Hang mai mana? Lu mana mari?
Kebanyakkan kita yang ada pada hari ini tidak diceritakan dengan sejarah yang sebenar. Kebanyakkannya adalah cerita rekaan yang mengikut selera sendiri. Sehinggakan ramai 'jemaah' yang ada pada hari ini semakin menyimpang dari tujuan asal dan terumbang ambing tanpa tujuan yang jelas. Mereka sepertinya dibuai dengan cerita-cerita khayalan.
Dalam 'jemaah' melayu khususnya, kebanyakan mereka akan mengatakan bahawa sejarah asal perjuangan melayu nusantara adalah bermula semasa peristiwa "13 mei 1969". Itulah cerita yang selalu dibanggakan sehingga ada dikalangan mereka mengeluarkan amaran "jangan sampai peristiwa 13 mei berulang". Ia sama sekali merupakan sejarah yang silap. 13 mei bukanlah sejarah perjuangan melayu nusantara melainkan ia merupakan sejarah keruntuhan nilai perpaduan berbilang kaum di Malaysia.
Jika menurut penulisan Tun Mahathir dalam bukunya "malay dilema", beliau mengatakan bahwa jurang perbezaan yang besar dari segi ekonomi, pekerjaan serta penempatan diantara 3 kaum majoriti iaitu melayu, cina dan india menyebabkan punca berlakunya peristiwa hitam tersebut. Namun pada pendapat saya pula, peristiwa seperti itu berlaku akibat keruntuhan nilai moral dikalangan rakyat malaysia itu sendiri.
Sebagai contohnya, kita sering memberi gelaran-gelaran tertentu kepada sesuatu bangsa sehinggakan gelaran tersebut menjadi 'dendam' yang dipendam yang akan mula meletus apabila terjadi sesuatu keadaan atau fenomena. Seperti juga bangsa-bangsa lain pun sama mempunyai gelaran tertentu kepada bangsa yang lain. Perkara ini lama kelamaan akan menyebabkan tercetusnya perbalahan yang serius jika tidak dibendung.
Sejarah asal perjuangan melayu nusantara adalah bermula pada tahun 1821 iaitu melalui peristiwa "perang musuh bisik" yang berlaku di kedah. Ketika itu sultan kedah diserang oleh tentera siam kerana tidak mahu memberi bantuan makanan kepada raja siam. Maka prajurit siam membuat serangan keatas sultan kedah. Rentetan dari peristiwa itu maka bergabunglah melayu dari setiap pelosok nusantara membantu sultan kedah melawan siam. Dari situlah bermulanya 'perjanjian' pertama dikalangan melayu yang sampai ke hari ini mereka menggelar diri sebagai 'ahli jemaah'.
Sejarah asal 'jemaah berbilang bangsa' juga telah diselewengkan. Saya yakin bahwa mereka tidak tahu dan hanya mereka-reka cerita. Ini kerana ada yang mengatakan asalnya mereka ini hasil daripada rentetan kepada peristiwa '13 mei' dimana telah termetrai satu perjanjian diantara ketua suku kepada 3 bangsa bahwa mereka selepas ini akan duduk dibawah satu payung dan dan melayu sebagai 'abang'.
Ini juga merupakan sejarah yang meleset. Sejarah asalnya jemaah berbilang bangsa di tanah melayu adalah pada tahun 1861 iaitu berlakunya "perang larut" di daerah larut, perak. Pada peristiwa tersebut berlaku perbalahan diantara dua kumpulan imigran dari china yang mengetuai lombong bijih merebut kawasan perlombongan. Oleh kerana pada waktu yang sama telah berlaku perebutan takhta diantara kerabat perak, maka terdapat juga melayu yang berpihak kepada kedua-dua kumpulan imigran dari china tersebut. Maka daripada sejarah itulah bermulanya jemaah berbilang bangsa di tanah melayu.
Maka segala dakwaan bahwa jemaah berbilang bangsa itu berlaku semasa era rashid maidin dan chin peng juga adalah tidak benar sama sekali. Era komunis adalah merupakan era dimana kumpulan melayu yang bergerak secara gerila bergabung dengan chin peng bagi mendapatkan bekalan senjatapi serta memperkuatkan lagi ketenteraan mereka. Misi mereka jelas mahukan sebuah negara republik sebagaimana yang berlaku di indonesia.
Kesemua sejarah yang saya kongsikan tersebut berlaku dengan adanya pengkhianatan dikalangan 'orang dalam' sendiri. Semuanya berpunca daripada akibat perebutan kuasa.
No comments:
Post a Comment