Surah Al-ikhlas

Dari dulu aku tertanya-tanya juga, dimanakah ikhlasnya didalam surah al-ikhlas? Sedangkan dalam surah tersebut tiada satu ayat pun yang menceritakan tentang ikhlas.

Aku sampaikan berkehendak untuk tahu juga dimana ikhlasnya pada surah itu.

Lama juga aku mencari, aku menelusuri sekian lama hanya untuk mencari ikhlasnya surah itu. Lalu akhirnya aku berjumpa.

Untuk menyatakan ikhlas, tidak perlu bersebab. Hanya perlu mengakui kebenaran. Tidak perlu menyatakan hasrat.

Seperti memberi sedekah. Kita bersaksi dan mengakui seseorang itu memang susah orangnya, maka kita memberi sedekah. Berapa pun jumlahnya itu terpulang.

Kerana ikhlas tidak terletak pada jumlahnya.

Ia terletak pada pengakuan diri kita.

Supaya selepas memberi tidak timbul syak pada hati kita pada orang yang kita beri.

Jika timbul syak wasangka, maka itu sudah dikira tidak ikhlas.