Ulat celah batu pun boleh hidup

Baru-baru ni aku balik ke kampung halaman di aloq staq sebab ada kelas pjj di UUM sintok. Aku baru buat degree dalam komunikasi jadi kerap juga balik ke aloq staq.

Pada aku balik tu aku berjumpa dengan sorang sahabat aku ni, kami bincang, kritik dan fikir tentang kehidupan. Itu yang boleh keluaq cerita "ulat celah batu pun boleh hidup".

Pada kami, ramai yang telah salah tafsir mengenai perumpamaan tersebut. Depa ingat bila kita sebut perumpamaan itu bermaksud kita ini adalah golongan pemalas yang tak mahu usaha dan berkerja kerana depa anggap ibarat ulat di celah batu mampu makan apa saja untuk hidup.

Dari segi intelektual, perumpamaan ulat di celah batu itu menggambarkan, jika sudah hidupnya sebagai ulat maka cara makan dan kesesuaian diri juga mestilah seperti ulat. Jika digunapakai pada manusia, bermakna setiap individu ada memiliki cara hidup masing-masing.

Tak perlu kita nak pertikai apa kerja buat orang lain, mungkin mengikut keselesaan depa sangat selesa dengan cara depa meneruskan kehidupan. Jika diluaq negara kita boleh lihat, remaja lelaki hidup hanya bergantung kepada penghasilan video bermain game di youtube dan dia mendapat hasil daripada pemberian wang oleh syarikat youtube.

Adakah hang nak kata kawan tu pemalas nak kerja dan hanya pandai main game? Ada juga individu di luaq sana yang mendapatkan hasil melalui nyanyian jalanan ataupun dengan mengutip tin-tin atau kotak?

Ini yang diumpakan sebagai 'ulat dicelah batu pun boleh hidup'. Ayat itu bermaksud 'survival'. Bagaimana kita melangsungkan hidup sesuai dengan diri kita dan persekitaran.

Doakan untuk kebaikan orang lain, dan banyakkan bersyukur atas apa yang kita ada. Hidup biaq harmoni macam irama lagu, cahaya dan bulan, barulah syiok! Kan?