Mensucikan Tuhan

 Kita seringkali menjadi sangsi memikirkan apakah tuhan itu perlu disucikan? Bukankah tuhan itu sudah semestinya suatu kuasa yang maha esa yang sememangnya suci? Maka dari situ muncullah pelbagai persepsi bahawa kita perlu melakukan sekian-sekian amalan supaya dapat mensucikan tuhan itu.

Saya juga tidak terkecuali dalam kalangan yang mencari makna, dimanakah sebenarnya maksud tuhan dalam mensucikannya? Maka saya sendiri telah mencari guru dan telah berguru dengan musyid. Maka setelah melalui proses pembelajaran, huraian serta kefahaman maka fahamlah saya letaknya kesucian tuhan itu.

Kita telah sedia maklum bahawa tuhan itu sememangnya esa. Dan kita juga sudah sedia maklum bahawa tuhan itu juga maha suci. Oleh itu persoalannya sekarang ini adalah bagaimana untuk memelihara kesucian tuhan itu? Bukannya kita perlu sibuk merasa perlunya menyucikan tuhan. Jika itu dilakukan maka bahawasanya tuhan itu masih belum esa kerana memerlukan kita sebagai makhluk untuk mensucikannya.

Maka oleh itu, dalam muzakarah saya bersama mursyid, saya telah diberitahu bahawa sebenar-benarnya mensucikan tuhan adalah dengan tidak menduakannya didalam hati. Itulah permulaan mensucikan tuhan yang wajib diambil berat. Seterusnya barulah diluaran dimana perkara yang boleh menduakannya wajib ditolak.

Dari situ barulah kita dapat benar-benar mensucikan tuhan itu dengan keesaannya yang maha esa. Bukan dibuat-buat lagi. Sebab ia telah bermula dari dalam hati. Hanya dengan menyebut sahaja ia tidak akan jadi. Ia perlu diisbatkan didalam hati "tiada yang nyata melainkan Dia!"

Sejahteralah wahai sahabat~


No comments:

Post a Comment