Ambition.Etiquette.Spiritual
Demi mencapai tujuan hidup yang memuaskan hati hendaklah kita memiliki tapak dasar yang kukuh supaya kelak apabila kita ingin memacakkan tiang dan bumbung tidak akan mengalami masalah senget dan tidak kukuh. Saya telah gariskan 3 perkara yang menjadi asas iaitu cita-cita, adab dan rohani. Amatlah penting sekali cita-cita pada diri seseorang kerana cita-cita dapat meletakkan pemikiran seseorang sentiasa fokus kepada apa yang mereka impikan.
Cita-cita boleh diertikan sebagai pencapaian kepuasan yang seseorang letakkan untuk dirinya sendiri yang menjadi impian dan khayalannya. Oleh itu, manusia yang bercita-cita adalah berpotensi untuk mencapai apa yang dicita-citakannya itu hanya setelah beliau berusaha kearah apa yang dicitakannya.
Untuk merealisasikan sesebuah cita-cita, mestilah juga memiliki adab. Adab ini boleh juga diertikan sebagai etika. Ia tidak menceritakan tentang sopan santun, duduk beradab dan sebagainya, sebaliknya adab ini lebih kepada tingkah laku kita semasa menjalankan sesuatu tugasan. Sesuatu kerja atau usaha amatlah mudah dicapai sekiranya kita menjaga adab/etika semasa menjalankan kerja tersebut. Kajian telah membuktikan bahawa sesuatu tugasan berjaya diselesaikan adalah dikeranakan adab seseorang ketika melakukan kerja. Usaha sepayah mana sekalipun jika sekiranya tidak punya etika maka amatlah payah untuk mencapainya.
Dan yang akhir sekali adalah rohani atau juga disebut sebagai spiritual. Rohani boleh juga dikaitkan dengan semangat diri. Dengan kekuatan rohani pada diri, insyaAllah setiap dugaan, cabaran akan dapat diatasi dengan baik. Kekuatan rohani akan membuatkan seseorang tidak mudah putus asa, mencapai semangat yang tinggi serta dapat menajamkan fokus terhadap satu-satu impian yang ingin dicapai. Kekuatan rohani boleh dicapai dengan melakukan meditasi secara rutin. Bagaimana caranya meditasi? Anda boleh rujuk artikel saya yang sebelum-sebelum ini. Walaupun kelihatan agak ringkas namun setiap pengisian yang terdapat dalam setiap artikel saya penuh malah padat dengan pemahaman serta maksud.
Kesimpulannya dengan 3 garis panduan yang telah saya tetapkan ini, semoga ia dapat membantu sahabat di luar sana untuk dijadikan pedoman supaya memudahkan gerak kerja yang mungkin, sedang atau akan anda lakukan. Saya juga menggunakan garis panduan ini. Saya jadikan ia sebagai pedoman hidup saya. Saya berkongsi dengan sahabat diluar sana. Ilmu ini bukan milik saya maka oleh itu saya kongsikan. Semoga bermanfaat.
Sejahteralah wahai sahabat~
No comments:
Post a Comment