Melayu malas

Ungkapan yang sangat popular yang keluar daripada mulut mantan perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Rata-rata orang melayu khususnya begitu tertampar setiap kali mendengarkan ungkapan "melayu malas" yang dilontarkan oleh Tun M. Hahahahhaaa......pada aku lain pulak. Sebab aku fahamkan sesuatu yang lain.

Walaupun Tun M ada mengatakan akibat malasnya melayu ini maka tempat kosong di sektor kerja 3d (kerja berat) telah diisi oleh golongan pekerja asing. Lantas kenyataan itu dtempelak oleh sebilangan rakyat melayu Malaysia bahawa mereka sebenarnya telah melakukan 2 ke 3 pekerjaan dalam satu-satu masa bagi menampung kehidupan seharian.

Pada aku malas merupakan tunjang kepada majunya sesebuah negara. Dengan adanya 'malas' maka terciptanya gajet dan aplikasi 'whatsapp'. Inovasi yang tercipta berpunca daripada malasnya kita untuk ke rumah teman, rakan-rakan untuk memanggil dan mengajak mereka keluar bermain contohnya.

Selain itu, akibat 'malas' maka terciptanya alat kawalan jauh bagi televisyen berpunca daripada sikap kita yang gemar mengubah siaran menggunakan jari kaki (sebab kaki lagi pajang dan tak perlu bangun) serta kita akan memangsakan adik kita untuk ubah siaran tv (sebab adik tu lebih muda, aku kan abang!)

Selain itu terdapat pelbagai lagi inovasi yang tercipta akibat daripada 'malas' itu sendiri.

Namun yang menjadi kegusaran bagi aku bukanlah 'malas' itu, melainkan sifat 'PEMALAS'. Itu sebabnya aku tidak 'triggered' apabila Tun M kata melayu malas. Tak salah bagi aku untuk malas. Namun pemalas itu tidak sepatutnya ada.

Sebab pemalas ini akan mengakibatkan kita tidak mampu memicit butang pada 'remote control tv', tak mampu berbuat apa-apa sekalipun. Hanya mampu terbaring saja. Sedangkan tubuh badannya sehat montel. Itulah penyakit yang paling merbahaya.

Jika malas itu tidak apa-apa. Suatu masa akan ada inovasi untuk memudahkan cara. Tapi apabila inivasi itu sudah tercipta, masih lagi tidak mampu berbuat apa-apa, itu PEMALAS namanya!