Bebaskan hamba sahayamu

 Hamba sahaya yang telah lama kita kurung didalam diri kita seharusnya kini ia patut dibebaskan. Hamba sahaya yang saya maksudkan disini adalah 'nafsu' yang ada pada diri manusia. 

Nafsu ini pada sejarahnya adalah makhluk yang sangat degil sehingga tidak mahu mengaku kekuasaan tuhan. Sehingga ia merasakan ia berkuasa melakukan segala kerja sendirian tanpa kuasa daripada tuhan. Sehingga ia direjam kedalam api yang paling panasa sekalipun ia tetap masih berdegil. Sehinggalah ia tidak diberi 'makan' dan 'minum' (berpuasa) maka akhirnya ia tunduk dengan kekuasaan tuhan. Ia mula mengakui yang berkuasa itu hanyalah tuhan. Jadi dari situ nafsu itu menjadi 'muthmainnah'. Ia mula menaik tingkatan sehingga akhirnya menuju kepada 'kamiliah'. 

Manusia itu, akibat daripada nafsu yang bersifat degil itu sehingga manusia menyangkakan bahawa mereka mampu melakukan semahunya tanpa perlu campurtangan tuhan dalam urusan mereka. Kerana mereka menyangka bahawa tuhan telah memberi mereka pinjam kuasa dari Nya. Perkara itu membuatkan manusia memilih menjadi pemilik mutlak kepada diri mereka sendiri. Sedangkan pada hakikatnya tiada walau sehelai rambutpun yang ada pada tubuh mereka itu kepunyaan mereka. Ketika mereka meninggal, tubuh mereka akan ditanam, roh mereka akan dicabut. Maka dimana yang dikatakan milik mereka?

Sesungguhnya mereka menjadi lupa akibat daripada perbuatan mereka sendiri. Mereka memegang erat akan nafsu itu. Mereka tidak membebaskannya dengan cara mengakui bahawa 'yang nyata hanyalah Dia'. "Tidak akan bergerak walau satu zarahpun tanpa dengan izin Dia". Maka bergeraknya tubuh badan serta pemikiran dan perasaan kita ini dengan sewenangnya adalah dengan izin Dia.

Maka perlulah diakui bahawa nyatanya Dia menyifatkan sifatnya. Barulah bebas nafsu itu daripada dibelenggu dengan ideologi bahawa dia bergerak membantu tuhan. Barulah ia bebas daripafa  dibelenggu dengan andaiannya sendiri. Ia sedar bahawasanya ia tidak mampu melakukan apa-apa. Sehingga akhirnya ia menjadi terpuji kerana mampu membebaskan dirinya dengan cara meng Esa kan Allah.

Mensucikan Tuhan

 Kita seringkali menjadi sangsi memikirkan apakah tuhan itu perlu disucikan? Bukankah tuhan itu sudah semestinya suatu kuasa yang maha esa yang sememangnya suci? Maka dari situ muncullah pelbagai persepsi bahawa kita perlu melakukan sekian-sekian amalan supaya dapat mensucikan tuhan itu.

Saya juga tidak terkecuali dalam kalangan yang mencari makna, dimanakah sebenarnya maksud tuhan dalam mensucikannya? Maka saya sendiri telah mencari guru dan telah berguru dengan musyid. Maka setelah melalui proses pembelajaran, huraian serta kefahaman maka fahamlah saya letaknya kesucian tuhan itu.

Kita telah sedia maklum bahawa tuhan itu sememangnya esa. Dan kita juga sudah sedia maklum bahawa tuhan itu juga maha suci. Oleh itu persoalannya sekarang ini adalah bagaimana untuk memelihara kesucian tuhan itu? Bukannya kita perlu sibuk merasa perlunya menyucikan tuhan. Jika itu dilakukan maka bahawasanya tuhan itu masih belum esa kerana memerlukan kita sebagai makhluk untuk mensucikannya.

Maka oleh itu, dalam muzakarah saya bersama mursyid, saya telah diberitahu bahawa sebenar-benarnya mensucikan tuhan adalah dengan tidak menduakannya didalam hati. Itulah permulaan mensucikan tuhan yang wajib diambil berat. Seterusnya barulah diluaran dimana perkara yang boleh menduakannya wajib ditolak.

Dari situ barulah kita dapat benar-benar mensucikan tuhan itu dengan keesaannya yang maha esa. Bukan dibuat-buat lagi. Sebab ia telah bermula dari dalam hati. Hanya dengan menyebut sahaja ia tidak akan jadi. Ia perlu diisbatkan didalam hati "tiada yang nyata melainkan Dia!"

Sejahteralah wahai sahabat~