Hang mai mana? Lu mana mari?
Kebanyakkan kita yang ada pada hari ini tidak diceritakan dengan sejarah yang sebenar. Kebanyakkannya adalah cerita rekaan yang mengikut selera sendiri. Sehinggakan ramai 'jemaah' yang ada pada hari ini semakin menyimpang dari tujuan asal dan terumbang ambing tanpa tujuan yang jelas. Mereka sepertinya dibuai dengan cerita-cerita khayalan.
Dalam 'jemaah' melayu khususnya, kebanyakan mereka akan mengatakan bahawa sejarah asal perjuangan melayu nusantara adalah bermula semasa peristiwa "13 mei 1969". Itulah cerita yang selalu dibanggakan sehingga ada dikalangan mereka mengeluarkan amaran "jangan sampai peristiwa 13 mei berulang". Ia sama sekali merupakan sejarah yang silap. 13 mei bukanlah sejarah perjuangan melayu nusantara melainkan ia merupakan sejarah keruntuhan nilai perpaduan berbilang kaum di Malaysia.
Jika menurut penulisan Tun Mahathir dalam bukunya "malay dilema", beliau mengatakan bahwa jurang perbezaan yang besar dari segi ekonomi, pekerjaan serta penempatan diantara 3 kaum majoriti iaitu melayu, cina dan india menyebabkan punca berlakunya peristiwa hitam tersebut. Namun pada pendapat saya pula, peristiwa seperti itu berlaku akibat keruntuhan nilai moral dikalangan rakyat malaysia itu sendiri.
Sebagai contohnya, kita sering memberi gelaran-gelaran tertentu kepada sesuatu bangsa sehinggakan gelaran tersebut menjadi 'dendam' yang dipendam yang akan mula meletus apabila terjadi sesuatu keadaan atau fenomena. Seperti juga bangsa-bangsa lain pun sama mempunyai gelaran tertentu kepada bangsa yang lain. Perkara ini lama kelamaan akan menyebabkan tercetusnya perbalahan yang serius jika tidak dibendung.
Sejarah asal perjuangan melayu nusantara adalah bermula pada tahun 1821 iaitu melalui peristiwa "perang musuh bisik" yang berlaku di kedah. Ketika itu sultan kedah diserang oleh tentera siam kerana tidak mahu memberi bantuan makanan kepada raja siam. Maka prajurit siam membuat serangan keatas sultan kedah. Rentetan dari peristiwa itu maka bergabunglah melayu dari setiap pelosok nusantara membantu sultan kedah melawan siam. Dari situlah bermulanya 'perjanjian' pertama dikalangan melayu yang sampai ke hari ini mereka menggelar diri sebagai 'ahli jemaah'.
Sejarah asal 'jemaah berbilang bangsa' juga telah diselewengkan. Saya yakin bahwa mereka tidak tahu dan hanya mereka-reka cerita. Ini kerana ada yang mengatakan asalnya mereka ini hasil daripada rentetan kepada peristiwa '13 mei' dimana telah termetrai satu perjanjian diantara ketua suku kepada 3 bangsa bahwa mereka selepas ini akan duduk dibawah satu payung dan dan melayu sebagai 'abang'.
Ini juga merupakan sejarah yang meleset. Sejarah asalnya jemaah berbilang bangsa di tanah melayu adalah pada tahun 1861 iaitu berlakunya "perang larut" di daerah larut, perak. Pada peristiwa tersebut berlaku perbalahan diantara dua kumpulan imigran dari china yang mengetuai lombong bijih merebut kawasan perlombongan. Oleh kerana pada waktu yang sama telah berlaku perebutan takhta diantara kerabat perak, maka terdapat juga melayu yang berpihak kepada kedua-dua kumpulan imigran dari china tersebut. Maka daripada sejarah itulah bermulanya jemaah berbilang bangsa di tanah melayu.
Maka segala dakwaan bahwa jemaah berbilang bangsa itu berlaku semasa era rashid maidin dan chin peng juga adalah tidak benar sama sekali. Era komunis adalah merupakan era dimana kumpulan melayu yang bergerak secara gerila bergabung dengan chin peng bagi mendapatkan bekalan senjatapi serta memperkuatkan lagi ketenteraan mereka. Misi mereka jelas mahukan sebuah negara republik sebagaimana yang berlaku di indonesia.
Kesemua sejarah yang saya kongsikan tersebut berlaku dengan adanya pengkhianatan dikalangan 'orang dalam' sendiri. Semuanya berpunca daripada akibat perebutan kuasa.
Perjuangan melayu : Di mana silapnya?
Selama lebih kurang satu dekad yang lalu, saya sebagai seorang melayu acapkali didendangkan dengan slogan "melayu bangkit". Ia memandangkan pada sekitar tahun 2006 ataupun 2007, 2008 (tarikhnya saya lupa) telah berlaku pertempuran agak besar antara kaum melayu dan india di sekitar kawasan johor. Jika saya tidak silap, berita yang tular pada waktu itu adalah apabila seorang wanita melayu telah dirogol oleh seorang lelaki india dihadapan suaminya sendiri dan berita itu mencetuskan kemarahan orang melayu.
Memandangkan pada waktu itu tidak ada rangkaian sosial seperti fb, wassap serta twitter seperti pada masa kini maka untuk mendapatkan maklumat secara perinci dan depat itu adalah agak sukar. Maka saya secara peribadi hanya mengharapkan berita di media televisyen dan akhbar untuk berita lanjut. Dikatakan pada waktu itu agak kecoh pada waktu malam apabila ramai kaum india yang berkumpul ditepi-tepi jalan di sekitar kawasan johor bahru.
Susulan daripada kejadian itu maka berduyun-duyunlah anak-anak melayu yang direkrut untuk menyertai pertubuhan berbaiah dengan alasan "bersatu" dan hasilnya dapat kita lihat melalui percambahan pelbagai jenis pertubuhan melayu yang telah wujud pada hari ini. Kebanyakan mereka yang ada pada hari ini merupakan mereka yang terwujud daripada sejak zaman persekolahan lagi. Selain daripada terpengaruh dari rakan sebaya, pengaruh-pengaruh filem dari hong kong, jepun dan amerika telah memberi impak yang sangat besar.
Maka budak-budak sekolah yang pada waktu itu masih dalam era pembelajaran telah dibasuh otak mereka supaya mempercayai bahawa melayu itu perlu "bersatu". Ia dikuatkan lagi dengan alamat-alamat yang diperolehi oleh sesetengah guru-guru silat kebatinan bahwa akan berlaku sekali lagi peristiwa '13 mei'. Maka semakin bersemangatlah budak-budak sekolah semuanya. Menjadi pejuang merupakan perbuatan 'suci' pada mereka.
Namun apa yang terjadi setelah melalui upacara berbaiah dan menyertai pertubuhan adalah sebaliknya. Mereka budak-budak sekolah dibasuh otak mereka supaya membenci kaum india dan cina. Mereka menjadi 'pro melayu'. 'Abang-abang' mereka mengajarkan cara nak 'pow' kaum-kaum lain selain diajak bergaduh dan melakukan rusuhan. Hasilnya dapat kita lihat melalui beberapa siri kekecohan yang ditimbulkan semasa perhimpunan "baju merah" serta peristiwa serangan di kuil sri maharyaman yang mengakibatkan seorang anggota bomba, Muhammad Adib telah terkorban.
Mereka itu semua adalah hasil daripada doktrin asuhan pemikiran zaman dahulu yang mengajak kepada perkara yang salah. Membenci kaum-kaum lain bukanlah apa yang sepatutnya ada pada diri seorang pejuang. Lebih para lagi apabila mereka mengatakan perjuangan merek itu asalnya daripada baginda Rasulullah s.a.w. dan bahwa nabi merahmati perjuangan mereka. Disitulah bermulanya keparahan yang wujud pada pertubuhan berbaiah melayu apabila mereka menjadikan nabi sebagai 'kambing hitam' untuk menghalalkan perjuangan mereka.
Ayahanda-ayahanda yang ada pada hari ini juga terlalu sibuk merekrut ahli-ahli baru demi menampung kehidupan mewah mereka sehari-harian. Selain daripada menjalani hidup ala-ala gangster, mereka (ayahanda) juga telah 'mengepung' anak-anak baiah mereka kerana mereka khuatir suatu hari nanti anak baiah mereka mengetahui kebenaran bahwa perjuangan yang sebenarnya bukanlah sepertimana yang telah dismpaikan oleh ayahanda-ayahanda mereka itu. Maka hari ini dapatlah kita lihat beberapa ayahanda-ayahanda yang memiliki 'nama besar' pada suatu ketika dahulu sudah mula keluar menampilkan personaliti beragama. Memaparkan kisah-kisah ke masjid dan melakukan aktiviti keagamaan.
Mereka mulai sedar bahwa perjuangan yang sebenarnya adalah membawa perubahan. Jika perubahan yang berlaku keatas orang perjuangan itu mengarah kepada keburukan maka ia bermakna perjuangan yang mereka bawa selama ini ialah keburukan. Sedangkan perjuangan yang sebenarnya dibawa baginda Rasulullah adalah kearah kebaikan. Itu sebabnya baginda tidak pernah "mengepung" para ahli jemaah serta sahabatnya kerna apa yang telah disampaikan baginda amat lengkap. Hari ini para ada pula para ayahanda yang cuba cuba 'mengikat' anak baiah mereka melalui jalan agama pula. Bahawa tanpa cara ini maka anak baiah akan jauh dari tuhan. Apa yang mereka tidak sampaikan adalah firman Allah "jika mereka bertanyakan tentangku maka katakanlah kepada mereka bahawa aku dekat". Kenapa tidak sampaikan seperti itu? Sebab mereka-mereka takut sudah tiada 'modal' nantinya untuk mengikat anak-anak baiah mereka untuk berdamping bersama mereka.
Nabi salalllahu alaihi wassalam mengajarkan supaya umatnya menjadi jujur (benar), amanah, menyampaikan (berpesan-pesan) serta bijaksana. Maka dengan ajaran seperti itu baginda percaya bahwa kaumnya tiadalah kurang sedikitpun ajarnya kerana mereka berpegang teguh kepada empat sifat itu. Memanglah itu sifat nabi namun sifat itulah nabi bawa untuk umat islam seisi alam supaya kita memiliki sifat seorang islam. Sifat empat itu adalah cerminan muhammad. Maka membiaklah islam itu tanpa perlu 'dikepung-kepung' oleh baginda kerana baginda tahu sifat itu adalah mulia. Biar dikalangan orang islam atau bukan islam pada waktu itu. Bukankah dalam al-quran telah nyata bahawa "kamu islam itu bersaudara"? Apakah kalam-kalam daripada ayahanda-ayahanda bahawa saudara kamu itu adalah dikalangan ahli baiah kamu sahaja akan digunapakai? Apakah tuhan telah menipu?
Subscribe to:
Posts (Atom)