19119

Ini penulisan aku untuk tahun baru. Sekian lama aku tak menulis sebab aku alami sedikit kesulitan dalam menangani inner peace dan outer peace aku ni. Dengan assignment, tugasan kerja, anak-anak dan isteri kat rumah ni perlu juga diuruskan jiwa-jiwa depa ni. Jadi aku ambil jalan dengan cara selesaikan satu persatu masalah tu. Assignment tu macam biasa la aku buat sikit-sikit, agak-agak dah jem tu aku berenti sat, esok aku sambung lagi. kadang satu hari tu dua baris ja aku taip. kikikiki.....sorry yer group member, sebab tu la aku lambat buat kerja kumpulan.

Bab kerja macam manapun kena kerja la dan mesti cintakan kerja tu. Pepatah mat saleh ada kata "If you don't do what you love, then you must love what you do." Simple. Bab kerja ni dah macam-macam kerja aku dah buat, dan aku sedar mana ada kerja yang senang. Kerja mesti challenge barulah kita akan grow. Challenge bukan bermaksud pressure, sebab pressure takkan mendatangkan kerja yang berkualiti. Challenge yang membuatkan kita semakin hari semakin berkualiti. Buat sesuatu yang mencabar kepandaian kita. Biar kita bodoh hari ini dengan melakukan perkara yang mencabar diri kita daripada kita bodoh selamanya kerana takut mencuba.

Last sekali bab isteri dan anak-anak. Aku bawak depa pi bercuti. Setel. Isteri ni sungguh la kuat. Depa basuh, sidai, lipat kain, kemas rumah, jaga anak, jaga makan  minum kita yang lelaki ni, dan banyak lagi la depa buat. Apa salahnya sekali sekala tu bagi BONUS kat depa la. Bahagian zahir kena bagi, bahagian batin pun kena bagi juga la. Batin tu bukan bab malam jumaat ja, itu syok kat hang! Batin ni....jiwa la. Happy ka, sedih ka, kemurungan ka, semua tu kena amek tau. Jangan ingat nak sedap saja.

Jadi ni la aku share sikit sebanyak apa aku buat hujung tahun lepas sampai masuk tahun baru ni. Nak habaq kata yang aku ni pun tak terlepas dari sakit kemurungan. Cuma tak la kronik sangat macam orang lain yang sampai ada yang bunuh diri tu. Ianya normal. Sebab kita manusia ada batasnya. Kita ada limit. Sampai satu tahap ada masalah yang kita rasa sangat berat tak tertanggung. Ada situasi yang kita rasa kita tak mampu untuk atasinya. Cuma kita tak mampu lari dari masalah sebab dia macam bayang-bayang, bila kita berselindung dia akan hilang tapi bila kita keluaq balik bayang-bayang tu akan muncul semula. Cara nak setel dengan dia takdak cara lain iaitu dengan hadapi masalah tu. Biaq lambat asalkan kita progress. Dilakukan berterusan. "Titisan ayaq pada batu boleh buat batu tu berlekuk. Bukan sebab ayaq tu keraih tapi sebab dia tak berenti menitis."

Sejahteralah wahai sahabat~