Pejuang Fiisabilillah

Pertama-tama sekali sebelum menjadi pejuang fiisabilillah (di jalan Allah) maka perlu tahu dan kenal Allah dahulu. Jika belum kenal maka belum cukup lagi untuk keluar berjuang.

Mustahillah jika kita cakap berjuang di jalan Allah sedangkan Allah itu sendiri belum kita kenal. Sekadar laungan membakar semangat, seruan jihad menjadi muslihat.

Oleh itu, perlulah kita kenal dulu Allah itu. Allah itu zat yang esa. WujudNya sudah wujud sebelum wujudnya sesuatu yang lain. Dia juga bersifat kekal dari awal hingga akhirNya. Dia tidak perlukan suatu kuasa lain untuk menggerakkanNya. Dan Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Maka jika sudah kenal, barulah boleh berjuang di jalan Allah. Berjuang dengan berperang berbunuhan bukanlah jalan sebenar fiisabilillah. Ia merupakan jalan penghabisan kepada kasih dan sayang.

Berjuang fiisabilillah yang sebenarnya adalah kasih dan sayang. Ya, kita berjuang dengan membawa kasih dan sayang ke seluruh alam. Pertama-tama sekali adalah kepada diri kita sendiri. Kemudian isteri dan anak, ibu dan bapa, abang kakak dan adik, kemudian barulah diluar lingkungan kita.

Penolakan kepada kasih dan sayang itu perlu dibalas dengan kasih sayang juga. Jika sekiranya ditentang dengan ancaman barulah terjadinya perang.

Itulah sebabnya hari ini, pejuang yang kononnya fiisabilillah lebih menimbulkan kebencian dikalangan masyarakat. Kerana mereka hanya menunggang nama agama demi perjuangan yang mereka sendiri tidak pasti. Yang mereka tahu itu adalah perjuangan di jalan Allah. Apa asas perjuangan? mereka tidak tahu.

Begitu juga dengan pegawai keselamatan seperti tentera dan polis, mereka berjuang demi negara. Mereka perlu tahu dan kenal prinsip dan rukun negara, barulah mereka boleh berjuang mempertahankannya. Jika mereka tidak tahu perkara asas itu, maka mereka berjuang dengan sia-sia.

Begitu banyak pertubuhan mengatakan mereka fiisabilillah. Mereka hanya seperti buih dilautan. Rohnya tidak ada, hanya ada pada nama. Fahamnya tidak sampai sedangkan ilmunya sudah tersedia. Cerita yang sama, fahaman ikut selera.

Asasnya sangat mudah. Kenal Allah dengan jalan kasih dan sayang. Kebencian itu adalah syaitan seperti mana ia benci kepada Adam.

Jatuh lalu bangun semula

Pengalaman saya sepanjang hidup, telah saya saksikan jatuh bangun rakan-rakan serta sahabat saya, malah diri saya sendiri pernah jatuh dan bangun semula. Ini merupakan perkara biasa yang telah kita lalui sejak dari bayi lagi. Ketika mana mula belajar meniarap, berjalan lalu berlari, kita sudah jatuh bangun begitu banyak kali.

Bezanya apabila kita sudah meningkat dewasa, semangat untuk bangun itu menjadi sangat tipis. Ini berikutan jiwa kita juga semakin mengecil. Dikala kita masih bayi, Jiwa kita teramatlah besar. Semangat bersaing juga sangat tinggi. Jika ada bayi lain yang sudah pandai berjalan, maka kita juga mahu pandai berjalan. Diusahakan sampai dapat.

Berlainan pula jika sudah meningkat dewasa. Keyakinan diri semakin susut. Saya juga alami keadaan itu. Keadaan dimana saya rasakan masa depan saya tidak begitu cemerlang berbanding orang lain. Disitulah salahnya!


Surah Ibrahim, Verse 7:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Allah perintahkan kita supaya bersyukur. Hanya dengan bersyukurlah maka akan ditambah pula nikmat kepada kita. Seringkali kita selalu melihat orang yang berada diatas kita. Itulah yang membuatkan kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.

Bersykut bukanlah sekadar duduk diam tidak melakukan apa-apa. Bersyukur itu adalah menghargai apa yang kita ada yang selama ni kita lupa.

Saya pernah suatu ketika ada masalah kewangan, pada masa itu memandu kereta pinjaman orang tua saya. Keadaan waktu itu hujan lebat. Saya lihat ada sebuah keluarga bersama anak kecil diatas sebuah motosikal. Mungkin dalam keadaan bergegas balik. Lihat bertapa bertuahnya saya masih mempunyai ibu bapa yang tolong pinjamkan kereta mereka. Sedangkan ada keluarga susah yang tiada siapa dapat pinjamkan mereka kereta.

Dari situ saya berasa terpukul. Begitu banyak perkara yang perlu saya syukuri, mengapa saya pilih untuk mengeluh?





Penyerahan dalam islam

Sebelum pergi kepada penyerahan, sepatutnya kita tahu dulu apa itu islam. Dari segi bahasa islam bermaksud sejahtera dan sejahtera itu dimaksudkan dengan damai dan tenteram.

Setelah kita faham apa maksud islam, maka mudahlah untuk kita melakukan penyerahan kepada Allah. Kenapa saya sebut mudah? Ini kerana penyerahan kita akan tertumpu kepada kesejahteraan, kedamaian dan ketenteraman. Dan semua perkara tersebut berlaku di dalam jiwa kita ini.

Surah Ar-Rad, Verse 28:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.


Firman Allah ini jelas menerangkan bahawa hanya dengan mengingat Allah maka hati akan tenteram. Disitulah terletaknya rahsia kehebatan dan kekuatan umat islam. Pada tenteramnya hati-hati mereka.

Disaat kita melakukan penyerahan, keadaannya adalah seperti berasa tenteram. Itulah sebabnya ada disebutkan dalam sebuah kisah, seorang hamba bertanyakan kepada Rasulullah tentang kudanya yang dibiarkan diluar lalu dia mahu berserah kepada Allah supaya jangan di apa-apakan, lalu Rasulullah menyuruhnya menambat kuda tersebut lalu berserahlah.

Ini bermakna berserah itu perlulah dalam keadaan yang tenang lagi tenteram. Untuk mencapainya tidak boleh tidak hanyalah dengan zikrullah (mengingat Allah).

Itulah sebabnya Rasulullah mengajar kita memulakan sesuatu dengan 'bismillah' dan disudahi dengan 'alhamdulillah'. Jika berasa takjub ucaplah 'masyaAllah' dan apabila ditimpa musibah hendaklah menyebut 'innalillahi wainna ilaihi roojiun'.

Semuanya itu adalah semata-mata supaya kita sentiasa mengingat Allah dalam apa jua keadaan.

Bagi ahli zikrullah atau yang disebut secara universal sebagai ahli spiritual, zikir sentiasa dilakukan dalam setiap nafas. Hanya dengan fokus di titik tengah antara dua kening lalu lantunkan zikir didalam kepala. Hanya begitu saja. Sederhana.

Maka dengan cara itu zikir akan tetap dilantunkan secara berterusan. Setiap perbuatan mereka menjadi sebuah penyerahan yang berterusan kepada sang Khalik.

InsyaAllah.

First you learn then you remove the 'L'

Ini merupakan titik perubahan dalam hidup saya. Meditasi membawa saya ke suatu dimensi dimana apa yang saya lihat pada masa kini adalah mengenai "apa yang saya mahu lihat."

Kata mudahnya, anda boleh melihat seseorang yang melakukan sesuatu kebajikan sebagai tugas yang mulia atau anda memandangnya sebagai lakonan untuk menarik pujian daripada orang ramai. Ianya terserah anda. Saya tidak mengawal apa yang patut anda fikirkan. Memang begitu fungsi meditasi mata ke-3, ia menyedarkan anda dan membuat anda bebas untuk memilih jalan hidup anda sendiri.

Pada mulanya saya belajar, belajar mengenai diri saya, kelemahan yang ada pada saya serta apa kelebihan yang saya ada. Lalu saya gunakan ia untuk saya mendapatkan hasil. Contohnya, saya kurang pandai menulis dan jika anda baca penulisan saya daripada awal maka anda akan nampak kelemahan pada tulisan saya.

Akan tetapi, kelemahan saya itu saya lalui dengan terus menulis tanpa jemu sehingga saya mampu mencapai pengunjung seramai lebih 1 ribu. Wah! Itu pencapaian yang amat bagus sekali!

Dari situ membuatkan saya lebih faham, setiap sesuatu perkara itu haruslah kita pelajari sehingga mahir, dan akhirnya barulah kita mengutip hasilnya.

Persoalannya disini, hasil yang bagaimana yang ingin anda kutip? Ya, jawapan inilah yang menjadi penentu jati diri anda. Jawapan ini jugalah yang menceritakan tentang anda secara keseluruhannya.

Itu sebab pada dasarnya kita mesti mulakan dengan belajar. Hanya dengan belajar barulah kita mampu menuai hasilnya.

"First you learn, then you earn."

Jadilah murid dan jadilah guru!

Diri ini terlalu ego dengan ego yang sangat keterlaluan. Saya katakan bahawa saya ego, dan itulah antara punca terbesar yang menyekat diri saya daripada berjaya.

Melalui bacaan, berguru, kelas intensif, bermeditasi maka saya semakin sedar. Kesedaran membawa saya ke suatu arah tujuan yang baru, lalu saya bertanyakan kepada diri saya sendiri "apa yang saya mahu?"

Jawapan kepada soalan itu adalah sangat penting sekali. Jika sekiranya saya tidak dapat menjawab soalan itu dengan jelas, maka saya tidak akan mencapai kejayaan dalam hidup ini.

Maka setelah sekian lama, barulah saya menemui jawapannya. Saya tidak akan beritahu anda jawapan saya kerana saya khuatir ia akan mempengaruhi anda dan ia tidak sampai kepada tujuan perbincangan kali ini.

Apa sekalipun jawapan yang anda pilih, ia terserah anda. Pastikan ianya jelas barulah anda akan melihat hasilnya.

Kerana anda adalah 'guru' kepada diri anda sendiri. Anda memperbetulkan diri anda sendiri. Diluar sana terlalu banyak sekali input yang boleh diambil sebagai pedoman, akan tetapi diri anda sendirilah yang menentukan apa yang perlu diterima.

Dan sebagai manusia kita haruslah terus belajar dari hari ke hari. Dengan cara itulah saya menghapuskan ego. Saya sedar kebodohan diri saya. Bukan semua benda kita tahu dan bukan semua benda kita faham. Jadi, janganlah bersikap memandai-mandai. Biarlah tak pandai asalkan jangan memandai-mandai.

Saya hilangkan ego diri saya dengan nampak bodoh dalam bertanya, daripada menjadi bodoh selamanya. Ramai guru didalam dunia ini. Si anak kecil juga adalah guru kepada saya. Mereka mengajarkan erti kesabaran.

Nak menjaga anak bukanlah susah, jika sekadar memberi makan, pakaian dan persekolahan. Akan tetapi melayan kerenah itulah yang menguji kesabaran.

Kesimpulannya, jangan berhenti dari terus belajar. Belajarlah dan jadilah guru kepada diri sendiri. "Disaat anda berhenti belajar, disaat itulah anda sudahpun mati."




Cinta itu merelakan jiwa

Hari ini ada seorang ustaz datang kepadaku, memberi aku sebuah warkah catitannya mengenai "bebaskan cintamu!". Tajuk yang agak menarik bagi aku. Beliau menggunakan nama pena 'tintamualim' bagi penulisan beliau ini.

Cinta....bagi tintamualim, cinta itu diibaratkan sebagai suatu yang sangat istimewa, sehinggakan kita sebagai insan yang mengaku memiliki jiwa yang penuh dengan cinta ini tidak sepenuhnya faham tentang apakah cinta itu.

Beliau menggambarkan bahawa pasangan yang bercinta hari ini terlalu mengongkong, sehinggakan setiap perkara harus diberitahu tanpa gagal. Tiada kebebasan! Ini sekaligus tidak menggambarkan cinta itu sendiri.

Cinta sepatutnya penuh dengan kasih dan sayang. Seperti pencinta haiwan, mereka ini sentiasa memastikan tiada pihak yang berwenang menghapuskan habitat haiwan liar dengan tanpa pemerhatian. Bukannya seperti pemelihara burung yang mengatakan cinta, sedangkan burung itu sendiri terkurung didalam sangkar!

Cinta itu sepatutnya ikhlas. Sepertimana ikhlasnya Allah kepada ciptaannya didalam surah al-ikhlas, tiada langsung disebutkan mengenai ikhlas. Akan tetapi Allah merelakan "kau dengan agama kau, aku dengan agamaku."

Cinta itu sepatutnya merelakan. Rela bukan bermaksud mengabaikan, akan tetapi ia lebih kepada bermaksud percaya yang teramat dalam. Pertama sekali adalah wajib untuk memberi panduan kepada pasangan yang dicintai, aturan serta segala bekalan rohani sebagai pedoman. Lalu kau percayalah kepadanya dengan sebenar percaya! Jangan diragukan cintanya!

Sekiranya dia cinta akan kau, sejauh mana kau berpisah dengannya, sudah pasti dia akan menjaga maruahnya demi cinta kau. Tak perlu kau meraguinya lagi. Itulah sebenar-benarnya cinta. Cinta itu merelakan jiwa.

Begitu juga cinta kepada Allah. Kau perlu merelakan diri ini, bahawasanya setiap gerak dan diammu adalah dengan kekuasaannya. Kau bebas melakukan apa saja selama ini tanpa kau sedar bahawa Allah yang menggerakkanmu. Kau merasakan seperti itu adalah gerakanmu sendiri, percakapanmu sendiri, kejayaanmu sendirk. Kau ternyata salah!

Cinta Allah itu ikhlas. Kau bebas melakukan semahumu. Tapi mengapa kau lupa kepadaNya? Dalam setiap nafasmu tiada satu pun pujian kepadaNya. Mengapa? Kau begitu angkuh!

Ego menjadi penghalang kepada cinta. Kau mengongkong fikiranmu sendiri. Kau membelenggu jiwamu sendiri. Kau tidak merelakan jiwa itu hanya semata-mata dipandu oleh sang pencipta. Kau fasik!


Bukan kerana nama

Penulisan saya mengenai spiritual ini sebenarnya adalah lebih kepada kesedaran. Kata pokoknya adalah sedar. Saya melihat rata-rata masyarakat hari ini terlihat sedar sedangkan mereka sebenarnya 'tidur'. Tidur disini bermaksud jiwa yang tertidur.

Jika anda perhatikan disekitar anda, keadaan kebersihan, kemanusiaan, kesihatan, adakah semua ini diambil berat? Jika jawapan anda adalah ya maka anda serta orang sekitar anda berada didalam keadaan yang sedar. Jika tidak maka menjadi tugas anda memberi mereka kesedaran itu.

Mereka yang 'tidur' ini amatlah merbahaya sekali sebenarnya. Golongan ini adalah seperti dipukau kerana mereka terlalu mengabaikan diri dan keadaan sekeliling. Golongan seperti ini banyak diperalatkan oleh input-input daripada media massa serta manusia lainnya.

Untuk menyedarkan mereka pertama sekali anda perlulah sedar. Ahli agamawan menyebutnya sebagai 'pencerahan'. Setelah itu barulah anda boleh memberi pencerahan kepada golongan yang tidur tersebut.

Ianya demi keseimbangan yin dan yang. Positif dan negatif. Perbuatan ini terkadang dibenci dan tidaklah popular. Orang barat menggelarnya sebagai "awareness". Mereka telah lama melakukan gerakan yang tidak popular ini. Demi memberi kesedaran kepada umum tentang bahaya itu dan ini.

Semua ini dilakukan bukanlah kerana nama.

Hanyalah demi sebuah kesedaran kepada mereka yang terlena.

Helang Gunung

Helang telah menjadi simbolik kepada kekuatan kepada seseorang atau kepada sesebuah negara sejak dari zaman purba lagi. Jika diamati banyak negara yang menggunakan simbol helang sebagai jata negara mereka seperti amerika, indonesia, yaman dan juga dipakai pada bendera mesir. Terbukti bahawa helang menjadi sebuah ikon kekuatan semenjak di zaman kuno purba. Persoalannya adalah, apakah kaitannya helang dengan kekuatan spiritual?

Pada zaman Mesir purba mereka percaya bahawa terdapat seorang dewa yang bertubuh badan manusia dan berkepala helang dikenali sebagai dewa Horus. Dewa Horus menjadi simbol kekuatan kerajaan mesir semenjak pemerintahan Firaun lagi. Dikatakan bahawa mata Horus mampu melihat segalanya. Di masa kini ia lebih dikenali sebagai mata satu atau simbolik kepada mata dajjal. Ia menjadi semakin rumit lagi apabila mendapat penentangan dikalangan umat islam bagi sesiapa yang ingin mengkaji atau menggunakan pra-kata 'mata satu' sebagai simbolik kepada kebangkitan mata ke-3 dalam istilah spiritual.

Sebenarnya mata ke-3 atau 'mata satu' yang terdapat diantara dua kening kita itu, lebih tepatnya di tengah-tengah kening, merupakan mata yang penglihatannya setajam mata seekor burung helang. Ia mampu melihat dengan sangat jauh serta jelas. Yang membuatkan kita ragu-ragu adalah kerana apa yang kita lihat itu tidaklah seperti kita melihat dengan dua mata yang sedia ada ini.

Jelas sekali penglihatan di mata ke-3 amat berbeza jika dibandingkan dengan penglihatan dengan menggunakan ke dua biji mata. Ini adalah dikeranakan cara lihat di mata ke-3 tiga seperti melihat visi serta diragukan bahwa ianya cumalah bayangan imaginasi didalam fikiran semata-mata. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang disangkakan. Pandangan di mata ke-3 memang begitulah adanya, Cuma untuk memastikan bahawa ia mendapat keyakinan daripada diri itulah yang memerlukan beberapa disiplin yang perlu dilalui supaya dapat meyakinkan diri bahawa apa yang dilihat itu benar-benar sebuah penglihatan dan bukannya khayalan.

Caranya adalah dengan memusatkan fikiran kita pada titik di tengah kening. Fokus pada tempat itu sehingga suatu tahap anda akan menjadi seperti keadaannya orang yang termenung. Itu bermakna anda sudah masuk ke alam spiritual. Frekuensi gelombang otak anda sudah terlontar ke suatu dimensi yang lain. Di sinilah yang dikatakan 'hukum tarikan' itu berfungsi, dan disini jugalah yang dikatakan 'mata satu' yang melihat segalanya. Syaratnya biarkan saja apa jua fikiran yang melintasi di dalam kepala otak anda. Layankan saja. Jangan ditahan-tahan kerana untuk melampaui fikiran luar batasan memang keadaannya pun di luar batas fikiran.

Setelah anda puas merentas alam spiritual, anda akan merasakan keadaan yang berlainan. Bagi yang pertama kali anda akan merasakan khayalan anda seperti panjang dan semakin kedalam dan terus ke dalam. Bagi yang sudah biasa maka anda akan dapat memilih mahu mengembara ke mana atau dimana. Ia terpulang kepada anda. Jika kepala atau tubuh anda menjadi seperti kebas jangan dirisaukan, ini adalah akibat langsung daripada tubuh badan yang dalam keadaan rehat terlalu lama atau disebut 'idle'. Ia adalah perkara biasa. 

Jika anda pernah bertemu dengan orang yang tersedar daripada koma, maka mereka akan menceritakan pengalaman pengembaraan mereka di suatu alam yang lain. Sepertinya alam itu adalah benar-benar belaka. Padahal diwaktu itu mereka berada dalam keadaan koma. Ini membuktikan yang menjana alam tersebut adalah otak mereka sendiri. Oleh itu, otak mempunyai fungsi menjana frekuensi merentas masa yang sangat tinggi. Dengan cara dan teknik yang betul.

Bak kata PK lakonan amir khan "jika panggilan adalah salah sambung maka ia tidak akan terjawab."

Antara positif dan negatif

Sepengetahuan saya positif dan negatif itu adalah sebuah energi. Energi yang dapat menguasai jiwa seseorang manusia. Ia bersifat emosi yang agak terdalam dan apabila diselami semakin dalam ia mampu mengganggu gugat kesihatan fikiran serta tubuh badan kita. Ini kita perlu teliti, jangan pandang enteng kerna ia bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main. Kejayaan atau kegagalan kita dalam menempuhi satu-satu jalan didunia ini amat bergantung rapat dengannya. Ia juga seolah-olah memberi gambaran tentang bagaimana yang dikatakan dengan pahala dan dosa serta syurga dan neraka.

Energi positif dan negatif mampu memberi gangguan kepada keseimbangan rohani pada diri kita. Saya beri anda satu situasi pengalaman diri saya, dimana saya pernah bertemu orang-orang yang positif dan negatif sepanjang kehidupan saya. Kita pergi ke sebuah kisah pertemuan dengan golongan yang negatif. Mereka ini saya kenal rapat, bukan bermaksud mereka sahabat atau kawan saya, saya maksudkan saya kenal mereka ini negatif. Saya kenal mereka melalui cara mereka lihat serta tutur kata yang keluar daripada mulut mereka. Dengan golongan negatif ini bagi mereka semuanya adalah masalah, tiada suatu pun yang mampu memberi kebaikan kepada dirinya walhal perkara yang diperkatakan itu hanya memerlukan sedikit tolak ansur serta motivasi. Mereka menganggap cadangan serta pandangan kita sebagai cubaan untuk mencabar kredibiliti mereka, dengan anggapan kita ini sebagai tidaklah berkelayakan. Situasi seperti itu akan menimbulkan suasana yang tidak senang, saya akan merasa tidak selesa sepertinya ada aura yang mampu melemaskan saya. Lalu saya berkeputusan menjauh daripada suasana tersebut sama ada dengan menjauhi daripada situasi itu ataupun menghentikan topik perbualan dengan serta merta.

Berlainan pula dengan energi positif. Saya berasa senang dengannya seperti berada dalam suasana berhawa dingin di musim salji. Ini melibatkan kalangan yang selalu memotivasikan, memberi kata semangat serta tunjuk ajar melalui pengalaman dan kemahiran yang mereka miliki. Saya pernah banyak kali menghadirkan diri ke seminar jati diri di mana setiap peserta akan diberi input-input yang positif mengenai cara membangunkan jati diri supaya mampu menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Bak kata pepatah melayu "andai dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung." Begitulah positifnya seminar yang saya kerap sertai sehingga kini. Orang-orang yang positif juga cakapnya membangkitkan semangat, membuatkan yang lemah menjadi kuat, yang buruk menjadi indah-indah belaka. Ia bukanlah khayalan, ianya dikenali sebagai imaginasi!


Disudut situasi ini saya banyak belajar sesuatu yang baru mengenai hukum tarikan. Saya belajar bahawa emosi mampu menarik imaginasi menjadi sebuah realiti. Ia bermula dengan imaginasi yang sangat kuat dimana terkadang saya sampai terbayangkan bahawa ianya seperti sebuah realiti. Sedangkan pada waktu itu ia belumlah berlaku lagi. Diwaktu itu saya bayangkan bahawa saya akan melanjutkan pelajaran di universiti dan mendapatkan ijazah saya. Sedangkan diwaktu itu saya tidak tahu apakah matapelajaran atau jurusan apakah yang patut saya ambil. Saya hanya cakap pada diri saya bahawa "aku akan sambung belajar dan dapatkan sebuah ijazah." itu saja! Dan sekarang saya sudahpun melanjutkan pelajaran di UUM Sintok dalam jurusan ijazah komunikasi. Baru sahaja menamatkan semester satu.

Saya agak terkejut pada mulanya. Iyalah, saya sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata dan kini sedang menyambung belajar secara jarak jauh (PJJ). Ini membuktikan bahawa sesuatu imaginasi itu mampu mencipta realiti yang diluar batas pemikiran manusia. Ini disebut sebagai 'hukum tarikan'. Imaginasi yang dibangunkan didalam pemikiran kita akan mampu mencipta sebuah realiti. Akan tetapi imaginasi ini amat terkait rapat dengan emosi terdalam yang sedang kita alami sekarang ini.

Apakah emosi anda ketika ini adalah positif atau negatif?

Seandainya ianya positif maka ia amat baik untuk anda untuk membangunkan sebuah realiti dimasa hadapan. Jika sekiranya ia adalah negatif maka saya sarankan sebaiknya anda menjauhi daripadanya. Anda diam-diam berangkat daripada situasi negatif tersebut kerana ia akan mampu mengganggu projek pembangunan masa depan anda. Ia malah amat sukar dihakis seandainya sudah melekat di hati kita. Oleh itu, jauhilah ia. Sekiranya ia adalah positif maka jangan lepaskannya, ambil peluang tersebut dan rebut jangan sampai dilepaskan. Enjoy!

Dihakim Dihukum Darah Sendiri

Antara yakin atau munafik?

Apa pun yang kita perbuat dalam kehidupan kita, hasilnya tetap akan ada pengadilan daripada orang lain. Baik atau buruk bukanlah ukuran bagi mereka, yang pastinya tugas mereka adalah mengkritik demi jawatan yang mereka sandang sendiri iaitu sebagai 'pengkritik'. Anda jangan terkejut jika saya katakan bahawa mereka ini ada di kalangan kita sendiri, bahkan ahli keluarga kita tidak terkecuali.

Sebenarnya ada terdapat ujian yang hendak diuji ke atas diri kita iaitu antara yakin atau munafik? Apakah anda yakin dengan segala perbuatan tindakan anda? Atau hanya sekadar gah dalam sebutan tetapi kecundang apabila diminta untuk dibuktikan?

Segalanya hanyalah merupakan permainan minda sahaja. Takut dilabel, dihukum tanpa pengadilan, takut berjaya, takut dengan pelbagai macam takut. Akibatnya kita akan kemurungan atau disebut 'dipression' serta mampu menyebabkan kita benci pada orang disekeliling kita. Akibat kemurungan juga mampu menimbulkan 'kawan' baru dalam dunia khayalan.

Disinilah pentingnya yakin dengan diri sendiri. Yakin dengan ilmu yang dipelajari. Sekiranya masih kurang yakin maka pelajarilah sesuatu itu sehingga anda yakin. Seandainya anda kurang yakin dengan diri sendiri maka duduklah bersunyi-sunyi maka soal pada diri serta selidiki dimana kelemahan yang perlu diperbaiki. Sekiranya dirasakan bentuk tubuh yang menjadi penyebabnya maka keluarlah bersenam mengangkat besi di gymnasium sebagai penyelesaiannya.

Segala-galanya ada jalan penyelesaiannya. Tuhan tidak mewujudkan masalah supaya kita memikirkan masalah tersebut, Dia mahu kita berfikir apakah penyelesaiannya? "Maka beruntunglag orang yang mahu menggunakan akalnya." (Al-Quran) Sejauh mana kita sanggup berfikir maka sejauh itulah keyakinan kita kepada diri sendiri. Ia akan menimbulkan fikiran yang tenang.

"Hidup ini jgn jadi munafik...berbuat jujur utk diri sendiri. No need to prove....peace ur mind..." (Hamba Allah)

AES

Ambition.Etiquette.Spiritual

Demi mencapai tujuan hidup yang memuaskan hati hendaklah kita memiliki tapak dasar yang kukuh supaya kelak apabila kita ingin memacakkan tiang dan bumbung tidak akan mengalami masalah senget dan tidak kukuh. Saya telah gariskan 3 perkara yang menjadi asas iaitu cita-cita, adab dan rohani. Amatlah penting sekali cita-cita pada diri seseorang kerana cita-cita dapat meletakkan pemikiran seseorang sentiasa fokus kepada apa yang mereka impikan.

Cita-cita boleh diertikan sebagai pencapaian kepuasan yang seseorang letakkan untuk dirinya sendiri yang menjadi impian dan khayalannya. Oleh itu, manusia yang bercita-cita adalah berpotensi untuk mencapai apa yang dicita-citakannya itu hanya setelah beliau berusaha kearah apa yang dicitakannya.

Untuk merealisasikan sesebuah cita-cita, mestilah juga memiliki adab. Adab ini boleh juga diertikan sebagai etika. Ia tidak menceritakan tentang sopan santun, duduk beradab dan sebagainya, sebaliknya adab ini lebih kepada tingkah laku kita semasa menjalankan sesuatu tugasan. Sesuatu kerja atau usaha amatlah mudah dicapai sekiranya kita menjaga adab/etika semasa menjalankan kerja tersebut. Kajian telah membuktikan bahawa sesuatu tugasan berjaya diselesaikan adalah dikeranakan adab seseorang ketika melakukan kerja. Usaha sepayah mana sekalipun jika sekiranya tidak punya etika maka amatlah payah untuk mencapainya.

Dan yang akhir sekali adalah rohani atau juga disebut sebagai spiritual. Rohani boleh juga dikaitkan dengan semangat diri. Dengan kekuatan rohani pada diri, insyaAllah setiap dugaan, cabaran akan dapat diatasi dengan baik. Kekuatan rohani akan membuatkan seseorang tidak mudah putus asa, mencapai semangat yang tinggi serta dapat menajamkan fokus terhadap satu-satu impian yang ingin dicapai. Kekuatan rohani boleh dicapai dengan melakukan meditasi secara rutin. Bagaimana caranya meditasi? Anda boleh rujuk artikel saya yang sebelum-sebelum ini. Walaupun kelihatan agak ringkas namun setiap pengisian yang terdapat dalam setiap artikel saya penuh malah padat dengan pemahaman serta maksud.

Kesimpulannya dengan 3 garis panduan yang telah saya tetapkan ini, semoga ia dapat membantu sahabat di luar sana untuk dijadikan pedoman supaya memudahkan gerak kerja yang mungkin, sedang atau akan anda lakukan. Saya juga menggunakan garis panduan ini. Saya jadikan ia sebagai pedoman hidup saya. Saya berkongsi dengan sahabat diluar sana. Ilmu ini bukan milik saya maka oleh itu saya kongsikan. Semoga bermanfaat.

Sejahteralah wahai sahabat~

Kemuncak Segala Ilmu

Hari ini tanggal 27/07/2017 untuk kesekian kalinya aku mula tulis coretan dalam blog spiritual bangsa malaya. Sebagai penulis yang banyak berkongsikan ilmu yang melibatkan rohani ini, adalah menjadi ujian juga padaku sekiranya aku tidak mengamalkannya. Ianya ibarat tin kosong yang bunyinya saja membingitkan telinga malah isinya tiada pula kedapatan. Oleh itu aku peruntukkan masaku untuk beramal dengannya.

Maka tahulah kau bahawa kemuncak segala ilmu adalah beramal dengannya. Walau apa sekalipun ilmu yang kau ada, maka melakukan amalan dengan ilmu itu yang menghasilkan buahnya. Kerna ilmunya saja maseh belum mencukupi untuk kau kenal bagaimana rasanya manis atau pahitnya sesuatu ilmu itu. Kau perlulah beramal dengannya supaya kau lebih mengerti dan supaya kau mencapai kemuncaknya ilmu itu.

Sepertimana orang yang mendaki pergunungan, pencapaian mereka adalah tidak sama. Ada yang merasakan kepuasan berada di kemuncak gunung, ada pula yang merasa puas tatkala dapat melihat keindahan hutan-hutan. Kepuasan kita tidak sama. Begitu juga semasa beramal dengan ilmu yang kita ada. Kau buat sehingga kau merasa puas!

Dimana kemuncaknya kepuasan itu tidaklah aku tahu. Terserah pada kau, kerna diri itu yang merasa puasnya. Jika kau tanyakan pendapatku, maka ku serahkan segalanya kepada sang pencipta. Dia Maha Mengatur segalanya. Kepuasan diriku terletak pada redha-Nya.


Berserah Diri Kemuncak Segala Amalan

Layaknya keadaan berserah diri itu adalah seperti apa adanya. Cara mudahnya jika kita bermalasan maka keputusan yang kita akan dapat adalah hasil daripada kemalasan kita itu. Jika kita itu sifatnya rajin maka hasilnya adalah akibat daripada kerajinan yang kau usahakan.

Bagaimana pula jika hasilnya adalah berlawanan dengan apa yang kita usahakan?

Disitulah mengapa aku katakan kemuncak segala amalan itu adalah penyerahan. Dalam penyerahan itu terdapat pula ujian. Ujian itu berupa menguji keyakinan apakah benar apa yang dilakukan selama ini? Mengapa segini saja hasilnya? Apakah tiada pertolongan dari Maha Pencipta?

Dengan hanya melepasi ujian itu barulah kau dikira sebagai layak mendapat rasanya manis sesuatu amalan yang telah kau amalkan.

Kenaikan pangkat kau diuji dengan temuduga, kelulusan sijil kau diuji dengan ujian penilaian akhir, maka hidup amal kau diuji dengan penyerahan kepada Maha Pencipta. Hanya dengan keredhaan-Nya yang membuatkan kau lulus, bukanlah kerana hebatnya amalan yang kau lakukan.

Jemaah

Kita seringkali dengar mengenai jemaah. Terutamanya bagi aku sebagai muslim, perkataan jemaah itu sangat sinonim bagi menggambarkan kami golongan muslim ini hidup dalam komuniti yang kukuh.

Jemaah diertikan sebagai suatu kelompok manusia yang hidup berganding bahu, dalam satu komuniti yang memiliki ciri-ciri tugas masing-masing. Jemaah in biasanya akan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. Jemaah juga merupakan satu bentuk perpaduan dalam bentuk organisasi yang kukuh.

Oleh sebab itulah jemaah dan muslim tidak dapat dipisahkan. Telah kuatnya Islam suatu masa dahulu adalah dikeranakan jemaahnya. Dikatakan pada ketika itu kuatnya jaringan jemaah muslim seperti sarang lebah. Jangan kau cuba menjoloknya, maka nahas yang akan menimpa. Jemaah muslim pada ketika itu hidup dalam kelompok menghasilkan kebajikan ibarat lebah menghasilkan madu.

Lebah jika kita lihat, memiliki satu komuniti yang mempunyai seekor ratu. Segala tindakan adalah demi sang ratu serta mempertahankan komuniti serta sarang mereka. Hidup mereka mencari debunga dan menghasilkan madu melalui debunga tersebut. Begitulah indahnya komuniti lebah in. Dan begitulah juga jemaah muslim pada zaman Rasulullah.

Muslim pada hari ini gagal memahami inti pati jemaah. Mereka terlalu pandang yang jauh sedangkan Allah sendiri menyuruh manusia itu melihat kedalam dirinya sendiri until lebih kenal kepada Nya. Maka jawapan kepada jemaah yang kuat pada suatu ketika dahulu juga terletak di dalam diri insan itu sendiri.

Diajarkan bahawa setiap 7 perkara yang ada pada insan itu hendaklah hidup dalam keadaan berjemaah, maka apabila bersyariat semuanya menjadi mudah. Maka hendaklah dijemaahkan mereka ini:-

1- akal fikiran
2- pernafasan
3- tubuh badan
4- tulang empat kerat
5- pendengaran
6- penglihatan
7- percakapan

Setelah semuanya sudah berjemaah, menuruti satu tujuan dan kehendak yang sama maka berjayalah insan itu. Maka disitulah terletaknya rahsia jemaah muslim yang dikatakan sangat gagah perkasa. Setiap satunya hebat-hebat belaka. Tiada satu pun yang terkecuali. Jangan kau hairan mengapa para sahabat it ramai bilangannya.

Ini harta purba yang telah lama tenggelam. Aku cungkil naik ke bumi untuk kau santap. Semoga sejahtera wahai sahabat.

Suka tapi benci

Perkongsian kali ini agak sukar dipercayai oleh sebilangan kita. Akan tetapi itulah hakikat sebenarnya.

Kebanyakan kita hari ini sukakan hidup yang bersenang lenang, rumah yang besar, kereta mewah, makan yang sedap-sedap akan tetapi kita benci untuk bekerja keras. Kita benci untuk berusaha keras untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selalunya kita akan menyalahkan tuhan kerana tidak melahirkan kita di dalam keluarga yang kaya raya serta hidup yang senang lenang.

Kita paling suka salahkan orang lain dan kita paling benci untuk mengakui salah sendiri.

Dalam hal suka tapi benci ini juga ada hal yang kita perlu teliti. Antaranya adalah sekeliling kita. Perhatikan betul-betul, kerana keadaan mereka-mereka ini seperti wayang filem, anda akan dapati mereka ini sama saja semuanya akan tetapi mereka tidak. Mereka berbeza sekali. Cukup mudah untuk kenal jika kita tahu caranya. Di setiap kali kita punyai impian atau daya usaha untuk memajukan diri, akan ada dikalangan kita yang sangat suka akan hal itu. Mereka memberi sokongan dan dorongan di depan kita dengan bermanis muka, disebalik itu mereka sangat benci seandainya kita berjaya. Kita boleh berjaya, cuma jangan lebih daripada mereka. Itu akan membuatkan mereka benci.

Ini antara sedikit sebanyak perkongsian saya yang melibatkan spiritual. Anda hanya akan sedar perkara ini di waktu mata hati anda terbuka luas. Terang benderang seperti lampu spotlight. Disaat mata, mulut dan telinga terkunci rapat, disaat itulah anda akan mula mendengarkan kebenaran dari dalam diri anda. Kesedaran yang sebenarnya akan mulai timbul.

Jangan cuma suka tetapi benci.

Upgrade diri ke level tinggi

Cermin 

Pertama sekali yang anda perlukan untuk upgrade diri sendiri adalah cermin. Pastikan anda cermin diri anda baik-baik. Tilik satu persatu, "apa kurangnya diri aku ini?"

"Apakah aku tidak layak untuk memiliki keluarga bahagia?"

"Aku juga ingin hebat seperti Tony Jaa, tapi bagaimana?

Di hadapan cermin anda bebas tanyakan kepada diri anda berbagai soalan. Apa saja yang terbuku di hati dan pikiran anda, tanyakan saja. Anda tanya dan anda jawap kerna anda sendiri tahu mahukan diri anda seperti apa.

Saya seperti itu. Saya tanya dan saya jawap. Berulang kali dan kadang kala menjadi kebiasaan di dalam kepala saya.

Oh lupa, saya special sedikit. Saya tidak perlukan cermin yang biasa ada di rumah, cukup saja cermin di dalam diri. Anda juga boleh jadi special seperti saya. Gunakanlah cermin yang ada dalam diri anda.

Tilik diri anda. Tanyakan ia segala macam soalan yang boleh membina diri. Upgrade diri anda.

Jika anda rasakan diri kekurangan ilmu seni beladiri, maka pergi mencari guru lalu berlatihlah sehingga ampuh.

Saya selalu begitu. Saya selalu check kekurangan diri saya. Saya tanya dan saya jawap.

Akibat langsung daripada itu, lingkungan saya semakin kecil, matlamat saya semakin jelas dan kejayaan semakin hampir.

Yang paling penting sekali ialah atasi ketakutan dalam diri. Takut hilang kawan, takut berjaya (mungkin sebab takut lupa diri), takut tiada masa bersama rakan-rakan dan macam-macam lagi.

Itu semua hanyalah rengekan budak kecik yang ada dalam diri kita.

Kita perlu lawan, perlu berani.

Sebelum anda menguasai dunia, anda perlu menguasai diri sendiri.

Dan jangan lupa;

"Cermin dulu diri hang elok-elok!"

Membangkitkan tenaga dalaman

Pernafasan

Ilmu tenaga dalaman atau kita sebut sebagai tenaga batin sebenarnya dimiliki oleh semua manusia. Cuma cara untuk bangkitkan ia saja yang kita tidak tahu. Banyak juga perguruan yang mengajarkan ilmu ini dengan pelbagai aplikasi. Ada yang mudah dan ada yang rumit.

Saya kongsikan dengan anda cara yang paling mudah.

Caranya, duduk bersila dan luruskan tulang belakang. Punggung dipastikan supaya tegak agar ekor tulang punggung anda membumi. Rasakan kepala anda. Titik fokusnya terletak di tengah antara dua kening anda.

Mulakan bernafas dengan cara menarik nafas melalui hidung dan penuhkan di bahagian dada anda, tahan sebentar lalu lepaskan melalui hidung anda juga. Kuncinya terletak pada irama pernafasan tersebut. Iaitu tarik nafas dengan kuat lalu hembuskan dengan lembut, tarik nafas dengan lembut lalu hembuskan secara kuat, dan tarik nafas secara lembut lalu lepaskan secara lembut.

Proses ini dapat membantu anda melancarkan pernafasan anda secara semulajadi.

Lakukan proses ini beberapa kali lalu anda akan dapat merasakan tenaga dalaman anda mengalir dengan lancar. Lebih kerap anda melakukan proses ini maka akan lebih lancar aliran oksigen dalam tubuh badan anda dan menguatkan tenaga dalaman anda.

Inilah yang kita sebut sebagai kebatinan. Jika anda mencari kebatinan yang seperti ilmu mistik, itu saya tidak boleh bagi tahu kerna saya bukan ahlinya. Ilmu jenis itu dicapai melalui pengamalan mantra-mantra serta doa yang khusus. Itu jauh dari bidang saya.

Yang saya kongsikan ini ilmu pernafasan yang mudah untuk membangkitkan tenaga dalaman anda semua. Jika anda sudah mahir ilmu ini maka anda boleh olah sendiri mahu bergerak macam mana ikut kesukaan anda. Ilmu ini milik anda, saya cuma kasi tahu sahaja.


Zikir semasa bernafas

Bagi yang berugama islam, saya sarankan anda berzikir di setiap hembusan nafas anda. Ia supaya perbuatan anda bermanfaat. Cukup saja sebut dalam kepala anda. Tak perlu anda suarakan sebutan zikir anda itu.

Pada saya itulah yang saya lakukan. Di samping kita bernafas dengan lancar, ada juga manfaat zikir yang kita dapat. Mengingat sang pencipta di setiap nafas kita adalah sangat baik. Ia membuatkan kita tidak hilang focus semasa melakukan meditasi mata ke-3.

Ini kerana rata-rata yang mengamalkan meditasi mata ke-3 mengharapkan kesan seperti mempunyai ilmu mistik, perkara-perkara ajaib dan segalanya yang tidak normal. Saya tidak katakan ianya tidak wujud, cuma saya tidak sarankan anda mengharapkan kesan seperti itu kerna ia akan membuatkan anda sanggup melakukan apa saja untuk memliki kesaktian seperti itu.

Ada manusia yang sanggup melakukan perjanjian dengan syaitan untuk mendapat kuasa mistik. Ada juga yang berdamping dengan jin. Bagi saya ini amat keterlaluan kerana manfaatnya setakat itu saja. Jika anda mahu kebal maka anda akan kebal saja, selain itu anda tiada kelebihan apa pun.

Dalam spiritual malaya saya mengajak anda berfikir dengan jelas, berfikir secara normal. Itu sebabnya zikir dapat membantu anda supaya tidak menerawang berfikir perkara yang tidak sepatutnya. Zikir juga dapat membantu jiwa menjadi tenang.

      الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ  

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)



Sensitiviti

Sensitiviti bukti kita peka

Sekiranya kita kerap kali bermeditasi, maka kita akan menjadi lebih peka. Kita dapat kesan perkara yang kita suka ataupun tidak.

Ada orang yang tidak ada deria sensitiviti. Mereka merasakan semua perkara boleh disentuh tanpa rasa bersalah. Mereka berasa tebal kulit.

Saya amat peka dengan perkara ini. Jika saya rasa tidak sedap badan atau ada sesuatu kelainan pada tubuh saya maka saya terus berjumpa doktor. Tidak perlu tangguh. Sebab saya tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh saya.

Seperti juga dalam komunikasi perbualan, jika saya rasa saya sudah bercakap perkara yang sensitif kepada orang itu, maka saya akan tukar topik lain ataupun alih fikiran dia dengan cerita yang santai.

Itu bukti kita peka. Tidak semua orang peka, kerana mereka tidak sensitif.

Mereka mahukan alat penggera bunyi yang mampu kesan kehadiran pencuri dengan pantas. Maksudnya alat yang sangat sensitif dengan kehadiran bendasing. Tetapi pemiliknya tidak peka melakukan tindakan dan lemah gemalai memberi reaksi.

Ia sangat tidak berguna sekali.

Kita perlu sensitif. Sensitif membuatkan kita peka. Ianya seperti deria di tubuh kita sangat aktif dan mampu mengesan pergerakan, bunyi, bau, tenaga, rasa dengan pantas sekali. Itu maksudnya sensitif.

Topeng ajaib

Skuad rahsia

Di dunia sekarang ini banyak sekali manusia yang kita jumpa. Bermacam ragam.

Yang paling kita mesti berhati-hati adalah golongan skuad rahsia. Mereka ini memakai topeng ajaib.

Topeng itu hanya akan terlucut jika kita melihat mereka melalui mata ke-3.

Mereka mampu menipu mata kita, akan tetapi mereka tidak dapat menipu jiwa kita. Atau dalam english disebut soul.

Saya melihat ramai kalangan kita mudah tertipu dengan penampilan seseorang. Adakalanya mereka pandai berkomunikasi. Pakaian mereka juga cantik-cantik.

Dengan kesedaran yang tinggi maka kita sedar siapa di sebalik topeng tersebut.


Melihat jiwa

Jika saya memakai topeng yang sebenarnya, maka anda tidak dapat cam saya. Begitu juga jika anda memakai topeng, saya tidak cam anda.

Apa yang boleh buat saya cam anda adalah dengan tingkah laku, gaya atau persembahan anda.

Ya, saya kenal itu.

Anda boleh test sendiri kepada sesiapapun. Berikan dia barang yang penting untuk dia simpan. Lain hari anda minta semula.

Anda ceritakan sesuatu cerita dan anda katakan ianya rahsia antara kita. Lalu lagi beberapa lama anda lihat sendiri adakah rahsia itu sudah bocor.

Ia cuma contoh. Saya mengaku saya buat begitu. Anda boleh cuba cara anda sendiri.

Saya belajar ilmu menanggalkan topeng ajaib ini sudah lama dulu.

Ramai juga orang yang sudah tertanggal topeng ajaib mereka dilakukan oleh saya.

Pejamkan mata

Mata hati

Setelah mata dipejamkan, barulah terbuka mata ke-3. Selagimana kita tidak merenung ke alam diri, selagi itulah mata hati tidak akan terbuka.

Caranya sama seperti meditasi mata ke-3, rasakan kepala anda. Titiknya terletak di antara dua kening anda. Rasakan ia.

Di sebut mata hati kerana ia menjadi mata kepada hati. Lalu hati akan membisikkan bait-bait keajaiban yang tidak pernah kita tahu.

Pastikan dahulu mata anda tidak buta. Buta disini bermaksud terpedaya dengan alam maya ini.

Sehingga suatu masa anda akan melihat dunia ini dengan jelas.


Permainan minda

Setelah mata dipejamkan, kita sedar bahawa setiap yang berlaku adalah permainan minda.

Orang kata kalau demam jangan difikirkan sangat demam tu, nanti makin melarat. Ia terbukti ada benarnya.

Terdapat pesakit kanser yang bertahan hidup lama setelah melawan sakit itu di dalam diri. Adakah mereka tidak merasa sakit?

Sudah pastinya mereka berasa kesakitan itu.

Pejamkan mata lalu lepaskan segalanya.

Seperti sedang tidur, segalanya kita serahkan kepada Dia untuk mengaturnya.

Menjadi ais di dalam air

Ego melemahkan diri

Saya mengakui bahawa saya mempunyai ideology pegangan saya sendiri. Malah saya terlalu obsess dengannya sehinggakan penulisan saya menggambarkan ideology saya.

Akan tetapi kita harus ingat, bahawa kita hidup di dunia sejagat ini dengan bermacam-macam manusia. Sifatnya bersalah-salahan, tidak sama.

Sedangkan cap jari kita sendiri pun sudah tidak sama.

Maka ideology kita juga berbeza.

Jangan salah erti, maksud saya kita perlu bertolak ansur semuanya. Jangan ada ego. Kerana ego melemahkan diri kita.

Jika kita rasakan tangan kanan ini cekap menulis, maka kita akan pandang remeh pada tangan kiri yang hanya digunakan untuk basuh berak. Sedangkan kedua-duanya juga memberikan fungsi yang baik.

Anda boleh pilih apa jenis ideology yang sesuai dengan diri anda. Ia sangat berkait rapat dengan kelangsungan hidup anda. Anda perlu memiliki ideology.

Jika tidak, anda akan saya gelar sebagai 'pak turut'.

Mudah saja. Saya tidak akan sembunyi-sembunyi dengan anda semua. Tiada gunanya saya menulis blog jika hasilnya adalah tipu daya keseluruhannya.

Apa sekalipun ideology anda, kita malah adalah bersaudara. Bersederhana saja.


Dunia sejagat

Jika anda kerap bermeditasi maka, anda akan sedar bahawa kita menetap di dunia yang sama. Walaupun kita tidak tinggal sebumbung, kita tetap berpijak di bumi yang sama. Kita menghirup udara yang sama. Berbumbungkan langit yang sama.

Mungkin dalam suatu-suatu masa kita akan terserempak. Mungkin saja tidak. Mungkin kita tidak kenal antara satu sama lain.

Walau apa pun, kita pasti akan melalui jejak-jejak manusia lain.

Seperti sewaktu saya tinggal di rumah ini, sebelumnya sudah ada orang lain yang tinggal di sini. Maka saya telah tempuh jejak yang sudah orang sebelum ini tinggalkan.

Jadi selepas ini, jika saya sudah berpindah, maka orang lain akan masuk dan akan terdapat kesan jejak bahawa saya pernah tinggal di sini.

Jadi, jejak apakah yang mahu kita tinggalkan di dunia ini? Seperti apa?

Itu sebabnya jangan kita melakukan kerosakan di muka bumi ini. Ia akan meninggalkan kesan kepada orang lain.

Kerana kita harus faham, jejak ditinggalkan setelah kita melakukannya. Itu namanya jejak / footprints.

Maka dunia hari ini tercipta hasil daripada jejak yang telah orang dulu tinggalkan. Terdapat banyak kesan-kesan peninggalan mereka. Kita kenal pasti, kita siasat, kita kaji yang mana perlu kita ikuti.

Jika kita tersalah pilih maka rosaklah generasi yang seterusnya akibat daripada jejak penginggalan kita.