ciptaan Allah. Lebih baik mengagungkan pencipta sekalian alam iaitu Allah itu sendiri sedang Dia itu Maha Besar. Sentiasa mengingat Allah dalam setiap hembusan nafas itu adalah lebih baik daripada perasaan curiga dan syak-wasangka terhadap seseorang. Kalau tidak tahu maka bertanyalah, jika tahu maka berkongsilah. Mungkin hang rasa hidup hang biasa-biasa saja pada pandangan diri hang tetapi pada diri seseorang yang lain mereka menganggap diri hang sebagai sumber inspirasi. Mereka menjadikan perjalanan hidup hang sebagai role model dan ikutan sehingga diri depa sendiri terkesan dengan setiap gerak geri, percakapan, pemakaian dan cara hidup hang. Terusklah menyebarkan rasa cinta. BECAUSE GOD IS LOVE!









Kebangkitan jiwa

Jiwa merupakan entiti kecil yang ada didalam diri setiap manusia. Jiwa itu sepertinya anak kecil yang perlu dijaga rapi seperti menjaga seorang bayi. Ia terkadang suka merengek, mintak dimanja, menangis, gembira dan kadangkala ia berada dalam kebingungan. Kelemahan kita untuk memahami jiwa boleh mengakibatkan kita mengalami jiwa kacau, dan kelemahan kita mengendalikan jiwa menyebabkan kita mengalami gangguan jiwa.

Sebagai seorang yang mengamalkan spiritual, cara yang paling sederhana untuk merawat jiwa adalah dengan menenteramkan jiwa tersebut. Jiwa itu bersifat ghaib akan tetapi kita mampu merasainya. Dengan mendalami rasa jiwa, kita mampu untuk menenteramkannya. Dengan cara yang betul, adalah mudah sebenarnya untuk menenteramkan jiwa cuma yang sukarnya adalah untuk mengekalkan ketenteraman itu.

Pertama sekali, kenal dahulu pusat yang ada pada tubuh badan kita. Jika dilihat secara zahir sudah tentu pusat yang ada pada perut itulah yang kita kenal sebagai 'pusat' akan tetapi pusat pada jiwa itu pula dimana? Pusat jiwa itu letaknya dipangkal hidung, lebih tepatnya pada titik antara dua kening. Jika anda amati dengan cara menarik nafas dengan perlahan-lahan, anda akan sedar bahawa nafas anda akan masuk lalu menyentuh titik tersebut. Itulah sebenarnya pusat kebatinan, fungsinya mampu merawat jiwa-jiwa manusia.

Caranya bermeditasi sangat sederhana sekali. Tarik nafas serta rasakan nafas menyentuh pusat kebatinan, diketika nafas masuk itu maka kosongkan fikiran anda. Fikiran kosong itu keadaannya seperti kita mengelamun akan tetapi kali ini kita tidak menggambarkan apa-apa, hanya semata-mata menghayati nafas itu. Lalu dihembuskan nafas itu dengan perasaan yang penuh kepuasan. Puas kerana menghayati nafas kita sendiri. Bagi yang berugama islam disarankan menyebut kalimat "Allah" semasa melepas nafas kerana Allah ada menyebut "dengan mengingat Allah, jiwa menjadi tenang." Lakukan proses meditasi tersebut berulang kali, 10-15 minit bagi membiasakan diri dalam keadaan seperti itu. Maka jika sudah terbiasa, walau apapun yang kita kerjakan akan sentiasa dalam keadaan jiwa yang terkawal.

Apabila anda sudah terbiasa dengan meditasi tersebut, anda akan lebih memahami jiwa sendiri. Jika sekiranya kita rasa tidak suka kepada keadaan diri, maka ubahlah ia. Seperti mengubah lingkungan dengan mencari kawan baru, pergi melancong melihat keindahan alam, mengubah cara kerja yang lebih positif, membuat aktiviti yang baru serta banyak lagi jika ingin disenaraikan. Kita manusia ini sentiasa berevolusi, daripada tahu A,B,C kepada tahu membaca serta menulis. Begitu juga dengan jiwa, jika sekiranya jiwa tidak berevolusi maka ia akan mati. Cara yang paling sederhana untuk menghidupkan jiwa adalah dengan menghayati jiwa tersebut. Merasainya...

Jiwa yang musnah

Seperti kebiasaan, setiap kali aku pulang ke kampung halaman sudah pasti aku akan meluangkan masa bersama para sahabat. Kali ini aku singgah di kota sarang semut. Berjumpa sahabat yang sudah lama tak berjumpa. Tak dapat nak dikisahkan betapa indahnya dapat bertemu seseorang yang bergelar sahabat. Kami bercerita, berbincang serta mengupas idea.

Dalam kami tengah rancak bersembang, terkeluarlah satu tajuk "jasad yang kelihatan sempurna, tapi jiwa didalamnya musnah". Kami ambil contoh individu sekeliling yang hari ini kita lihat sangat tangguh pada luarannya tapi hakikatnya mereka ini mengalami delusi gangguan emosi dan jiwa.

Melalui pengalaman kami dengan beberapa individu yang mengalami situasi seperti itu, kami faham bahawa mereka yang seperti itu sebenarnya sudah hilang keyakinan diri. Pada anggapan mereka, dalam dunia ini sudah tiada siapa lagi yang mahu berteman dengan mereka. Walau pada luarannya mereka ini memiliki ramai rakan-rakan.

Punca berlakunya kemusnahan jiwa tersebut berpunca daripada hilang keyakinan. Contohnya "aku boleh buat ka? Boleh kot? Mungkin tak boleh?" akhirnya mereka memilih kepada syak-wasangka semata-mata. Oleh kerana terdapat syak-wasangka di dalam hati mereka-mereka ini maka berlakulah lemah semangat serta kekacauan jiwa. Kerana syak-wasangka itu datangnya daripada syaitan.

Untuk pulihkan semula keruntuhan jiwa tersebut, maka kami berbincang tentang idea dan menemui solusi. Bahawa jangan pernah sesekali mempermainkan jiwa kita. Jangan pernah berlaku curang dengannya. Jika kita tahu sesuatu perkara, maka dengan yakin kita mengakui bahawa kita tahu. Saya tahu! Jika tidak tahu, maka mengaku saja. Tidak perlu malu kerana anda sedang bersoal jawab dengan diri anda sendiri. Tiada siapa pun yang tahu sebenarnya. Jawab saja "saya tidak tahu!". Maka dengan yakin anda akan keluar secara automatik mencari orang yang tahu untuk mengajarkan anda. Begitulah cara kerjanya apabila ia melibatkan hati yang menjana jiwa serta emosi. Jangan sesekali berkhianat dengannya. Kesannya nanti anda akan sakit-sakit jiwa, terkena sumpahan sendiri.

Jangan pernah malu untuk mengakui kelebihan diri sendiri. Juga jangan pernah malu untuk mengakui kelemahan diri. Kerana ketika kita mengakui bahawa kita tidak tahu, dengan perasaan jiwa yang ingin tahu itu akan membawa kita kepada guru yang akan mengajarkan kita. Dalam al-quran Allah bersabda "jika kamu ingin tahu sesuatu perkara itu maka bertanyalah kepada ahlinya." Disitu Allah mengingatkan kita bahawa setiap sesuatu perkara itu ada ahli pakarnya. Jika anda ingin pandai membaiki motorsikal maka bertanyalah kepada pomen motor. Tidak patut untuk anda untuk bersangka-sangka tentang cara membaikinya kerana silap haribulan motorsikal yang anda cuba baiki dalam keadaan keraguan akan mengakibatkan ia menjadi rosak.

Begitu juga dengan jiwa anda, atau bahasa mudahnya disebut sebagai semangat. Ianya adalah merupakan jiwa rohani kita, yang melibatkan kepercayaan. Kepercayaan itu seharusnya bersifat teguh dan tidak boleh ragu-ragu. Ambil contoh anak kecil, mereka tidak pernah ragu-ragu untuk melangkah ketika mula belajar untuk berjalan. Walaupun sudah berkali-kali jatuh namun mereka tetap saja bangkit semula. Jiwa yang dalam keadaan ragu-ragu akan menyebabkan kita hilang semangat. Yakinlah dengan diri anda sendiri. Jikapun anda mempunyai guru yang hebat, guru itu tidak dapat memberi anda sebuah keyakinan. Dia hanya membuka sebuah pintu kebenaran kepada anda sahaja. Tinggal diri kita sendirilah yang perlu melangkah masuk kedalam pintu itu dengan penuh keyakinan!

Kita seringkali tidak prihatin dengan golongan seperti ini. Kadangkala kita tidak tahu langsung bahawa individu itu sudah terkena delusi jiwa. Sehingga ada yang beranggapan bahawa mereka-mereka ini sudah terkena buatan orang. Sebenarnya delusi jiwa dan terkena buatan orang adalah merupakan dua keadaan yang berbeza. Seperti kisah artis-artis masyhur luar negara yang mengakhiri hidup mereka dengan membunuh diri, itu merupakan kesan langsung daripada delusi jiwa. Mereka nampak tangguh pada luarannya, tetapi hancur lebur pada jiwanya.


Aku tidak masuk islam

Sejak zaman berubah bersilih ganti, manusia semakin berevolusi. Daripada zaman yang canggih menurut zaman dahulu sehinggalah zaman canggih menurut zaman ini. Dalam agama juga tidak terlepas dengan perkara seperti ini. Aku tak mengatakan hanya agama islam sahaja yang mengalami perubahan dalam segi pemikiran, agama lain juga alami perkara yang sama.

Jika kita faham, al-quran menyuruh kita untuk menutup aurat, lelaki dengan cara lelaki dan perempuan dengan cara perempuan. Tiada disebut mesti berpakaian seperti orang arab atau seperti orang parsi atau sebagainya. Dalam hadith pula disebut menutup kepala bagi lelaki dan tidak pula disebut supaya memakai serban atau kopiah. Sedangkan semasa melakukan haji pun mereka hanya menutup aurat seperti yang disarankan al-quran, mengapa pula tidak mereka memakai jubah dan serban? Alasannya melakukan haji mesti pakai 'ihram'. Mereka langsung tak faham yang disarankan disitu sebenarnya adalah menutup aurat.

Oleh kerana kekeliruan yang berlaku maka, hari ini manusia menganggap bahawa pakaian jubah dan kopiah atau dililit serban merupakan simbolik kepada islam. Sedangkan simbolik islam itu adalah terletak pada jati diri kita. Jati diri yang dibawa oleh baginda nabi Muhammad sallahu alaihi wassalaam iaitu benar, amanah, berpesan dan bijaksana. Itulah permulaan syariat. Bukannya terletak pada pakaian yang dipakai.

Maka oleh sebab itulah, manusia hari ini hanya meletakkan islam itu pada pakaian. Memakai pakaian simbolik pada mereka dianggap lebih islamik daripada orang lain. Sehinggakan menimbulkan kekeliruan pada orang yang selain agama islam. Jika pakaian yang menjadi simbolik kepada islam maka masyarakat jahilliah akan menjadi keliru kepada nabi Muhammad kerana pakaian mereka sama sahaja. Tiada bezanya. Orang arab jahilliah juga memakai jubah dan serban. Itu pakaian tradisi mereka.

Itulah sebabnya aku tidak masuk islam. Tiada gunanya aku masuk kedalam agama islam. Kerana manusia ini sifatnya tidak kekal. Boleh jadi aku akan keluar islam suatu hari nanti. Maka dengan rahmat dan kaseh sayang Allah, islam telah masuk kedalam jiwaku. Mustahillah bagi islam itu untuk keluar dari jiwaku kerana ia daripada Allah itu sendiri. Walaupun sehingga saat rohku ditarik keluar, islam itu pergi bersama nyawaku kembali kepadaNya.

Otak kuning!

Pada awal bulan februari baru-baru ini, aku balik ke aloq staq untuk menduduki peperiksaan akhir semester 2 di UUM sintok. Macam biasalah aku takkan lepaskan peluang untuk bersantai bersama para sahabat. Orang cakap melepak tu bukanlah suatu aktiviti yang sehat pun. Bagi aku ia terpulang kepada individu, kalau hang lepak tanpa pengisian memanglah tak berguna. Bukan kata lepak, masuk kelas agama pun kalau takdak pengisian, kerja menyindir dan menjatuh burukkan orang lain lagi lah tak berguna.


'Port' bersantai macam biasalah, kedai warung 'abang E' atau selalu aku sebut 'kedai hakim' walaupun sahabat aku si hakim tu cumalah pekerja bamcuh ayaq kepada abang E. Sudut kami sudah tentu disisi gelap belakang tempat hakim bancuh ayaq. Situlah selalunya menjadi tempat dimana segala buah fikir kami akan cuba dikunyah sampai lumat supaya ketemu suatu jawapan yang jitu.

Tajuk yang paling best pada ketika itu adalah pasai "otak kuning". Ada la sorang sahabat ni bertanyakan pasai spiritual maka aku pun beri sedikit pengalaman aku yang tak seberapa. Maka ditanya kepadaku "macam mana nak sucikan hati?" aku pun habaq la "nak suci hati, fikiran kena bersih la dulu." "Awat lagu tu?" "Iya lah, kalau fikiran tak bersih macam mana hati tu nak bersih? Pernah ka kita dengaq orang kata otak kuning (berfikiran lucah)? Pernah kan? Tapi tak pernah pula kita dengaq hati kuning kan?" Sebab apa jadi begitu? Apa kaitan otak (pemikiran) dengan hati (rasa)?

Otak merupakan pintu kepada rasa. Jika otak kita cenderung kepada perkara lucah maka hati kita akan mula berkeinginan untuk melakukan kelucahan. Oleh sebab itu dalam mengamalkan ilmu batin (ghaib), boleh dikatakan semua perguruan akan mengajarkan pengosongan diri, atau lebih mudah faham sebagai kosongkan fikiran. Selepas itu barulah proses pengisian zikir dilakukan. Mengapa perlu pengosongan fikiran?

Pengosongan fikiran dapat membuang segala fikiran-fikiran yang tidak baik lalu diisi dengan zikrullah. Ia bertujuan apabila diisi dengan zikrullah maka fikiran kita akan tetap fokus kepada kebesaran Allah yang mutlak. Ibarat sebuah cawan yang terisi air yang penuh, mana mungkin dapat diisi dengan air yang baru jika sekiranya bekas itu maseh berisi air.

Maka apabila cawan itu sudah terisi air baru yang kita dambakan, minumlah ia dan rasailah nikmatnya. Begitulah apabila melakukan meditasi mata ketiga, setelah melakukan segala disiplin meditasi itu lalu rasailah nikmatnya. Nikmat itulah kemuncak kepada meditasi mata ketiga. Nikmat itu tidak dapat difikir dengan kepala otak, ia hanya dapat dirasai.

Itulah yang orang-orang tariqat canang-canangkan sebagai sir (rahsia). Rahsia itu adalah sebuah rasa. Rasa yang hanya dapat dicapai apabila kita menghayati (menghidupkan) zikrullah (ingatan kepada Allah). Bukan hanya sekadar menyebut ulang nama sang pencipta sampai berbuih mulutnya tapi tiada sedikitpun rasa yang melekat di hati.

Otak itu perlu dilindungi daripada fikiran jahat. Jika tidak dijaga, melihat gadis berpurdah pun hang boleh x-ray sampai nampak kedalam baju! Sampai macam tu sekali hebatnya kuasa minda manusia ni. Setelah otak berjaya dikawal, barulah hati itu suci bersih. Ini kerana hati hanya dapat mengesan 'rasa' dan kuasa mengesannya teramatlah kuat. Itu sebabnya terkadang kita akan berasa "ish aku rasa tak sedap hati la." "Aku rasa, aku sudah jatuh cinta."

Ultra instinct (naluri melampau)

Saya seorang peminat cerita kartun dragon ball sejak dari kecil lagi. Dulu semasa kecil, kami sekeluarga tinggal di kawasan agak pedalaman negeri kedah iaitu di yan. Di sana segala kemudahan agak terhad dan kalau ada pun tidaklah secanggih seperti apa yang ada di bandar-bandar besar seperti di alor setar.

Pada zaman itu sekitar tahun 90-an, kanak-kanak masih lagi bermain permainan tradisional seperti gasing, guli, wau, congkak, batu seremban, tuju kasut, tui dll. Yang agak canggih pun pada waktu itu adalah permainan kereta "dash yonkuro" tapi itu pun tidaklah original melainkan hanyalah yang buatan china.

Bagi saya dan abang saya, kami ada juga minat lain selain bermain iaitu hobi kami membaca komik. Mulanya abang saya yang kenalkan saya pada perpustakaan awam di yan besar. Dari situ kami mula mendaftar sebagai ahli perpustakaan dengan bayaran 50 sen. Iyalah, jika nak diikutkan kami ini tidak mampu untuk membeli komik-komik yang terhad jualannya di daerah terpencil itu. Maka dari situlah kami mula kenal komik "mutiara naga" edisi indonesia.

Sejak mula mengenali dengan watak utamanya iaitu son goku, kami mula suka serta menjiwai watak tersebut. Bagaimana goku yang pada mulanya seorang budak nakal diasuh oleh datuknya untuk mengawal tenaga 'monyet jadian' sehingga mengorbankan nyawa datuknya itu pada akhirnya. Sehinggalah kami dibekalkan duit sekolah yang disimpan sikit-sikit supaya mampu membeli koleksi "mutiara naga" edisi bahasa melayu.

Sehinggalah sekarang dragon ball maseh lagi mengeluarkan episod terbarunya iaitu 'dragon ball super'. Ok kali ini barulah saya nak masuk cerita berkenaan kuasa goku yang terbaru iaitu 'ultra instinct'. Jika kita lihat pada siri terbaru ini, goku telah mendapatkan kuasa ultra instinctnya berakibat daripada terkena bola tenaga yang kuat serta menyebabkan dia hampir hilang nyawa. Dan lawan goku itu adalah jiren dari universe 11 yang memiliki kuasa hampir sama dengan dewa pemusnah.

Jika diamati dengan baik, kita akan faham bahawa kuasa naluri melampau goku itu akan tercapai apabila goku dalam keadaan yang tenang dan berfikiran 'kosong'. Maka dengan itu, goku hanya mengikut nalurinya dalam setiap pergerakan yang dilakukan samada untuk menyeran ataupun untuk menangkis serangan musuh. Walaupun begitu, kuasa baru itu tidaklah dapat berkekalan lama, kerana untuk mengekalkannya bagi goku, dia maseh tidak mahir lagi.

Tapi jangan kita terlepas pandang kepada Jiren. Beliau ada menunjukkan bagaimana caranya dia mengekalkan kuasa dewa yang ada pada dirinya, iaitu dengan bermeditasi! Ya, itulah satu-satunya cara bagaimana jiren mendapatkan kuasa 'naluri melampau' yang ada pada dirinya itu. Walaupun ia hanyalah sebuah cerita kartun, akan tetapi ianya diadaptasi daripada dunia realiti.

Jika anda pernah melihat dokumentari para shaolin di china, mereka mengamalkan meditasi sebagai cara untuk menguatkan tenaga dalaman serta untuk mendapatkan keupayaan naluri yang terdalam. Dalam islam juga terdapat suatu golongan yang digelar 'sufi' dimana mereka juga mengamalkan meditasi sebagai cara mereka mendapatkan naluri yang berhubung terus dengan tuhan. Cuma teknik mereka itu lebih kita kenali sebagai tafakur dengan cara bersuluk.

Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa meditasi adalah merupakan satu-satunya cara purba dari zaman tamadun islam dahulu kala yang dipraktikkan bagi seseorang yang mengamalkan ilmu ketuhanan untuk mencapai tahap naluri yang berhubung terus dengan tuhan. Bagi mereka yang mahir ilmu ini seperti para nabi dan wali Allah, iainya menjadikan mereka mempunyai naluri melampau kerana ianya bukanlah suatu naluri yang dibuat-buat ataupun hanya sekadar rasa-rasa. Ianya adalah sebuah 'rasa' yang terwujud akibat langsung hubungannya dengan Maha Pencipta.

Asas ibu segala ilmu

Berapa hari lepas aku ada berjumpa beberapa orang sahabat. Kami banyak berkongsi cerita mengenai ilmu mistik dan kerohanian. Banyak rupanya perguruan kebatinan yang wujud di Malaysia pada hari ini. Semuanya menawarkan ilmu yang hebat-hebat belaka. Banyak persoalan yang timbul apabila terlalu banyak jenis-jenis kebatinan yang berbeza, banyak teknik serta cara amalannya, sampaikan masyarakat melayu ada yang melarang anaknya untuk belajar silat kerana takut terjerat dengan ilmu kebatinan yang melibatkan pendamping.

Pertama sekali, apakah kita sudah faham apa itu kebatinan? Jika kita cakap sudah belajar ilmu batin, maka batin itu apa? Batin itu maksudnya adalah 'ghaib'. Maka jika sudah belajar ilmu batin ertinya kita sudah belajar ilmu ghaib. Ghaib disini maknanya tidak nampak. Oleh itu jika sekiranya kita cakap belajar ilmu batin, maka batin yang mana kita belajar? Nafas itu batin, dan roh itu juga batin.

Maka keluarlah cerita bahawa ilmu ghaib itu datangnya tidak lain dari tuhanlah juga. Ilmu yang hadir itu semuanya baik-baik belaka, menurut mereka. Kerana telah mereka kata asalnya hadir yang 'ghaib' itu dari tuhan, hendaklah belajar ilmu tuhan itu dululah. Ilmu tuhan itu adalah dengan mengenal tuhan (makrifatullah). Apabila sudah kenal, barulah kenal akan ilmuNya. Adalah tidak adil apabila kita belajar ilmuNya tanpa mengenal pemilik ilmu itu.

Sepertimana apabila kita belajar ilmu persilatan, yang sebenarnya asas dalam silat itu adalah langkah, seterusnya barulah pukul dll. Dalam ilmu matematik, campur, tolak, darab dan bahagi adalah asasnya. Dalam ilmu bacaan, huruf dan ejaan sebutan adalah asasnya. Dari situ kita dapat tahu bahawa segala ilmu yang terwujud di dunia ini ada mempunyai asasnya. Asas itulah ibunya segala ilmu, dengan memiliki asas yang kukuh ibarat lantai tapak yang tidak tergugat apabila tiangnya dipasak kelak, tidak roboh dinding dan bumbungnya nanti.

Cinta apa adanya

Kesekian kalinya aku bercerita mengenai cinta. Cinta yang akan aku nukilkan adalah merupakan kepuasan kepada segalanya. Tiada lagi apa pun didunia ini yang mampu menandingi kuasa sebuah cinta. Kerana cinta yang sesungguhnya membawa kepada sejahtera.

Kita seringkali salah faham dengan perasaan kita sendiri. Yang disangkakan cinta tapi sebenarnya ia adalah nafsu semata-mata. Kata orang "cinta itu buta". Ianya salah sama sekali. Cinta bukannya buta, cuma ia telah dibutakan matanya, oleh nafsu.

Nafsu yang membutakan cinta ialah apabila kita tidak mampu menerima apa yang kita cintai itu seadanya. Kita cuba merubah ia mengikut selera kehendak diri. Mana mungkin pipit menjadi kasturi, dan mana mungkin bulan mengejar matahari. Begitulah perumpamaannya sebuah cinta yang asli dan cinta dibutakan oleh nafsu.

Cinta itu apa adanya. Jika yang dicintai itu sebegitu maka begitulah dia. Mengapa ingin diubah-ubah lagi. Jiwa yang penuh rasa cinta akan berubah sendirinya mengikut pencintanya. Ianya berubah sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa. Kerana cinta itu adalah 'rasa', rasa yang wujud didalam jiwa yang terdalam. Cinta juga tidak memaksa. Jika ia memaksa anda untuk berubah maka ianya bukanlah sebuah cinta, ianya tidak lain hanyalah pendustaan.

Rasa cinta yang sebenarnya tidaklah boleh dibuat-buat. Rasa cinta juga tidak boleh dipaksa-paksa. Ia wujud dengan sendirinya. Dengan cara merelakan jiwa. Menerima apa adanya. Berserah secara total, iaitu berserah diri secara bulat-bulat kepada cinta itu. Itu sebabnya orang yang dilamun cinta selalu ngelamun dan angau, jiwa mereka dibawa melayang oleh 'rasa' cinta itu sendiri. Tiada paksaan dan kawalan terhadap cinta. Cinta apa adanya.

Aku merasa puas!

Antara keseronokan dan kepuasan, anda pilih yang mana? Rata-rata manusia hari ini menjadi keliru dengan diri mereka sendiri. Mereka menyangkakan apa yang mereka rasai itu adalah suatu kepuasan sedangkan ia sebenarnya ialah sebuah kelegaan. Maka oleh sebab itulah manusia hari ini memilih dunia hiburan, berkhayal dengan penyalahgunaan dadah, seks bebas dll.

Apa bezanya seronok, lega dan puas? Keseronokan ialah rasa gembira yang dialami pada waktu tertentu dan ianya tidaklah berkekalan lama. Hanya diwaktu tertentu dan dalam keadaan tertentu. Manakala kelegaan pula terjadi sewaktu terdapat bebanan dalam diri, samada bebanan kerja atau tugas yang terbeban dapat diselesaikan lalu dialirkan keluar bebanan itu. Menyebabkan penanggung beban itu merasa lega. Kedua-dua keadaan itu maseh lagi bukan disebut sebagai suatu kepuasan. Yang dikatan sebagai kepuasan ialah apabila kita menikmati setiap saat, setiap keadaan, setiap momen kehadiran diri kita didalam dunia ini, maka ketika itu barulah kita akan merasa puas. Seperti mana kita menggeliat dipagi hari, rasa itu teramatlah puas untuk dinikmati.

Kalangan manusia hari ini lupa untuk menikmati setiap detik kesedaran diri mereka sendiri. Kita lupa untuk hadirkan kesedaran dalam diri supaya menikmati setiap ketika diri kita menghirup nafas, menikmati tiupan angin, hujan yang turun, serta segalanya.

Seperti tukang jahit yang mendapat tempahan menjahit, melakukan tugasnya dengan tekun sambil menikmati setiap detik tugasnya menjahit pakaian. Sehingga apabila ianya sudah siap, lalu dia sepastinya akan merasa puas melihat hasil kerjanya yang sudah siap dan terlihat cantik pada perasaannya.

Begitulah yang dikatan puas. Menghirup secangkir kopi yang lazat dengan cara menikmati hirupan air itu, membuatkan kita merasa puas sehingga tidak terkata. Aaaaahhhhhh! Hanya itu sahaja yang mampu terungkap ketika kita berasa puas. Kerana perasaan itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata lagi.

Maka untuk mencapai kepuasan tiada jalan lain melainkan anda perlu merasainya dengan sendiri. Caranya ialah dengan menikmati setiap saat, setiap keadaan, iaitu masa sekarang dengan kesedaran yang penuh. Fokuskan pada titik tengah diantara dua kening dengan merasakan titik tersebut. Ia berputar melawan arah jam dengan begitu pantas sehingga tidak terlihat putarannya. Dengan begitu maka kosonglah fikiran.

Mau apa lagi jika fikiran sudah kosong? Biarkan saja sang pencipta yang mengisi kekosongan itu. Tugas kita menikmati sahaja. Apa kita sudah cukup angkuh untuk mengaku mampu mengatur langkah tanpa izin Dia?

Kita dijajah kerana pengkhianat

Kita lihat pada tahun 1511, mengapa melaka dijajah portugis? Kita disuap dengan kisah bahawa pada ketika itu, melaka masih lagi menggunakan tombak dan keris untuk melawan portugis. Sedangkan waktu itu dikatakan portugis sudah menggunakan meriam dan senapang. Aku kurang rujukan tapi aku ada logik. Betulkah seperti apa yang disuap?

Menurut aku, melaka kalah kepada portugis adalah disebabkan ada pengkhianat dikalangan pembesar dan orang melaka. Mereka diumpan jawatan dan kekayaan oleh portugis supaya membelot kepada melaka. Adalah pelik jika melihatkan sebuah pusat dagangan terbesar suatu masa dahulu hanya menggunakan tombak dan keris sebagai pertahanan terkuat? Apa pedagang dulu yang datang ke melaka cuma bawak pedang kayu ka?

Melaka dahulu sebuah kerajaan yang sangat kuat. Ilmu kependekarannya diturunkan turun temurun dan tersangatlah ampuh. Seampuh-ampuh ilmu perang mereka, tetap juga mereka kalah dengan portugis. Inilah akibatnya apabila ada pengkhianat dikalangan mereka sendiri.

Begitu juga dalam jabatan pekerjaan, amalan rasuah adalah punca pengkhianatan berlaku. Mereka sanggup membocorkan rahsia selok belok pekerjaan kepada penjenayah supaya mereka mendapat habuan sampah yang membutakan perut. Biarlah generasi akan datang jahanam sekalipun asalkan perut mereka terisi membulat. Mereka tidak perlu pandang kedepan lagi, cukuplah sekadar hari ini dan esok ada duit lebih untuk enjoy dan orang pandang mereka berduit.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di negara china suatu masa dahulu. Tembok besar china yang gah mengepung sempadan, dengan mudah ditawan musuh. Tak perlu bersusah payah, cukuplah bagi duit makan kepada pengawal tembok supaya melepaskan askar musuh melepasi tembok besar. Beri mereka candu untuk berkhayal, dan biarkan mereka bersuka ria dengan perempuan cantik. Sikit masa lagi tembok besar sudah ditawan.

Jika dalam beberapa puluh tahun ini pun sudah ada yang mengubah sejarah mengatakan bahawa komunis adalah pejuang negara, hangpa percaya ka sejarah dulu kala tak pernah diubah langsung? Manuskrip dan penulisan lama? Hang pun tak hidup lagi pada zaman tu.