Setelah sekian lama aku menghilang dari dunia blogger, kini aku mulai kembali. Pelbagai cerita dan suasana aku lalui demi membawa diri ke alam diri sendiri. Aku nak ucapkan terima kaseh kepada hangpa semua sebab support aku selama ini. Akan aku kongsikan sedikit sebanyak pengalaman aku semasa dalam perjalanan hidup pada tahun lepas.
Aku baru tahu bermula pada awal tahun lepas, yang sebenarnya tempat untuk berserah itu adalah di hati. Ya, tiada lain dan disitulah tempatnya untuk aku mengingati akan tuhanku. Walau kerap aku melakukan meditasi merenung diri, ujian tetap akan menjengah. Kesabaranku kadang kala tidak setebal konkrit. Terkadang aku terhijab dengan situasi dan suasana. Namun lama setelah itu, aku belajar bahawa sabar itu separuh daripada iman. Bermaksud, aku mengaku aku percaya benar akan tuhan itu namun jika sekiranya aku bersabar dalam setiap ujiannya maka sabar itu adalah pembuktian mendalamnya kepercayaanku kepada tuhanku.
Lalu aku melatih diriku, nafasku.....gerak dan diamku aku tenung jauh kedalam hati. Dengan cara bersyukur dengan setiap tarikan dan hembusan nafas. Aku bermula dengan yang terpaling hampir dengan diriku. Iaitu nafasku.....dengan perlahan aku mula mensyukuri diriku sendiri. Apa yang aku ada hari ini menjadi kecumburuan pada orang yang tidak memilikinya. Menjadi kebencian kepada yang iri hati. Lalu apa yang aku mampu lakukan? Hanya bersyukur sajalah kepada tuhanku. Aku melihat sekelilingku, aku punya seorang isteri dan dua anak perempuan. Mereka setia bersamaku, mereka kasih dan sayang pada aku, lalu mengapa itu tidak menjadi sebab untuk aku tidak bersyukur pada tuhanku? Bukankah itu suatu nikmat yang di idamkan pada yang bujang, menjadi keinginan pada yang mahukan anak?
Bersyukur...
Bersyukur...
Bersyukur...
Bersyukur...
Bersyukur...
Bersyukur...
Bersyukur...
Tuhan kata "kalau hang bersyukur akan aku tambahkan lagi nikmatku." Aku percayakan Dia. Namun setiap nikmat itu akan melalui proses ujian. Nikmat yang datang itu boleh jadi ujian pada diriku. Ujian musibah juga merupakan ujian padaku. Aku ingat Dia dalam setiap detak jatungku, dalam setiap nafas "semoga Engkau memberiku petunjuk." Maka aku ikutkan saja pesan hatiku, sebuah hati yang percaya akan tuhannya, mengapa tidak aku percaya kepadanya? Bukankah hati itu sendiri percaya akan tuhannya?
Sabar.....
Aku bersabar lantas aku sedar, bahawa dunia ini sememangnya tempat ujian bagi orang beriman. Bagi manusia seluruhnya juga adalah ujian, namun depa tak tau. Bagi kita yang tau ni, sepatutnya kita lebih sedar akan perkara ini. Namun aku lalai, rupanya kelalaian itu juga merupakan satu ujian.
Sehingga waktu ini 3:56 Am 13/02/2020, aku masih lagi dalam proses belajar. Ilmu Allah itu meluas, jika kita bersungguh-sungguh maka kita akan dapat menguasainya.
InsyaAllah.
Sejahterlah wahai sahabat~