Bersatu. Antara naratif dan kepercayaan melayu.

Sejak dari kecil aku telah diterapkan dengan doktrin bahawa melayu itu perlu bersatu. Katanya melayu hidup berpecah belah kerana dipecah perintah oleh kolonial British semasa era penjajahan suatu ketika dahulu.

Katanya lagi, melayu tak boleh tengok melayu lain berjaya, ada saja dengkinya. Melayu juga dikatakan suatu kaum yang malas dengan bertebaran pendatang asing yang mengisi kekosongan kerja di bumi bertuah ini.

Melayu juga katanya lagi, suatu kaum yang akan bersatu hanya apabila agamanya ditentang, maruahnya dicabar.

Melayu juga suka kenangkan kisah amuk semasa peristiwa mei 13 kononnya disitu melayu bersatu dan menjadi permulaan sejarah asal perjuangan fiisabilillah di tanah melayu.

Sebenarnya melayu suka menipu diri sendiri. Melayu sudah lama bersatu.

Cumanya orang melayu tak faham apa itu 'bersatu'.

Bersatu bukanlah sebuah parti politik. Bersatu membawa pengertian yang lebih sentimental dan halus.

Bersatu yang sebenarnya adalah menjadi satu.

Melayu sudah lama bersatu dibawah kalimah tauhid 'laa ilaha illallah'.

Itu saja sudah cukup sebenarnya untuk membawa melayu kepada pegangan yang kukuh supaya melayu hidup berkembang dan maju.

Dalam al-quran Allah telah berfirman "sesungguhnya muslim itu bersaudara". Jika sudah bersaudara maka apa lagi dalil yang perlu untuk membuatkan melayu itu bersatu?

Maka salah fahamnya terletak pada melayu yang meninggalkan kalimah tauhid 'laa ilaha illallah' sebagai pegangan keimanan mereka.

Melayu menjadikan jawatan, kuasa dan harta sebagai sumber keimanan mereka. Sedangkan apabila mereka terlantar diperbaringan menunggu sakral, tiadalah semua itu yang dapat menolong mereka kecuali Allah.

Oleh yang demikian, tiada istilah melayu bersatu atau melayu tidak bersatu jika melayu berpegang teguh dengan kalimah tauhid 'laa ilaha illallah'.

Yang menjadikan melayu itu tidak bersatu hanyalah keimanan mereka telah beralih kepada jawatan, kuasa dan pangkat. Mereka merasakan semua itu dapat menolong mereka dan jika tanpa semua itu mereka tiada daya upaya.

Sedangkan kalimah tauhid 'laa ilaha illallah' itu sudah membawa erti tiada daya dan upaya kecuali Allah Ta'ala yang Maha Berkuasa.

Dan salah faham terbesar orang melayu apabila melaungkan kalimah tauhid 'laa ilaha illallah' dalam mengajak melayu yang lain bersatu didalam kalimah tersebut.

Sedangkan kalimah tersebut bertujuan untuk penghayatan. Barulah menjadi ilmunya. Kerana penghayatan kata asalnya adalah hayati, dan hayati pula membawa erti 'hidup'.

Setakat dilaungkan saja, lebih pandai lagi burung tiong dan kakak tua.

Melayu Bersatu

Sejahteralah wahai sahabat~🌹